Wednesday, January 25, 2012

~Lagi Sebulan Nak Setahun~

Ammar sudah pun genap 11 bulan pada 21 Januari 2012 yang lepas.  Bulan depan ammar akan melangkah ke angka 1 tahun.  Sangat pantas masa berlalu.  Kejap jea ammar dah nak setahun.  Setakat ini, ammar belum berjalan lagi.  Masa adriana 11 bulan dah berjalan.  Terlebih risau neneknya aka my mom.  Riso nape cucunya tak berjalan lagi.

Ammar meniti jugak kalau pegang benda cuma kalau lepas tangan dia memang merangkak semula.  Lain anak lainlah caranya kan.  Mana samakan.  Tak apalah janji anak mama sihat.

Untuk checkup ammar yang lepas, ammar kena buat x-ray sebab dada ammar tue macam pelik sikit.  Masa baby lagi dah nampak kesan tue.  Bahagian dada ammar macam tulang dia nampak.  Ntahlah, aku nak terangkan pun tak tahu.  Sebelum nie pernah tanya dengan doktor tapi doktor kata tak ada apa-apa.  Lepas tue tak puas hati tanya lagi dan doktor sarankan untuk buat x-ray.  Alhamdulillah, bila tengok tak ada apa-apa.  Setakat nie ammar tak adalah menunjukkan sebarang masalah tapi yelah hati parents mana yang tidak risau kan.  Bila doktor dah tengok betul-betul, at least hilanglah risau tue.

Oklah, itu aje cerita tentang ammar.  Lepas nie kembali pada cerita kakak pasal besdaynya yang lepas, tentang persiapan besdaynya yang ala kadar itu.


1 comment:

Kakzakie Purvit said...

11 bulan dah jalan tu cepat sebenarnya. Anak kakak semuanya boleh jalan selepas umur mereka dah setahun lebih...