Monday, May 12, 2014

~Kek Dan Mini Pavlova Di Hari Sabtu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat tengahari semua.  Baru selesai masak untuk tengahari ini.  Meluruskan pinggang seminit dua. Hari ini aku cuti rehat.  Sambung cuti sebab esok cuti.  Apakah? Mahu merasa jadi surirumah.  Hantar anak sekolah, masak, berkemas dan sewaktu dengannya.  Ammar hari ini peneman aku di rumah.  Kakak nana sekolah, tengahari tuisyen dan petang mengaji pula.  Hari ini sempat masak dua jenis lauk.  Nanti cerita kemudian tentang menu hari ini.

Sabtu lepas, entah datang dari mana kerajinan dalam diri.  Setelah lama tidak membuat kek, aku dapat buat dua biji kek dan mini pavlova.  Sempena hari ibu aku buat dua biji kek.  Satu untuk mak aku dan satu untuk mak mertuaku.  Awal pagi aku bangun masakkan nasi goreng untuk sarapan.  Asben kerja pagi masa tu.  Selesai asben ke kerja sementara anak-anak masih lena diulit mimpi aku adunkan bahan kek terus bakar.

Aku buat kek butter.  Guna SCS butter.  Ini antara bahan-bahannya.

Kek yang sudah siap dibakar.  Guna loyang bentuk love.

Kek untuk mak mertuaku.

Ini untuk mak aku.

Dua biji kek yang sama dekonya telah siap.  Minta adik ipar dan adik aku amik untuk diberi pada mak.  

Kemudian petang tu aku buat pavlova pula.  Permintaan asben yang mahu makan pavlova.  Kali ini aku guna buah campur dalam tin.  Last minit punya plan.  Nasib bahan lain ada.  Maka terhasil mini pavlova.  Itu sahaja cerita aku sabtu lepas.  Walaupun penat tapi hati gembira! Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim


No comments: