Tuesday, December 2, 2014

~Kisah Isnin Lepas~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Entri di tengah malam. Tadi sudah terlelap dan sekarang bila terjaga mata ni tidak mahu lena pula. Jadi apa lagi menulis blog untuk diterbitkan satu entri di kala waktu begini. Kisah isnin lepas yang sudah agak basi. Memandangkan gambar-gambar sudah dimuatnaik maka aku gigih juga menulis entri ini.

Isnin lepas, encik suami menghadiri kursus di Port Dickson. Aku seperti biasa saat ditinggalkan suami begini akan pulang bermalam di rumah mak bersama anak-anak. Alasan utama sebab malas nak berangkut pagi-pagi buta untuk hantar anak-anak. Baik tidur di rumah mak aja.

Petang isnin lepas, hujan turun membasahi bumi Melaka. Selebat-lebatnya.

Dek kerana kekalutan, tetiba hari tu jadi bodoh. Cuak gila bila keadaan cermin keretaku begini rupa. Sampai telefon asben aku. Buka wiper tak juga jalan. Masih kelam, rupanya berwap. Bengong betul. Ketawakan diri sendiri.

Dalam pada kalut dan cuak, sempat snap gambar orang sebelah.

Sampai rumah mak, terus masuk ke dapur dan goreng keropok lekor. Sejuk-sejuk memang perut sentiasa kelaparan.

Si kecik ni baru lepas menangis. Mula-mula aku nak amik gambar dia seorang, sekali ammar datang terjah. Mahu dia tak mengamuk.

Layankan juga si anak terunaku ini. Nak juga bergambar.

Bergambarlah mereka bertiga. Tengoklah aksi si ammar. Ada sahaja pose menarik daripadanya. Budak nak sekolah tahun depan, pandai sudah bila suruh bergambar. Malam itu hanya melepak-lepak di rumah emak. Sepatutnya aku duduk di rumah emak hingga khamis tetapi malam itu sebaik aku menerima panggilan daripada asben, terus tidak boleh tidur. Berbelah bagi. 

Asben suruh aku dan anak-anak ke PD esoknya memandangkan dia dapat bilik seorang. Adui, saat dipelawa memanglah seronok tapi hati ni berbelah bagi. Macam mana aku mahu ke sana bertiga? Memandu sejauh itu bersama anak-anak. Nanti aku ceritakan pengalaman aku memandu ke Port Dickson. Sekian dan terima kasih.

Aku penulisnya,






                                                                                                                       

No comments: