Saturday, September 28, 2013

~Majlis Meraikan Persaraan @ Api-Api Steamboat~

Assalamualaikum...

Selamat malam buat semua.  Hari ini tidak buat apa.  Masaku diisikan dengan menonton televisyen, tidur dan juga blog!Tidak ada idea mahu ke mana bersama anak-anak.  So melepak di rumah.  Jenuh mengedit gambar-gambar dalam entri ini.

Malam tadi office aku, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan majlis meraikan persaraan Kak Rehan yang akan bersara 1 Oktober ini.  Majlis diadakan jam 8 malam di Restoran Api-api Steamboat & Grill.  Yang tinggal di Melaka pasti tahu.   Aku dah ke sini masuk empat kali rasanya.  Mana taknya office asben, Kastam pun buat kat sini.  Office aku pun buat kat sini jugak.  Aku tak kisah mana-mana pun.  Janji datang untuk meraikan.  Nasiblah malam tadi tak ada apa hal so bolehlah aku ke sini bersama Mira Mokhtar.

Okey, jom tengok gambar.

Ucapan daripada Timbalan Pengarah Negeri, Che Azman.

Semua di dalam gambar adalah officemate aku.

Kak Sham jadi pengacara majlis.  MC baru untuk malam itu.

Inilah orang yang diraikan malam tadi, Puan Zainorihan.

Penyampaian sijil penghargaan.

 Cenderahati daripada jabatan.

Cenderahati daripada kelab.  Aku pun tak pasti.

Dari unit-unit pula.

It's me.  Peace yo!

Aku lagi!

PhotoG malam itu.

PhotoG bidan terjun.  Hehehe...

Gambar beramai-ramai.

Officemate bergambar dengan TP.

Mira mokhtar bergambar dengan Kak Rehan.

 Lagi gambar dia.  Tak apa bagi can gambar dia pula banyak.  Huhu..

Aku pula bergambar dengan Kak Rehan.

Masa untuk makan.  Inilah meja-meja untuk kami.  Masing-masing dah ambil tempat.

Sebahagian staff di bahagian PSM.

Masak jangan tak masak.

Sempat lagi berposing.  Ini Puan Mardiana.

Kak Rehan masak apa tu?Hehehe..

Meja bersebelahan meja kami.

Gambar terakhir sebelum aku melangkah pergi dari restoran ini.  Gambar officemate, Kak Yatt, Kak Tina dan timbalan pengarah Encik Azman.  Aku kena beredar awal sebab mahu ambil anak-anak lagi.  Makan pun tak selera sangat sebab dah teringat-ingat pada anak-anak di rumah.

Apa-apa pun majlis sebegini yang dibuat sesekali memang menyeronokkan.  Dapatlah bersuka ria di luar dan melupakan kerja office sebentar.  Buat Kak Rehan, selamat bersara.  Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan keep in touch dengan kita orang walaupun sudah tidak ada bersama kami di office.

Sekian...

No comments: