Friday, July 3, 2015

Catatan 14 Ramadhan : Menu Asam Pedas Untuk Tetamu

Teks : Fyda Adim
Foto : HP Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi sabtu. Salam 17 Ramadhan. Selamat berehat di rumah. Hujung minggu masa untuk berehat dan melakukan kerja-kerja rumah. Hari ini jadual padat jugak sebab hari ini ada tetamu yang akan berbuka puasa di rumah.

Ini kisah 14 Ramadhan selepas keluarga aku berbuka di rumah mereka adalah tetamu group kedua yang berbuka di rumah aku. Tengahari tu asben kata kawan-kawannya mahu berbuka di rumah. So asben request suruh masakkan asam pedas. Omg!!!

Balik aje kerja memang tak sempat buat apa terus aje ke dapur untuk menyiapkan juadah tersebut. Tak tentu arah jugak dibuatnya. Macam masuk pertandingan masterchef tu. Anda mempunyai satu jam dari sekarang.

Mula-mula aku siapkan lasagna. Kemudian rebus telur masin. Pastu masak sayur pulak dan akhir sekali asam pedas ikan parang dan telur ikan.

Inilah juadah yang termampu aku siapkan tempoh hari. Dalam pada kelam kabut sempat aku siapkan sambal belacan. Campak-campak aje dalam blender. Dah tak boleh nak fikir apa masa tu. Nak berangan pun tak dan. Hihihi...

Okeylah itu sahaja untuk 14 Ramadhan lepas. Nanti menyusul entri yang lain pula. Hari ni pun untuk tetamu menunya asam pedas jugak! Sila bertabahlah. Huhuhu...Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Catatan 13 Ramadhan : Iftar Di Selera Ibuku Bersama Warga Kastam

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Lagi setengah jam mahu pulang. Rehat tadi gigih perah otak untuk menulis entri-entri hari ni. Cuba kira berapa entri aku tulis hari ini. Huh...Berbalik kepada tajuk. Selasa lepas, kami sekeluarga berbuka di luar lagi. Nak buat macam mana program banyak. Kalau tak kami berbuka di rumah aje.

Kali ni berbuka lagi dengan warga Kastam. Kawan-kawan sepejabat asben. Kalau tempoh hari entri di SINI, itu berbuka dengan warga kastam untuk bahagian asben je. Tapi selasa lepas tu atas tanggungan masing-masing.


Kedai Selera Ibuku ni berhadapan dengan Aeon Bandaraya.

Menu menu untuk kami empat beranak.

Asben amik kepak ayam dan kambing.

Ini semuanya group kastam.

Satu meja ni penuh group kastam jugak.

Aku dan anak-anak duduk di hujung. Duduk dekat orang lain kang tak tenteram orang lain nak menjamu selera. Takut kedengaran suara-suara halus kan. Hahaha...

Ini pun sebahagian keluarga yang ada. Lebih kurang 20 lebih orang termasuk dengan ahli keluarga dan anak-anak. Seronok jugak. Itu sahajalah. Pada warga Melaka bolehlah cuba berbuka puasa secara buffet di Selera Ibuku. Menunya juga menarik. Pada aku sedap belaka jugak menunya. Tak tahulah pada tekak orang lain. Sekian dan wassalam...

Salam pena,



Catatan 12 Ramadhan : Iftar Bersama Geng-Geng

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Hari ini gigih menulis blog ini. Nak kejar beberapa entri yang banyak tertangguh. Jadi hari ini akan terkeluarlah beberapa entri ye. Silalah bertabah. Tuan rumah tengah rajin ni. Kalau penyakit M merasuk dalam diri satu kerja pun tak menjadi.

Isnin lepas bersamaan 12 Ramadhan 1436H, suami aku berbuka puasa di luar bersama kawan-kawannya. Jadi tinggallah aku dan anak-anak kan. Sayang isteri ditinggal-tinggalkan. Relevan lagi tak? Huhuhu...

Bila suami sudah tidak berbuka bersama makanya aku kenalah bawa diri. Pandai-pandailah ye. Orang kata kena berdikari. Jadi aku janji dengan anak-anak nak bawa mereka berbuka di luar. Pada awalnya plan memang nak pergi bertiga aje. Aku dan anak-anak.

