Monday, May 21, 2012

~Ikan Bakar Crystal Bay~

Lately nie kesibukan melanda pada diriku baik di rumah mahupun di pejabat.  Masa yang amat terhad untuk update blog aku ini.  Tapi aku masih mencuri masa untuk mengupdatenya sebab aku tak mahu blog aku ini bersawang dan sunyi tanpa cerita-cerita daripada aku.  Aku nak jugak berkongsi setiap apa jua yang aku lalui bersama 3A aku untuk dijadikan kenangan.  Itu jea pun.

Minggu lepas tak silap hari khamis asben ajak aku dan anak-anak makan ikan bakar.  Katanya dah lama tidak menikmati ikan bakar di Crystal Bay.  Aku??Tentulah seronok tak terkira.  Sebab??Tak payahlah masak kan?Minggu lepas rutin harian aku sudah pun berubah.  Petang sudah amik anak-anak di rumah mak jadi aku memang sampai awal di rumah.  Jadi dapatler bersiap dan lepas maghrib kita orang keluar untuk makan malam.

Inilah gerai yang kami selalu singgah makan.  Gerai Ala Kassim.  Sesiapa yang berkunjung ke Melaka bolehlah cuba makan di gerai ini.  Promote tanpa dikenakan bayaran yea. :D

Ammar makan biskut.  Kita nak makan ikan bakar dia makan biskut.  Masa nie makanan belum sampai.  Jadi kenalah bagi dia makanan lain dulu.  Baru dok diam.

Kakak yang tak habis-habis dengan posenya.

Papa order ketam untuk mama.  Dia tau bini dia hantu ketam.  Asben yang tukang kopekkan.  Aku makan jea.  Dia ada skill yang tersendiri.

Mereka anak-beranak tunggu lauk ikan.

Inilah lauk kami untuk makan malam pada hari itu.  Aku sudah hentam nasi lemak sebungkus.  Kelaparan dan tak bergambarlah yea.


Nota>>>Keputusan giveaway sudah ada.  Nanti aku umumkan yea.





                                                                                                                       

2 comments:

rahayu said...

ibuayu pun suka makan kat ala kasim..sedap dan murah

adianiez AIDA said...

best nyerrr... weekdays normally husben aida tak nak gi dinner jauh2. weekend plak kitorang selalu out stesen... memang jarang aida dpt gi crystal bay.