Sunday, October 10, 2021

Selamat Merentas Semua!

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Setelah berbulan-bulan aku tidak menulis di blog ini, hari ini aku kembali dengan entri gembira. Hahaha. Memandangkan hari ini PM telah mengumumkan kebenaran merentas negeri bagi seluruh negara mulai 11 Oktober 2021. Inilah pengumuman yang dinanti-nanti. Akhirnya, pengumuman dalam 'masa terdekat' diumumkan juga hari ini.

Rasa nak bersorak. Begitulah perasaannya tapi tidaklah bersorak betul-betul. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu perasaan ini. Tak perlulah ke balai. Pernahlah beberapa kali balik ke Melaka sebab nak uruskan ayah ke hospital. Bercintanya sebab nak menghadap pak polisi.


Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Apa yang dharapkan selama ini telah dimakbulkan Allah. Selamat pulang ke kampung semua. Patuhi SOP ya. Buat masa ini, aku tidak merancang untuk berjalan-jalan. Dapat pulang ke Melaka, melihat rumah sendiri, dapat tengok mak ayah pun cukuplah.

Jalan-jalan nantilah kita fikirkan. Semoga kita semua terus dilindungi Allah daripada wabak ini. Jangan alpa. Semoga kehidupan normal kita akan dikembalikan.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: