Monday, October 10, 2016

Seminar Wanita Anti Jenayah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat malam semua. Bukan senang nak menulis blog pada waktu malam begini. Ini pun amik kesempatan menulis sebab tunggu anak-anak aku buat homework. Mata aku dah kecik besar aje.

Nak cerita, siang tadi aku menghadiri Seminar Wanita Anti Jenayah. Adalah cerita pasal 'cinta siber', 'keldai dadah' dan sewaktu dengannya.

Bunting yang tergantung di luar perkarangan Auditorium Masjid Al-Azim.

Suasana dalam auditorium. Ada disediakan minum pagi. Sejurus selepas minum pagi aku terus masuk ke dalam. Sesi pagi ceramah disampaikan oleh pihak polis.

Aku dan makcik Myra Mokhtar. Meroyan perempuan tu kalau tahu aku panggil dia makcik.

Sesi petang adalah sesi paling best. Msta tak mengantuk. Datuk Rosyam Nor yang bagi talk. Tak boring pun dia bagi ceramah. Diselangi dengan lawaknya.

Up lagi gambar beliau. Kamera tak berapa nak terang itu yang kelam aje. Itu sahaja coretan buat hari ini. Marilah tidur. Selamat malam. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, October 9, 2016

Coretan Di Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi. Aktiviti pagi ahad. Jam 5.30 pagi tadi sudah bangun. Seperti biasa tuan affendy kerja. Tunggu dia pergi kerja kemudian aku buatlah apa yang patut. Selesai semuanya aku terus aje masuk bilik komputer. Memang semangat tengah mendatang untuk menulis.

Jadi bila sedang bersemangat tidak boleh ditangguhkan lagi. Dari semalam juga mencari ruang untuk menulis namun masa itu tiada. Semalam seharian sibuk dengan suami dan anak-anak. Kemudian lepas maghrib kami keluar sekejap untuk beli barang.

Aku semalam ajak laki keluar memang bermotif. Bila mana kakak sepupu whatsapp, kemudian semalam kawan aku tag kat FB, mahu aku tak senang duduk kat rumah. Macam cacing kepanasan selagi tak sampai tempat tu.

Hari jumaat pergi dihantar balik dijemput. Nikmatkan ala-ala mem gitu. Petang tu balik singgah cuci kereta dan vakum sekali.

 Abang kastam buat aku jadi mem. Ahaks.

 Malamnya balik rumah mertua. Seperti biasalah. Jumpa anak buah.

Menu sabtu adalah nasi tomato, kari ayam dan jelatah. Konsep makan dalam dulang.

Aku terajin pula semalam buat koktel.

Dari siang merengek ajak sang laki. Motifnya nak mencari novel murah. Bila dapat whatsapp daripada kakak sepupu kata ada jualan novel murah di Kipmart kemudian kawan pula tag aku kat FB. Memang tak senang duduklah aku kat rumah.

Aku dah pegang lima buah buku masa tu tapi yang dibawa pulang hanya dua buah. Berjaya mengawal diri.

Sebelum balik ajak laki lepak mamak. Roti tisu buat santapan.

Budak berdua ni duduk meja lain sebab dok khusyuk tengok cerita apa kat televisyen.

Pagi ini aku terajin untuk update blog. Ada kerja menulis lain yang perlu aku siapkan. Semoga dipermudahkan segala urusan menulis aku. Sekian dan wassalam. Nak sambung tulis cerita. Bye!

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, October 6, 2016

Percutian Ke Johor Bahru

Assalamualaikum.

Salam sehati sejiwa. Bismillah. Pembuka bicara untuk pagi ini. Entri kedua untuk bulan ini. Aku sempat karang entri ini malam tadi sementara menunggu drama 'Abang Bomba, I Love You' mula. Memang aku macam lipas kudung buat kerja.

Baiklah, ini cerita yang sudah dua minggu lebih berlaku. Sewaktu anak-anak cuti sekolah tempoh hari. Percutian singkat ke Johor Bahru. Tidur semalam di sana. Kami bertolak hari jumaat semasa cuti umum sempena Hari Malaysia.

Jom tengok gambar. Biarlah gambar yang berbicara.

Sebelum bertolak melalui tol harus singgah warong ini untuk bersarapan.

Perjalanan pun bermula.

Wajib selfie walaupun yang beri kerjasama hanyalah aku dan si Ammar.

Tempat pertama yang kami tuju adalah ke Forest City.

Masing-masing teruja tengok tempat ni.

Laki den dah pandai berselfie atas ajaran bininya.

Aku sendiri bersama orang yang rajin membaca buku di tengah panas. Tak rentung pulak tu.

Konsep bergambar bila berempat mestilah laki den yang konker kat depan.

Cantik sekali permandangan di sini.

Anak-anak aku bukan main teruja.

Aku fefeling sangat bergambar tu. Paksa laki aku yang amikkan.

Kemudian laki aku bawak makan kacang pool. Aku tak pernah makan dan pada mulanya aku tak suka. Rupanya sedap baq hang.

Lepas makan kita orang cek in hotel dulu. Kita orang duduk kat New York Hotel.

Permandangan malam dari tingkat sembilan belas.

Kemudian selepas mandi dan bersolat, kita orang keluar semula untuk makan malam. Laki aku bawak makan Sup Tulang ZZ.

Malam itu kedai itu dipenuhi pengunjung. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk makanan sampai di meja.

Inilah sup tulangnya. Sedap sekali. Kita orang makan bersama nasi dan lauk lain. Itulah kisah malam itu. Esoknya kami ke mana pula?Tunggu di lain entri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Wednesday, October 5, 2016

Oktober Membuka Tirai

Assalamualaikum.

Salam sehati sejiwa. Bismillah.

Oktober sudah membuka tirainya. Lima hari sudah masuk bulan baru ini. Aku baru berkesempatan nak menulis di sini. Kekangan masa sejak akhir-akhir ini. Masa sangat mencemburui aku tika ini. Banyak sangat perkara yang mahu dilaksanakan. Hinggakan adakalanya kepenatan diri mengatasi segalanya.

Rutin harian.

Tugas hakiki.

Komitmen kerja.

Menulis.

Semuanya perlu dihadapkan. Adakalanya sampai diri sendiri tak sempat dibelek. Tak ada masa untuk diri sendiri. Hari biasa aku sibuk menguruskan anak-anak.

Ini bukan rungutan mahu pun mengeluh.

Hari-hari biasa sibuk dengan anak-anak sekolah. Selesai uruskan anak-anak aku ke kerja. Lapan jam di pejabat. Adakalanya terfikir bagaimanakah keadaan aku bekerja. Terfikir mahu menjadi surirumah sepenuh masa. Tapi belum sampai masanya kerana banyak komitmen.

Sebelah malam sibuk ajar anak-anak. Buat homework dan ulangkaji. Bila anak-anak tidur barulah aku dapat mencari aktiviti untuk diri sendiri. Kadang kalau dah habis gosok baju kerja dan baju anak-anak, aku tonton drama-drama kegemaran yang sudah terlepas beberapa episod. Kadang sempat juga melayan novel. Bila datang mood baik, barulah aku menulis.

Menulis itu adalah dari hati. Aku suka menulis dan akan terus menulis. Mari rajin-rajinkan diri untuk menulis mulai saat ini. Semoga kerajinan itu sentiasa ada.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, September 29, 2016

Abang Bomba,I Love You

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Petang semua. Lama tak menulis di sini. Seminggu jugak. Sekarang memang trend aku menulis seminggu sekali kat blog ini. Faktor umur rasanya. Huhu

Bukan apa, aku sibuk. Sibuk menulis jugak. Tak tulis kat sini aku tulis artikel untuk Zalora Community. Tak tulis artikel aku tulis cerpen. 

Minggu ni aku sibuk membaca novel Abang Bomba,I Love You. Nak cepat habiskan novel tu. Aku terjebak tengok cerita tu. Mula-mula tak minat sebab pelakonnya. Entah macam manalah satu hari tertengok satu episod best pula. Aku memang tak pernah tengok heronya berlakon. Dia berlakon drama apa pun aku tak pernah tahu.

Sekarang bukan main. Aura dia berlakon dalam drama ABILY ni macam menyerlah pula. Dan-dan terus follow IG pelakonnya. Hero dan heroinnya. Gitu sekali. Kalau drama adaptasi yang aku suka dah tentu-tentu aku beli novelnya sekali. 

Hah ini hero dan heroinnya. Heroinnya mula-mula nampak macam kekok tapi lama-lama aku suka tengok dia berlakon. Pasal lagu dia ost untuk drama ini hari-hari aku dengar lagu Jaga-Jaga tu. Cuba korang dengar. Best tau.

Aku dah selamat hadamkan novel ini. Suka betul watak Rayqal dan Lily. Yelah Rayqal kan dah ketja dan Lily masa tu budak sekolah. Memang terasa manjanya di situ. Oklah apa kesudahan dramanya nanti kita tengok. Aku dah tahu kesudahannya. Tak tahulah sama atau lain.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Monday, September 19, 2016

Majlis Resepsi Amyra Dan Alfie

Salam.

Selamat petang semua. Entri ini kesinambungan entri INI. Majlis resepsi anak buah aku Amyra dan suaminya Alfie yang berlangsung pada hari Ahad bersamaan 4 September 2016. Malam ahad tu aku bermalam di rumah kakak sepupu aku. Senang nak bantu-bantu apa yang patut. Walaupun menggunakan khidmat katering tapi nak siapkan bunga manggar, nak siapkan barang-barang untuk candy booth.

Pagi-pagi tu sibuk juga masakkan dadih beberapa cup untuk candy booth. Kemudian yang perempuan-perempuan ni sibuk nak siapkan diri sebab jurumekap nak makeupkan sorang-sorang termasuklah aku.

Jadi bridesmaid anak buah aku suruh make up. Kalau aku tak make up dah tentu-tentu muka aku pucat lesu. Jadi make up lah juga fefeling pengantin masing-masing.

Sala satu flower girl dari tiga flower girl. Make up juga flower girl.

Suasana di khemah sebelum majlis bermula.

Ada penjual belon.

Majlis sudah bermula. Para tetamu sudah memenuhi ruang khemah.

Wajah-wajah yang dimakeup. Aku dan tunang anak buah aku iaitu adik pengantin.

Sesi menulis di dalam buku tetamu.

Aku dan adik ipar aku. My only sister in law.

Aku dan suami tercinta pula.

Di khemah cenderahati untuk para tetamu.

Ayah dan mak pengantin.

Makcik yang fefeling macam orang muda juga.

Kami selaku bridesmaid yang tak rupa bridesmaid menjelang tenghari.

Baru cukup korum untuk bridesmaid semua. Pakcik depan tu sejak pandai berselfie memang dia konker bahagian depan.

 Aku bersama adik ipar dan anak buah.

Aku dan anak-anak buah. Mana dia orang bergambar makcik pasti menyelit. Hahaha

Makcik yang kemetot bersama anak buah yang tinggi lampai. Aku terpaksa berdiri atas tangga supaya tak ketara sangat kemetot aku.

Flower girl sudah siap sedia bersama pengantin.

Flower girl berarak bersama-sama pengantin menuju ke pelamin.

Pengantin sudah bersanding di atas pelamin.

Sesi makan beradap.

Kek pengantin yang sedap sekali.

Versi pengantin lama

Keluarga aku bergambar bersama pengantin.

One happy family. Bila tengok gambar ni rasa tak move on langsung. Teringat aje hari kejadian.

Sekali lagi pengantin bersama bridesmaid perempuan.

Pengantin siap menyanyi di penghujung majlis.

Masa ni dah duduk bersantai. Semua sudah pulang. Tinggal kita orang aje. Pengantin outdoor photoshoot. Kami bersembang dan bergelak tawa sampai kejung perut.

Penutup entri ini dengan gambar lagi dihiasi dengan laki bini yang tersengih di belakang tu. Hat laki yang nampak over senyumnya daripada si bini. Maka berakhirlah majlis resepsi sebelah perempuan. Majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 1 Oktober 2016 ini.

Salam pena,
Fyda Adim