Kemudian aku saja sound geng bawah tanah aku. Hah bawah tanah sangat kan. Aku sound Mira Mokhtar dan juga adik ipar aku Nor Faezah. Memang pernah rancang nak berbuka sama tapi selalunya rancangan kami tidak menjadi. Nanti nak pergi ada yang nak tinggalkan laki lah, nak tinggal anak lah, nak tinggal emak lah, nak tinggal bapaklah. Jadi memang tidak kesampaian hati. Aku nak berbuka kat luar tinggalkan laki dan anak-anak di rumah memang tak lah. Tak selera aku nak makan nanti. Jadi lebih baik aku tak pergi.

So bila dapat green light daripada geng-geng maka haruslah aku gembira bukan. Wah berbuka puasa bersama geng-geng. Teruja. Seharian kita orang bertiga berfikir nak berbuka kat mana. Jadi bila mendapat kata putus kami ke Aeon Bandaraya dan berbuka di Pizza Hut. Ala-ala mat salleh kan. Uhhh...

Aku berbuka puasa ditemani anak-anak.
 
This is my sis in law with her doter. 
 
Masing-masing menikmati hidangan. Masa ni budak tiga orang masih dapat dikawal walaupun ada huru-haranya. Sampai yang terbalik pingganlah. Dahler budak tiga orang ni mengerjakan si Mira Mokhtar aje. Nasib ko lah kan...Mak-maknya boleh tergelak aje.
 
Si adriana pun sama berebut nak duduk sebelah aunty Mira.
 
Ammar yang membuatkan hari-hari mama sentiasa ceria.

 Ini menu aku. Spageti aglio olio. 

Berungguh si Nayli makan.
 
Sebelum pulang ke rumah masing-masing, bergambar dulu buat kenangan. Nasiblah adriana sudah boleh diharap. Dia yang tolong amikkan gambar ni.

 Kemudian adriana pula bergambar.

Last but not least, kami bergambar bertiga. Geng-geng keyakinan bersama di suatu masa dahulu. Rindu zaman pergi audition sama-sama di KL dulu. Zaman tu dah pun berlalu. Yang ini aku namakan aku, dia dan mak buyung. Hehehehe....

Itu sahaja kisah 12 Ramadhan. Seronok! Walaupun iftar kami dihiasi dengan jeritan-jeritan batin pada tiga orang budak tu. Mana tak jadi tarzan kan, yang berebut nak duduk kerusi, yang berebut Mira Mokhtar. Hahaha...Hot sangat ko masa tu. Hectic sungguh kita berbuka kan. Kenangan yang mungkin tak akan dapat diulang. Sekian dan wassalam...

Salam pena,



Catatan 11 Ramadhan : Menu Berbuka Puasa Di Rumah

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Sudah masuk waktu rehat. Hari jumaat biasalah waktu rehatnya sedikit panjang. Jadi ada yang mengambil kesempatan untuk keluar mencuci mata. Aku? Tak kemana-mana pun. Hajat di hati tadi sebelum tiba waktu rehat kononnya mahu ke Mydin atau Romantika. Tapi bila dah rehat, rasa malas pula. Mata pun bagai digam-gam. Rasanya perlu didulukan layanan mata. Hahaha...

Okeylah, kembali kepada tajuk di atas. Aku kalau sudah mula menaip mukadimahnya memang panjang. Rindu nak tulis cerpen. Tapi kekangan masa sangat-sangatlah tak terlampau. Ini kisah 11 Ramadhan. Sudah ketinggalan banyak hari. Jadi aku harus update secepat mungkin.

Entri-entri sepanjang ramadhan bukanlah mahu menunjuk jauh sekali bersikap riak dengan makanan. Aku suka berkongsi dan secara tak langsung boleh bagi idea pada sesiapa yang tengah buntu mencari idea mahu memasak. Terpulanglah pada niat kita ye. Jangan tersasar ke jalan yang tidak betul.

Tempoh hari aku tak ada idea nak maska apa. Tengok dalam peti ais ada perut. Jadi aku decide untuk masak perut tu. Buat masak lemak cili padi. Kemudian aku tengok ada salad aku buatlah menu macam tempoh hari. Salad bersama telur rebus. Simpan lama-lama dalam peti takut layu pula. Lepas tu aku goreng maggi. Kes teringin lagi. Huhuhu...

Kemudian, jiran aku bagi lauk pulak. Dia pulangkan mangkuk tingkat aku. Rezeki kan. Dia bagi sambal telur puyuh, ayam masak kicap dan pengat durian. Jenuhlah wei...Itu sahaja kisah aku dan keluarga untuk 11 Ramadhan. Sekian dan wassalam...

Salam pena,



Perginya Di Bulan Mulia...Al-Fatihah

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google & Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam jumaat dan salam 16 Ramadhan. Pagi ini bumi Melaka dibasahi hujan lebat. Sejuk sikit setelah beberapa hari panas berdekang. Bersyukurlah jangan merungut. Tapi manusia biasalah selalu aje nak merungut. Banyak yang tak kena daripada kena. Semoga kita dijauhkan daripada sikap begitu.

Semalam, kami dikejutkan dengan berita pemergian mak andak sebelah suami di Kampung Pulai. Saat menerima khabar itu jam 5.00 pagi usai sahur diri memang terkejut. Pagi semalam lepas sahur mak mertua telefon. Macam tak sangka. Berkali-kali aku tanya mak mertua aku mak andak tu ke? Termenung kejap. Mula terbayang-bayang wajahnya di ruang mata.

Pergi mengejut tanpa diduga. Walaupun dia mak andak sebelah suami tapi memang setiap tahun masa raya memang kami akan ke rumahnya. Menurut cerita daripada mak mertua, hari rabu petang tu arwah mengadu sakit perut. Jadi pak andak bawa ke klinik. Doktor kata gastrik. Jadi balik arwah rehat dan makan ubat. Kemudian balik tu arwah nak ke tandas untuk mengambil wuduk dan arwah jatuh. Terus dia orang panggil ambulan dan bawa ke hospital. Mak andak meninggal di hospital. Begitulah...

Jadi semalam, lepas bersahur aku dan suami bersiap. Hantar anak-anak ke sekolah dan kami terus balik ke kampung. Sampai rumah arwah sudah siap semuanya dan jenazah mahu dikebumikan. Dapatlah tengok jenazah dikebumikan. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.


Al-Fatihah buat arwah Mak Andak Normah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kepada keluarga arwah, semoga sentiasa diberi ketabahan dan kesabaran dengan pemergian orang tersayang. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku yang jauh ni ni pun turut bersedih apa ntah lagi anak-anaknya.

Kenangan bersama arwah sewaktu majlis perkahwinanku. Arwah yang sebelah kanan sekali. Berbaju kurung kuning.

Semalam membelek album kawin. Dan ini lagi gambar arwah bersamaku. Sewaktu ini arwah membacakan doa untuk kami. Kini tinggal kenangan.

Buat arwah mak andak, semoga tenang  dan damai di 'sana'. Perginya di bulan yang mulia. Semoga rohnya dicucuri rahmatnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

Sekian an wassalam.

Salam pena,

Wednesday, July 1, 2015

Catatan 9 Ramadhan : Iftar Bersama Keluarga DI Restoran Tomyam Klasik

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam 14 Ramadhan. Hampir setengah hari kita sudah menjalani ibadah berpuasa. Lebih kurang 15 hari saja lagi kita akan menyambut ketibaan Syawal. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk melakukan ibadah puasa bersama keluarga tersayang.

Jumaat lepas, kebetulan suami ada berbuka di tempat lain anjuran kilang Honda untuk warga Kastam. Jadi bila suami tiada, aku dan anak-anak terpaksalah membawa diri. Pandai-pandailah kan nak berbuka apa. Aku terus whatsapp mak ajak berbuka kat luar. Kemudian boleh terus bawa mak beli baju raya. Kemudian adik aku sekeluarga pun mahu turut serta. Eloklah kan meramai-ramaikan.

Aku dan adik aku memilih Restoran Tomyam Klasik. Jadi kena tempah awal. Adik aku ke restoran untuk tempah dan aku hanya bagi tahu menu apa yang mahu dipesan. Masa sampai orang sudah ramai memenuhi ruang restoran. Kami terus saja ke meja yang telah direserved.


Antara menu yang dipesan. Tomyam campur, ikan siakap masak stim, daging masak merah, paprik, kailan goreng ikan masin dan telur dadar.


Adik ipar aku bersama anaknya Nayli dan anakku Adriana.


Ammar dan nenek.


Adriana dan atok.


Cucu-cucu bersama atok dan nenek.


Selesai beriftar, tunggu solat kemudian kami terus ke Mydin. Mak nak beli jubah. Adik ipar aku ke pasaraya sebab nak beli barang. Aku bawak budak-budak ni lepak kat kedai mamak depan Mydin. Atok belanja aiskrim. Lama jugak kita orang bersantai. Itu sahaja kisah 9 Ramadhan aku. Bersambung lagi dengan entri yang lain. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,