Friday, July 12, 2013

~Diari Ramadhan : 2 Ramadhan~

Assalamualaikum semua...

Lagi entri petang ni.  Sebelum pulang mari aku update mengenai hari semalam iaitu hari kedua kita berpuasa.  Mood tengah rajin, baik kita update.  Semalam tidak ada aktiviti masak memasak daripadaku.  Memandangkan asben aku offday, makanya kami berbuka di rumah mil aku.

Aku dan asben singgah pasar ramadhan je beli sedikit kuih muih.  Jom tengok menu kita orang semalam.

Inilah antara juadah semalam.  Mil aku masak lemak rebung dan ayam.  Ada murtabak, tepung pelita, otak-otak dan macam-macamlah.  Syukur kepadaNya masih lagi diberi rezeki untuk berbuka.  Harus bersyukur dan jangan membazir.

Gambar selingan.  Sedang kita orang sibuk menghidangkan juadah untuk berbuka, kaki nana berdarah-darah terkena pintu dapur mil aku.  Menitik-nitik darah.  Hadoi.  Aku memang ngilu habis.

Upah susu.

Adik tengok kakaknya.  Jari dah luka baru duduk diam.  Tengok betapa tingginya dia angkat kaki.  Itulah kisah ramadhan kedua buat aku dan keluarga.  Ramadhan pertama berjalan dengan lancar.  Hanya berbuka di rumah.  Masa tu aku masak asam pedas ikan cencaru, sayur goreng dan telur dadar je.  Simple je tapi non ado gambar sebab kat rumah tak ada internet buat masa ni.  Modem aku rosak.  Itu yang mood tak best je.  Uhukuhuk...

Sekian saja entri aku ini.


1 comment:

rina_mazlan said...

hohoiiii terkejut rina tengok menu tu... Ala kesian girl... sakit tu..