Tuesday, March 18, 2014

~Kerana Terlalu...~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua.  Petang ini kedingin mencengkam tubuh.  Di luar hujan lebat membasahi bumi.  Alhamdulillah, nikmat yang Allah Taala berikan.  Cuma satu sahaja teruskan berdoa, jangan berhenti.  Semoga pesawat MH370 yang hilang akan ditemui.

Dalam mahu menunggu jam perakam waktu berlagu, maka terhasil lah entri ini yang datang tiba-tiba.  Jari saja gatal menekan carian google dan aku ketemu dengan kata-kata ini.  Kenapa kebaikan seringkali dibalas dengan kejahatan?

Kerana terlalu jujur kita sering ditipu..Semuanya dari kerana.  Jadi janganlah kita menaruh harapan sepenuhnya yang kelak akan membinasakan diri sendiri.  Itu mungkin salah satu cara untuk kita jatuh rebah tatkala kita diuji sebegitu.

Okeylah, aku kalau dah mula menulis mula datang merapu.  Tapi ini semua sekadar perkongsian dan daripada pendapat picisan aku sahaja.  Sekian terima kasih dan selamat merenung kata-kata di atas.

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          


No comments: