Monday, July 29, 2013

~Hasil Pertama Dan Kedua Untuk Raya~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Lagi 45 minit mahu pulang.  Take 5 jap.  Fikiran dah stress dengan bermacam-macam benda.  Lately ni, memang stress yang amat.  Tak tahulah kenapa.  Silap hari bulan rasa nak melenteng je.  Sabar, sabar bulan puasa ni.

Entri petang ni nak berkongsi persiapan raya.  Tak adalah persiapan bagai pun.  Tahun ni tak ada pakaian sedondon pun.  Asben dan ammar tak buat baju melayu pun.  Pakai tahun lepas punya.  Okey, nak cerita hasil pertama dan kedua aku.  Kuih raya hasil daripadaku sendiri.  Gigih membuat seorang diri sambil menjadi ala-ala tarzan dengan nana dan ammar. 

Dapatlah dua jenis kuih aku buat.  Ada lagi terasa nak buat kuih lain.  Tengah mencari masa yang sesuai.  Tahun ni bersemangat sikit nak buat kuih raya yang lain sikit.  Jom tengok kuih apa yang aku dah buat.

Kuih raya yang pertama adalah biskut semperit.  Ini first time aku buat.  teringin benor nak makan semperit.  Itu yang gigih membuatnya.  Adriana tolong tabur manik warna-warni tu.

Kuih raya yang kedua biskut sarang semut.  Aku buat sabtu lepas.  Jenuhlah aku menyagat sorang-sorang dan akhirnya siap jugak.  Buat dua adunan sekali.  Lepaslah untuk rumah sendiri, rumah mak dan rumah mil.  Nak buat biskut cornflakes madu plak.  Harap-harap ada masalah.  Tungguuu jelah samada sempat atau tak.






                                                                                                         

No comments: