Thursday, January 5, 2012

~Adriana Sudah Ke Tadika~


Semalam adalah hari pertama adriana ke tadika.  Hari ini masuk hari kedua dia ke tadika.  Suatu permulaan yang baik bagi adriana.  Dia tak menangis masa aku hantar dia ke tadika.  Sebaliknya mama dia pulak yang sebak, sayu dan macam-macam perasaan yea.

Malam tadi pun dah suruh dia tidur awal.  Senang sikit dia nak bangun pagi.  Semalam pun payah jugak pada mulanya nak kejutkan dia bangun.  Kena guna suara tarzan papa pagi semalam.  Kalau dengar suara mama memanglah dia tidur balik gamaknya.  Oh tak sampai hati nak kejutkan dia pagi semalam.

Oleh kerana excited bila dah siap kejap-kejap dia bertanya 'Papa, bila nak anta nana nie?'Excited ok anak aku tue.  Macam biasa, mama dia tidak ketinggalan dengan kamera.  Kenalah amik gambar kan.  Kenangan ok 1st time anak pi tadika.  Mama adriana punya teruja sampai tak lena tidur.  Oklah jom kita tengok gambar.

Adriana sudah siap mahu ke tadika.  Budak yang sangat-sangat excited!!!Uniform belum siap jadi pakai baju biasa jea dulu.

Masa mula-mula sampai murid-murid belum ramai yang datang untuk daftar.

Permulaan yang sangat baik.  Lega hati aku bila tengok adriana cool jea.  Tak menangis.  Aku nak tinggalkan dia pun taklah susah hati.

Sesi suai kenal untuk kanak-kanak 4 tahun hingga 6 tahun.  Adriana sedang khusyuk dengar cikgu cakap.

Akhirnya, cikgu panggil adriana.  Aku dan asben ada tengok dia waktu nie.  Waktu nie nama dia pun da jadi lain.  Nama saya 'Nur Qistina'.  Nama adriana dia dah cicir.  Dia memang susah nak sebut nama adriana.  Semalam dia memang hafal jea.  Boleh dah sebut.  Nervous agaknya semalam.

Akhir sekali, sebelum aku balik dan tinggalkan dia.  Adriana bergambar dengan Sabrina.  Kebetulan officemate aku, Zila pun hantar anak dia dekat tadika yang sama.  Adalah kawan adriana sebab dia dah biasa dengan sabrina.  Kisah mereka pernah aku cerita DI SINIBegitulah cerita adriana pada hari pertamanya ke tadika.  Semalam balik banyak jugak yang dia ceritakan pada aku dan asben.