Tuesday, April 29, 2014

~Berakhir Sudah Drama BKATC~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua.  Menjengah blog sebentar.  Hari ini mahu membuat kerja-kerja hakiki tanpa rasa terkongkong.  Mari bebaskan diri dengan masalah yang ada.  Okey, mahu bercerita tentang drama kesukaan aku yang sudah melabuhkan tirainya minggu lepas.  Tidak pernah tinggal satu episod pun sebab aku rakam setiap episodnya.  Jadi memang 59 episod itu aku akan tengok berulang kali.  Macam demam Adam hawa dulukala.

So tiada lagi hari-hariku ditemani oleh Abang Jebat.  Tapi tak apa abang Jebat yang realiti punya ada temankan aku di rumah.  Hehehe...Lepas ni tak adalah aku tercongok depan televisyen sambil dijeling abang Jebat kat rumah.  Berbulu je abang Jebat tu sebab aku asyik melayan drama.

Aku suka sangat tengok endingnya begini.  Memang sweet mereka bertiga dengan dialog-dialog manis mereka berdua, si Jebat dan Mastura.  Lakonan Sharnaaz memang mantap.  Sesuai sekali digandingkan dengan Nelydia ni.  Aku mula minat lakonan Sharnaaz sejak mengikuti drama Ruby.  Mira Mokhtar pun begitu! Biasalah kami buddyz takkan terpisah! Motif? Okey tak ada motif pun.  

Itu sahajalah perkongsian diri untuk petang ini.  Lepas ni ada drama apa pula? Tahu tak? Kalau best mesti tengok sebagai hiburan di rumah.  

Cinta itu hadir kerana perkenalan.. bersemi kerana perhatian.. bertahan kerana kesetiaan.. namun cinta itu bisa gugur kerana satu pembohongan...

Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,
 





                                                                                                          

1 comment:

Afiza Mohd said...

Nk tgk citer ni camne ek