Monday, October 15, 2018

Cuti Tiga Hari

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Bila cuti tiga hari memang agak lemau mahu memulakan isnin. Cuti dua hari pun dah cukup lemau apa lagi cuti tiga hari. Hahaha. Jumaat lepas warga Melaka cuti sempena Hari Jadi TYT. Aku paling seronok sebab dapatlah cuti sekali dengan suami.

Bukan senang nak dapat waktu cuti hujung minggu yang sama. Jadi bila cuti sama memang perkara yang paling menggembirakan aku. Khamis malam aku sudah ajak suami melepak. Kebetulan dia sampai awal. Ammar habis tuisyen jam 9 malam kita orang terus keluar. Malam itu aku gantung kuali.

Ajak lepak di Mc Donald. 

Makan malam kami empat beranak.

Esoknya pula, jumaat. Sebelah pagi anak-anak tuisyen. Dapatlah aku bersarapan berdua dengan suami di kedai.


Teman suami driving range.

Aku pula menelaah novel.

Lepas solat jumaat keluar. Balik rumah mak. Sebelum tu pergi cuci dan vakuum kereta aku.

Dari rumah mak balik rumah mak mentua. Sebelum tu menyinggah tepi pantai dulu. Sudah lama tak berjalan ke sini. Nampak tak anak-anak aku di sana.

Mak mentua masak lauk ikan duri masak lada. Berselera sungguh. Dengan urapnya. Kemudian lepas maghrib aku dan suami balik. Anak-anak tinggal di rumah mak mentua. Aku dan suami bila berdua panjanglah langkahnya. Kami menonton Paskal The Movie.

Nanti aku review ya.

Xoxo.



Tuesday, October 9, 2018

Cerita Sepanjang Seminggu

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Cubaan untuk kembali menulis setelah seminggu berhibernasi. Melayankan diri yang tidak berapa sihat. Simptom hb low sudah terasa. Pening kepala. Mual. Dada berdebar-debar. Seminggu aku menghadap diri sendiri yang pening-pening lalat. Biasalah dah tua-tua ni hormon pun huru-hara agaknya.

Alhamdulillah.

Kembali sihat. Seminggu juga aku telan iron tablet yang busuk tu. Zaman mengandung dulu memang makan tapi sekarang tak mengandung pun kena makan juga. Untuk tak nak bau ubat yang menjengkelkan tu aku telan dengan jus. Barulah tak rasa. Itu pun jangan silap menelan. Kalau terkena kat tekak memang terasa nak muntah.

Peel aku pulak selagi tak muntah memang akan terasa pening aje. Sudahnya marilah kita memuntahkan diri. Hahaha. Begitulah.

3 Oktober 2018, hari lahir sahabat baik aku. Sudah 27 tahun. Walaupun usia kami sudah berlainan sirinya tapi kami tetap berkawan baik. Sekarang dia sedang menanti kelahiran sulungnya. Semoga dipermudahkan urusannya.

Sedikit hadiah untuk meraikan dia. aku order cheesetart.

Dan juga aku order kad birthday dengan kawan aku yang rajin buat kad handmade. Tanda aku menyokong minatnya, aku order kad birthday daripada dia aje. Dapatlah buat sedikit kejutan pada dia. Suruh dia datang surau. Bila dia tak ada kat tempatnya baru aku letakkan hadiah atas mejanya. Kata dia, dalam ko pening-pening sempat lagi menyusun kejutan. Hahaha.

Kemudian mak long aku pula masuk hospital atas sebab pendarahan di hidung. Bleeding yang agak teruk. Lencun darah. Alhamdulillah, malam tadi sudah keluar wad setelah lima hari di hopsital.

Memang tak lalu makan seminggu tu. Aku paksa juga makan nasi kalau tidak masuk angin pula perut. Makan hati sebab kurang darah kan. Terpaksa juga makan sebab aku tak makan hati.

Hari jumaat, sempatlah bergambar dengan kawan office.

Berjubah hitam. Nama kami pun mula sama. Dia Alsanadia. Aku Alfidah.

Itu sahaja titipan untuk pagi ini. Entri ringkas sebab mahu menulis benda lain. Ini pun sebenarnya entri schedule. Sekarang memang konsep menulis blog begitu. Akulah. Orang lain aku tak tahu. Janji blog ini masih bernyawa. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Friday, September 28, 2018

Sambutan Merdeka 2018

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Salam jumaat.

Hampir sebulan diperam entri ini. Biasalah, sibuk. Itu sahaja jawapan yang ada untuk semua ini. Kalau aku tidak menulis di sini, aku menulis di sana. Menulis di blog yang satu lagi dan juga ada medium-medium lain. Banyak sangat yang nak ditulisnya.

Hari merderka macam biasa. Bawa anak-anak untuk meraikan hari merderka. Setiap tahun acara ini tidak akan kami tinggalkan. Setahun sekali wajiblah pergi. Mencipta kenangan bersama anak-anak. Mereka seronok. Menyaksikan perarakan. Melihat kenderaan-kenderaan yang berarak.

Dulu, ayah aku adalah sesekali bawa aku. Itu yang sekarang aku bawa anak-anak pula. Biar dia orang pula akan teringat zaman kanak-kanak mereka.

Orang ramai sudah memenuhi tepi jalan.

Mak dan anak-anak.

Kontinjen daripada pejabat aku, Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Kemudian Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Walaupun bukan asben yang masuk berarak tapi aura kastam itu tetap kuat. Tetap teruja kalau nampak pasal kastam.



Yang sedang menengok ke arah sini jiran aku. Dalam pada aku menyorok amik gambar dia boleh perasankan aku.

Bersama anak officemate.



Aku letak kereta kastam di sini.

