Tuesday, August 16, 2011

~Online Shopping VS Offline Shopping~

Salam kepada semua...

Hari ini hari ke-16 kita semuat umat Islam telah berpuasa.  Lagi 13 hari jea lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Macam mana dengan persiapan raya korang?Aku belum beli apa-apa lagi untuk 2 orang budak kecik aku tue.  Baju raya dia orang pun tak beli lagi.  Mungkin kebanyakkannya aku akan ambil baju-baju anak-anak aku daripada stor SweetLovelyShoppe.



Itulah aku sedang terfikir-fikir nak beli baju raya anak-anak aku secara online atau offline jea..  Kalau beli online mudah sikit kan.  Tak payahlah nak bersesak-sesak dekat mall nak memilih baju.  Boleh stress jugak dibuatnya. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari jea.  Hanya perlu sediakan duit jea kan.


Kalau beli kat shopping feel sikit nak raya kan??Tapi tuelah nak bersesak-sesak kat mall.  Mesti sekarang  orang ramai sedang sibuk membuat persiapan raya kan.. Tapi kena jugak beli dekat shopping nak beli alas mejalah, nak beli perkakas rumahlah dan sebagainya. 

Apa-apa pun tak kiralah beli secara online atau offline haruslah berbelanja dengan berhemah.  Dua-dua pun ada pro dan kontranya.  Janji kita happy!!!

Korang pulak suka beli online shopping ke atau offline shopping???Selamat Bershopping!!!

Monday, August 15, 2011

~Bonus Dah Masuk Jom Pi Shopping~


Salam...

Uolls dah cek kat akaun bank masing-masing?bonus dah masuk kan??Pada sesiapa yang dah masuk bonus jom pi shopping!!!Bolehlah beli apa-apa yang patut untuk raya.

Apa-apa pun berbelanjalah dengan berhemah.  Belilah yang diperlukan sahaja..Jangan membazir hokey.  Peringatan untuk diri sendiri jugak!!!

Note>>Bila nak pi beli baju untuk my AdrianAmmar...

~Berbuka Di Kuala Sg Baru~

Salam kepada semua...

Hari nie gigih aku cuba jugak untuk membuat entry pasal semalam pulak.  Semalam hari ahad, aku, asben dan adriana berbuka di Restoran Ikan Bakar Kuala Sg Baru.  Berbuka dengan orang-orang di Kastam Linggi.  Ammar tak bawak yea.  tinggal bersama-sama dengan mil aku.  Asben kata x payah bawak ammar sebab tempat tue tidak berair cond.  Si ammar nie pattern lain tak bolehler panas sikit mahu mengamuk.  Kadang duduk bawah kipas angin pun berpeluh.

Perjalanan ke Kuala Sungai Baru boleh tahan jauhnya. Macam tuelah hari-hari asben aku pi koje.  Patutler dia kata penat.  Penat drive kot. :-)

Ini permandangan sepanjang perjalanan
Mama ajak adriana bergambar sebab mama dah boring...
Lagi kami bergambar...Tengoklah aku senyum..Menahan kesakitan akibat ulser yea..
Manalah tempatnya tak sampai-sampai...
Permandangan ke laut..
Hampir tiba ke destinasi aku teka..
Adriana dan papa...
Inilah tempatnya...
Tiba awal dalam pukul 7 bawak adriana pi main dekat playground...
Masa untuk berbuka...
Adriana makan dengan bersungguh-sungguh..Senang hati sikit bila dia makan
Tengoklah dia makan..Sebenarnya banyak main-main daripada makan!!
Inilah antara yang ada...
Aku tengok apa erk??
Posing!!!
Inilah kaunter bayaran restoran nie...motif aku snap picture nie??aku pun tak tau...:-0
Adriana main-main aku nak amik gambar dia..Pandai nak bergurau pulak...
Papa tengok anaknya makan ke main-main?Tak abis-abis makan...
Adriana makan bubur pulut hitam...
Aku sedang menonton tv pasal badminton
Last pic sebelum pulang adriana bergambar dengan kawannya...kalau jumpa semua kawannya..yang tak kenal pun adriana kata kawan dia..

Note>>Hari jumaat nie ada program berbuka dengan officemate aku pulak bahagian khidmat pengurusan jea..tapi tak tahulah aku dapat join ke tak...

~Bila Bibirku Kena Ulser...:-(~

Salam kepada semua readers...

Bismillah...
Mood aku ari nie sangat-sangat merudum akbibat ulser yang menyinggah di bibrku yang merah bak delima...kahhhhh...ayat tak boleh blah!Sakit yang amat nie..Sewaktu menulis blog nie masih terasa berdenyut-denyut..nyot..nyot...mak oi..pedihnya..


Hari nie dah masuk hari ke-2 aku terkena ulser nie.  Kisahnya terjadi ulser khamis lepas tengah baring-baring sekali adriana terhantuk kepalanya di bibir aku.  Selang beberapa hari terus jadi ulser nie.  Lagi satu mungkin sebab aku kurang minum air.  Masa aku mengandungkan ammar 9 bulan tak ada ulser.  Mungkin masa pregnant aku banyak minum air.  Sekarang nie jadi balik ulser nie.


Gambar nie bukan gambar aku yea.  Aku google jea.  Lebih kurang macam nielah ulser yang sekarang berada di bibirku...huhuhu.  Sepanjang ulser nie nak makan pun susah.  Sampai nak bercakap pun sakit.  Jadi buat beberapa hari nie aku akan bercakap menggunakan bahasa isyarat atau tulis kat kertas jea.  hehehe.. Jadilah pendiam sikit buat sementara waktu.

Apa-apa pun, walaupun sakit mood blogging tetap ada yea!!!!

Note>>Aku cuma sakit sedikit...terlalu sedikit diuji olehNYA...Ada orang lain yang mungkin lagi berat sakitnya dan lagi berat ujian pada dirinya...Sabarlah...

Note>>Ada seorang kenalan aku yang suaminya sedang berada di ICU sebab suaminya colleps masa 5 Ramadhan tempoh hari..Sampai sekarang masih belum sedar...Kesian padanya..Semoga dia tabah menghadapi ujian pada dirinya.  Semoga suaminya akan kembali sembuh..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Sumber  Gambar>>>Google

~Dari Dapurku : Ayam Madu Lada Hitam~

Salam...

Tak ada apa nak diceritakan...Kali nie nak cerita pasal makan-makan dan masak-masak yang dikendalikan oleh diriku sendiri.   hah!!!ayat tak menahan.  Aku idakler pandai memasak.  Masak untuk diri sendiri dan untuk asben bolehlah.  Janji boleh telan dan sedap di tekak aku sendiri.  Suka jugak try masak benda-benda yang baru.  Ada jugak yang aku cari dalam resipi.  Makan benda yang sama pun kadang-kadang bosan yang amat!!!betul tak??

So, aku try masak Ayam Madu Lada Hitam.  Nie aku masak masa hari yang ke-5 kita berpuasa.  Dah jemu makan ayam masak merah.


RESIPI AYAM MADU LADA HITAM :
1 ekor ayam
4 ulas bawang putih, cincang kasar
1 labu bawang besar, potong setengah bulat
5 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
2 sudu teh lada hitam, tumbuk kasar
Daun bawang
Garam
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya :
1.  Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma
2.  Masukkan ayam.  Kacau sehingga ayam empuk.  Perisakan dengan madu, sos tiram, kicap cair, garam dan lada hitam.  Kacau rata.
3.  Tuangkan air.  Kacau rata.  Masak sehingga pekat dan masukkan daun bawang.

Kawan-kawan bolehlah cuba yea..Lain tangan lain rasanya...
Selamat mencuba!!

~Kisah Hari Sabtu~


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Isnin...

Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik daripada hari semalam.  Tak ada apa cerita menraik nak aku ceritakan.  Just nak cerita pasal hari sabtu aku dan my 3A.  Hari sabtu lepas kita orang berbuka di rumah abang asben.  Tapi gambar masa berbuka non ado.  yang aku snap gambar masa budak-budak main bunga api.  Hari sabtu lepas aku telah berjaya membuat cornflakes madu yea.  Dapatlah jugak sejenis kuih raya.

Jom layan gambar jea..Tak tahu nak tulis apa pagi-pagi isnin nie...Blur dah cuti 2 hari...

Inilah mereka yang sedang seronok bermain bunga api..

Itu adriana..Dia bukan panggil bunga api tapi dia panggil bunga raya sebab hari raya kan???hehehe
Eh, macam mana ammar boleh terlepas??ammar dengan busunya..

Ammar pun sibuk jugak...

Adriana tak berhenti main..

Masing-masing berebut bunga api...Nielah abg asben aku dan anak-anaknya

Note>>Nanti aku letak gambar cornflakes madu aku yea..alu sempat suruh biskut aku berposing..:-)