Saturday, December 13, 2014

~Ulangtahun Kelahiran~

Selamat tengahari semua. Selamat berhujung minggu. Hujung minggu banyak tugasan yang menanti yang tidak dapat dilakukan semasa hari bekerja.

Tugasan biasa yang dilakukan oleh seorang isteri dan emak. Itu sahaja entri tengahari ini. Mahu siapkan makan tengahari. Aku kongsikan kata-kata ucapan di IG sempena kelahiran emak dan sahabat baik.



12.12.2014

Ulangtahun kelahiran dua insan yang penting dan tersayang. Perempuan. Mereka berkongsi tarikh lahir. Dua-dua memegang status sebagai seorang emak.
Seorang adalah emak aku yang tersayang. Emak yang banyak berkorban demi anak-anak. Memahami keadaan anak-anak. Susah payah. Tiada tandingannya. Terima kasih atas segalanya.
Seorang adalah insan yang bergelar sahabat. Dari dulu hingga kini. Lapan tahun menyelami persahabatan. Berkongsi rasa suka dan duka. Terima kasih tak terhingga.

Buat emak,
Mak...selamat hari lahir yg ke 69 tahun. Semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,gembira bersama keluarga dan terima kasih sebab banyak tolong along dan anak-anak.

Buat sahabat @hanisah.ma,

Kak nisah...selamat hari lahir yang ke 3* tahun...semoga sentiasa ceria,diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,gembira bersama yang tersayang dan akan menjadi kawan baik saya selamanya.😊 Semoga kedua-dua insan ini sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amin... #fydaadim

Aku penulisnya,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

No comments: