Saturday, September 14, 2013

~Aktiviti Sabtu Tentang Kereta Comelku~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Selamat hari sabtu dan selamat berhujung minggu!!Masuk sabtu hari ini sudah minggu keberapa ye suamiku di Sabah.  Oh sudaah tidak mampu untuk berkira-kira.  Hehe..Aku sendiri sudah tidak ingat tapi yang penting lagi 55 hari lagi mahu ke hari yang ditunggu.

Okey, tinggalkan sebentar hal menghitung hari dan tolak ketepi soal itu.  Hari ini, seawal jam 9 pagi sudah bersiap-siap.  Siapkan anak-anak dan siapkan diri sendiri.  Perkara paling paling utama hari ini adalah untuk membawa kereta comelku ke bengkel ditemani abang dan kakak sepupuku.  Mestilah kakak sepupuku, takkan kakak sepupu orang lain pula.

Jarang sekali aku menjengahkan muka ke bengkel.  Sejak suami jauh ni, terpaksalah kan.  Mahu atau tidak harus juga dilakukan.  Selalunya kalau suami servis kereta pun aku tak pernah ikut.  Baik aku bergolek-golekkan di rumah.  Hah, sekarang rasakan.  Huhuhu...

Memandangkan keadaan kereta aku ni ada perkara yang merisaukan dan rasanya tidak boleh lagi untuk menunggu kepulang encik suami, itu yang nekad juga.  Apa masalahnya?Masalah pada tayar kereta iaitu driveshaft.  Apa tu ek?Aku sendiri tak tahu benda apa itu?Betul ke eja.  Laki den cakap rupa itu.  Iyelah kut.  Bila ada pula orang kata jangan uturn dan pusing nanti boleh tercabut tayar bagai, lagilah menggerunkan aku yang sememangnya penakut sejak azali lagi.  Adalah lebih baik aku bertindak dari sekarang.  Dahlah hero malaya aku jauh.

Sementara nak tunggu kereta comelku siap maka tertaiplah entri yang agak panjang lebar juga ceritanya. Mata sudah mengantuk.  Stop dulu sebab nak fokus benda lain pula.  Idea silalah datang!!

Sekian...







                                                                                                           

No comments: