Friday, September 16, 2016

Random Cerita Raya

Salam.

Selamat pagi. Selamat Hari Malaysia. Selamat bercuti pada semua.

Maaf ini sememangnya gambar-gambar Aidilfitri yang lepas. Entah kenapa kali ini aku agak malas untuk mencerita kisah raya yang lepas. Mungkin sebab pagi raya tu berlaku kejadian yang tidak diingini membuatkan mood aku terus hilang.

Memang menduga betul pagi raya tu. Baru dugaan kecil. Tengah kalut-kalut memasak sebenarnya masa tu. Hati menjerit riang masa tu tiba-tiba diragut. Itulah aku tak suka nak gembira lebih-lebih. Lupa diri masa tu Allah jentikkan hati untuk beringat.

Tak apalah, dah lepas pun. Mari kita layan gambar ajelah. Aku letakkan juga di sini sebagai kenangan masa akan datang.

Satu-satunya gambar keluarga kami pagi raya. Terima kasih kepada encik tripod.

Ini dah macam kumpulan-kumpulan nasyid yang menunggu masa untuk disingkirkan. Hehehe...

Masuk raya ketiga ni. Sepupu-sepupu aku dari Johor Bahru bertandang ke teratak aku. Seperti tahun-tahun lepas.

Sebelum pulang dapatlah bergambar sekali lagi beramai-ramai. Bezanya gambar dulu porch aku belum ada tiles.

Kami sekali lagi. Seronok bila berkumpul ramai-ramai begini.

Petang tu pula adik sepupu dari Batu Pahat datang.


Bersama Zuhairah adik sepupu aku.

Malamnya pula seperti biasa mereka yang selalu meriuhkan rumah.

Menjelang malam aku pun dah sememeh. Rupa dah macam mak limah.

Candid betul gambar ni. Tercongok pulak makcik berdua tu.

Raya ke berapa aku tak ingat. Ini anak-anak buah sebelah suami. Jalan raya ke kampung.

Bersama biras-birasku.

Sejak suami tercinta rajin berselfie, maka inilah hasilnya. Sebenarnya ajaran bininya.

Bila ramai-ramai memang begini rupanya. Macam-macam gaya dan rupa.

Selagi tak berganjak memang snap sana snap sini.

Lagi sekali.

Kali ini gambar dekat pula.

Baju raya kami yang lepas sama semuanya. Sebenarnya baju ni kami buat nak pakai masa anak buah aku kahwin. Memandangkan siap sebelum raya, maka masing-masing merasmikan dulu. Itu sahaja entri yang dijadikan random sebab aku nak juga dituliskan di blog ini untuk kenangan masa akan datang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

wow. mcm aidil fitri plak gaya nyer gathering keluarga.
raya aji thn ni aida raya kat kl.
abah tak sihat...