Sebelum balik sempat bergambar dengan pakcik aku.

Itu sahaja entri ringkas untuk pagi ini. Oh ya, kalau ada sesiapa yang mahu menempak naskhah Pengasuh Dari Neraka boleh hubungi aku ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Thursday, September 27, 2018

Pengasuh Dari Neraka - Suhaila Sharif

Assalamualaikum.

Selamat petang semua.

Petang ini aku akan kongsikan sedikit sedutan yang terkandung dalam buku anekdot yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Sekali lagi seramai sepuluh orang penulis bergabung dalam naskhah ini sama seperti buku sebelumnya iaitu Pok Pek Pok Pek Mak-maklah sangat. Kali ini enam orang penulis akan menampilkan anekdot mereka tentang pengasuh dan empat orang penulis menampilkan cerpen yang berkaitan dunia pengasuh.

Cerpen berjudul Boyak karya Suhaila Sharif.

Emak akan mengalu-alukan kedatangan saya dengan senyuman manis yang dibuat-buat. Beria-ia menyambut saya daripada dukungan mama. Meletakkan hidung peseknya di pipi gebu saya bertubi-tubi seakan-akan rindu benar rupanya, tanpa menghiraukan aroma saya yang kadang-kadang harum mewangi dan kadang-kadang tengik masam bahana lampin yang tidak sempat disalin mama.

Selepas emak menyambut bakul yang berisi keperluan saya daripada tangan mama, giliran mama pula mengucup pipi saya. Arghh! Pasti tercalit gincu mama di pipi mulus saya. Mama berlalu pergi selepas mencubit-cubit pipi saya dan bertukar-tukar senyum dengan emak.

Sebaik sahaja kereta papa hilang daripada pandangan, barulah muncul laku emak yang sebenar. Saya diletakkan dengan agak kasar di atas tilam berhampiran sofa ruang tamu. Senyuman dan wajah manisnya tadi hilang serta-merta. Televisyen memang sudah sedia terpasang untuk tontonan saya sepanjang hari.

Jika berminat dengan naskhah ini, bolehlah menghantar pesanan pada saya melalui whatsapp 017-6741270 atau ke emel saya alfidah83@gmail.com. Naskhah ini dijangka diterbitkan pada pertengahan Oktober ini.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, September 23, 2018

Mandi-manda di Atlantis Residences

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Marilah kembali menulis di alam maya. Semalam dan hari ini saya sibuk. Sibuk mengemas sudut membaca dalam bilik bacaan. Ruangnya terhad jadi saya agak stres mengemasnya. Hahaha. Kemudian saya sibuk keluar masuk rumah. Pagi keluar sarapan dengan suami dan Ammar sebab Adriana tuisyen. Kemudian bawa mak pula beli barang.

Baiklah, ini cerita yang cuti empat hari. Percutian singkat dalam dua tiga jam di Atlantis Residences. Ini program biras. Dia ajak datang mandi-manda kat sini. Dalam Melaka aje pun. Aku pun baru tahu. Hahaha. Nampak sangat tak amik tahu.

Mula-mula aku cam tak yakin nak pegi sendiri walau dalam Melaka. Aku ni sejenis kalau tempat tak pernah sampai memang payah. Guna waze juga nak sampai sini. Hahaha.

Permandangan di luar.

Masa ni tunggu biras aku kat lobi.

Ini permandangan di tingkat tujuh.

Ada tempat budak-budak untuk mandi.

Dak Kakak dan Dak Adik.

Dengan Emma sepupu dia orang. Mak dia yang ajak aku dan anak-anak datang.

Itu sahaja entri ringkas untuk malam ini. Nanti sambung lagi. Oh ya, aku terima tawaran menulis untuk tahun depan. Sudah perlu bersiap siaga untuk menulis dari sekarang. Doakan ya semua semoga dilancarkan urusan aku. Semua ini pinjaman daripada Allah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, September 17, 2018

Aktiviti Sabtu Ahad

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Ini pula kisah minggu lepas. Cuti panjang empat hari membawa kami untuk berkumpul. Kebetulan anak-anak buah balik jadi kami merancang untuk berkumpul. Bila berkumpul haruslah ada acara makan-makan. Itu memang wajib.

Makan.
Berkumpul.

Jadi hari sabtu kami ke rumah kakak sepupu aku. Acara berkumpul di sana. Kakak sepupu aku masak mee kari. Aku baking oreo cheesecake. Sudah lama tidak membaking sebenarnya. Jadi sudah datang ketagihannya. Mak aku pula buat roti boyan (baca: bawean).

Kanak-kanak ribena.

Menu kami hari itu.

Ini pula cerita hari ahad. Kami ke pasar. Membeli ikn untuk bbq.

Pertama kali aku datang pasar baru ini.

Lepas membeli barang kami singgah sarapan.

Tengah tu anak buah. Anak adik aku. Sesekali dia tidur rumah aku.

Kemudian balik rumah mak mentua. Bila ramainya kanak-kanak.

Macam-macam gaya dia orang kalau disuruh bergambar.

Petang ada program barbeque. Walaupun pada mulanya sudah tersalah komunikasi. Kita bakarlah ikan dulu.

Sesi bakar-membakar.

Bila sudah ramai berkumpul di rumah. Aku masak nasi lemak.

Gambar dengan anak buah aku ni mestilah ada.

Entah apalah yang disembangnya. Amanda pandang kamera.

Aku dan maklong. Kakak kepada mak.

Sebelum balik mesti bergambar beramai-ramai.

Sebenarnya dah lama maklong aku tak datang rumah. Sejak-sejak dia sakit. Hari tu kakak sepupu aku bawak maklong. Seronok. Semoga hubungan kekeluargaan ini akan tetap terjalin. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim