Monday, July 7, 2014

~Berbuka Puasa Di Asam Pedas Malinja~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat malam semua.  Selesai berbuka dan sekarang masa untuk merehatkan diri setelah seharian bekerja.  Nak cerita jumaat lepas.  Ini pertama kali kami berbuka di kedai setelah beberapa hari masak dan berbuka di rumah.  Saje nak ubah selera.  Lagipun asben kerja petang masa itu.  Memangler tak selera nak masak.  Alasan!

Jadinya aku ajak asben makan kat asam pedas Malinja.  Teringin benar nak makan asam pedas.  Asben pun on makanya kami ke situ hari itu.  Memandangkan asben kerja, aku dan anak-anak ke kedai dulu.  Pesan makan dan minum sementara menunggu asben datang.

 Waktu ini masih belum ramai orang.  Aku sampai dalam pukul 6.50 petang.

 Nak order asam pedas telur ikan tapi tak ada pulanya.  Jadi order asam pedas tetel.

Ini adalah untuk aku.  Licin! Siap makan ammar punya roti canai lagi.  itu sahaja ceritanya.  Entri aku yang berkait dengan amkan bukan mahu menunjuk-nunjuk ye.  Sekadar berkongsi dan untuk rujukan aku sahaja.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

No comments: