Friday, May 16, 2014

~Selamat Hari Guru~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Salam jumaat.  Hari penuh barakah.  Hujan lebat pagi tadi.  Alangkah bagusnya kalau hujan di hari cuti.  Mahu ditarik selimut.  Tetapi memandangkan hari ini bekerja mengigihkan juga untuk bangun.  Hari ini 16 Mei adalah Hari Guru.  Adriana teruja.  Bangun awal pula hari ni cik kak tu tadi.  Dia yang kejutkan aku jam 6 pagi tadi.  Hadiah untuk gurunya sudah dibeli malam tadi.  Nanti akan aku ceritakan.

Apa-apa pun sempena Hari Guru ini, aku yang pernah menjadi seorang pelajar dan mempunyai guru-guru dari zaman tadika hingga ke zaman politeknik ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia terutama sekali buat guru-guru yang pernah mengajar aku di Tadika Al-Huda, Tadika Sacret Heart, Sek Rendah Sacret Heart, SRK CIJ (1), SMK Infant Jesus Convent dan Politeknik Ungku Omar.  Jasa kalian akan tetap aku kenang selamanya.  Terima kasih cikgu! Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          


No comments: