Monday, September 20, 2010

~Hari Raya Kami~

Ini cerita pasal hari raya pertama aku...raya tahun nie tak berapa nak sakan sebab kesihatan aku yang tak berapa nak menentu..tapi nasiblah da boleh makan sikit2..jadi berseleralah jugak melihat juadah yang mak aku masak..

Seperti biasa petang raya aku macam biasa mengemas rumah mak aku dan menolong apa yang patut di dapur.  petang raya sempat gak aku buat dadih.  saje2 jea buat.  padahal aku tak makan pun dadih.  aku da siap2 isi kuih dalam balang.  al-maklumlah anak perempuan sorang.  serba-serbi kena buat.  jadi aku settlekan apa yang patut.  manalah tahu malam asben ajak balik umah MIL.  kalau aku nak tinggalkan mak aku pun tak apa sebab semuanya da siap.

malam raya aku just balik kg asben di Serkam.  asben kata tido kat umah mak aku jea.  sebab malam tue MIL aku balik kg nak tengok nek dgn atok. 


Ini gambar masa pagi raya...selepas sembahyang raya.  masa nie tgh bersiap2 nak balik rumah MIL aku.  yang penting kena bergambar dulu yea..

Note>>Tahun nie gambar raya tak banyaklah..

No comments: