Sunday, December 28, 2014

~Sambutan Kecil-kecilan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu. Pagi ahad yang indah. Hari cuti itu memang ditunggu-tunggu. Pagi ini entri berkenaan sambutan ulangtahun perkahwinan ke lapan tempoh hari. Sambut kecil-kecil sahaja. Apa yang penting kami mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan yang bermakna itu. Setelah lapan tahun.

Balik kerja, aku terus on pc. Terdetik dalam hati mahu order pizza. Rasanya sudah sekian lama tak makan pizza hut. Sadis ke tak? Misi berjimat makan di luar sedang diperluaskan oleh aku dan asben. Jadi hari tu kira hari berkecuali.


 Order di hujung jari aje. Pilh dan klik menu pilihan.


Jam 8.00 malam tibalah penghantar pizza di muka pintu. Ammar berlari-lari sambil menjerit "Mama, pizza dah datang." Waktu tu maknya di dapur. Berlari-lari si emak ke depan. Kemudian siap-siap untuk makan malam dan tunggu asben balik. Itu sahaja kisah sambutan kami empat beranak sempena ulangtahun perkahwinan kelapan. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan berkeluarga. Semoga berbahagia selamanya. Amin.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                         

No comments: