Tuesday, March 4, 2014

~Hadiah Daripada Nenek~

Assalamualaikum...

Selamat pagi lagi.  Entri kedua menyusul bila ada sedikit kelapangan mahu menulis.  Tarik nafas sekejap dan kemudian dilepaskan.  Mahu diceritakan kisah hadiah yang diterima oleh anak-anak aku daripada nendanya.  Yelah, sempena ulangtahun kelahiran mereka berdua.  Adriana masa bulan Januari, Ammar pula  bulan februari.  Masing-masing sudah membesar dengan jayanya dan bijak.  Adriana sudah 6 tahun manakala Ammar pula sudah 3 tahun.  Sekejap sahaja masa berlalu.

Makanya, nenda mereka membeli hadiah untuk mereka.  Adriana dapat dulu, siap neneknya bawa ke Aeon Bandaraya dan Nana pilih gaun.  

Inilah baju yang Nana sendiri pilih.  Dah beli baju ni kemaruk sangat sampai duduk rumah pun Nana pakai.  Suka bebenar katanya.  Dan Ammar pula nak tahu nenek belikan apa.  Ermmm...oleh sebab Ammar ni terlalu fanatik dengan ultraman, makanya inilah hadiahnya.

Hah, inilah hadiah buat Ammar.  Asyik-asyik ultraman.  Kat tv suruh buka ultraman, kat ipad ultraman, mana-mana mesti ultraman.  Lama-lama mama pun hafal.

Muka teruja ke tu nak oi.  Masa dapat bukan main excited.  Tidur pun bawa ultraman.  Siap baringkan ultraman sebelah dia.  Huhuhu..Anak oh anak...Itulah kisah anak-anak aku.  Lama sudah tak berceritakan perihal mereka.  Ammar pun sudah semakin petah bercakap walaupun ada pelat-pelatnya.  
Itu sahaja kisah anak-anak aku.  Nanti bersambung lagi dngan entri yang lain.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

1 comment:

.:fyzz:. said...

tau tak..ammar anak fyzz pun suka sngt ngan otomen..hehe..btw..lawa skirt yg nenek hadiahkan..:)