Sunday, May 13, 2012

~Ammar Di Hospital~

Kesinambungan cerita dari entry INI.  Barulah ada semangat sikit nak update blog ini.  Penat tak hilang lagi sejak balik dari hospital.  Mana cukup tido masa kat hospital kan.  Dengan keadaan yang tak berapa nak selesa.  Tapi untuk kebaikan ammar aku gagahkan jugak untuknya di hospital.

Ammar tak ada apa pun.  Bukanlah serius sangat.  Cuma hari khamis minggu lepas tue aku dan asben bercadang nak bawak ammar ke klinik.  Sebabnya?Ammar batuk dah seminggu tak baik-baik.  Bunyi berkahak jea bila dia batuk.  Kami pergi ke Poliklinik Wahidah yang kita orang bawak masa ammar demam tempoh hari.  Sebelah malamnya ammar batuk dan nak muntah tapi dia tak boleh nak muntah.  Aku dah risau.  Itulah yang asben ajak pi klinik esoknya untuk sedut lendir. 

Esoknya pi klinik nak sedut lendir tapi doktor wahidah kata kat dia tak buat.  Mula-mula doktor nak bagi ubat batuk tapi masalahnya kita orang tak nak sebab kat rumah dah sebotol ubat batuk habis tapi still macam tue jugak.  So asben decide untuk refer ke Hospital Pantai.  Mula-mula jumpa doktor pakar kanak-kanak.  Doktor cek semua dan doktor kata nak warded untuk sedut gas dan juga lendir. 

Lima hari ammar di hospital.  Seksa aku tengokkan ammar tiap kali dia kena sedut lendir.  Masukkan tiub di hidung dan mulut.  Masa pyisio pompuan buat aku ok lagi.  Tiga hari dari jumaat sampai ahad pompuan yang buat.  Sebab tengok macam tak berapa nak kuat tapi tuelah doktor kata masih ada lendir di paru-paru ammar.  Doktor nak suruh tunggu sampai isnin sebab nak suruh fisio lelaki buat.  Masa lelaki buat yang aku menitik air mata.  Kesian anak aku.  Mama dah emosi.  Dia meniarapkan ammar dan tepuk-tepuk belakang ammar.  Bila dah settle dia masukkan tiub kat hidung dan mulut untuk sedut lendirnya.  Ammar dah nangis-nangis.  Manalah aku tak emosi sekali. 

Hari mula-mula masuk ammar kena buat x-ray dan juga ambil darah.  Doktor kata paru-paru ammar ada lendir dan ada jangkitan kuman sikit.  Jadi kenalah buat rawatan.  Setiap 4 jam sekali sedut gas.  Akuler yang pegang ammar.  Dia bukan main meronta-meronta.  Naik sakitler badan-badan aku nie.  Itulah kisahnya sepanjang 5 hari kami di hospital.

Ini masa nak jumpa paed.  Lama bebenor menunggu doktor sampai ammar pun dah bosan.

Hari pertama di hospital. 
Sedang lena tidur.
Kerusi malas yang kita orang sewa.  Asben tidur di kerusi malas aku tido atas katil sebelah ammar.  Terhad untuk bergerak.  Sakit pinggang. :D
Ammar baru lepas mandi.  Tengoklah aku duduk tue.  Abaikan yea.
Lepas mandi mari kita pusing-pusing.  Bukan main seronon ammar nie.  Dik, nie hospital ok.  Suka ke dok sini.  Mama yang boleh sakit dok sini.
Inilah nama doktor yang merawat ammar di hospital.  Sangat-sangat peramah.
Melayan perasaan sendiri.
Duduk-duduk di kerusi malas.
Muka ammar merah-merah kesan dari sedut gas agaknya kot.
Papa suap ammar makan.  Inilah cerita mengenai ammar.  Terima kasih pada kengkawan yang sudi bertanya tentang ammar.  Minggu depan ammar ada checkup lagi dengan doktor Lim Bee Yoo.  Harap-harap ammar bukanlah kena lelah.  Sekarang nie pun aku memang pantau dan jaga dia betul-betul.  Banyak nak kena pantang dengan ammar nie.

Note>>>Sedang berusaha untuk update list peserta untuk giveaway aku.






                                                                                                                      

1 comment:

kasehshapiah said...

sabo yer..moga ammar xde pape..