Monday, August 5, 2013

~Persiapan Raya Kami Anak-Beranak~

Assalamualaikum...

Selamat pagi...Malam tadi berusaha untuk menaip supaya blog ini tidak bersawang untuk beberapa hari.  Mungkinlah kan sebab esok lusa mesti sudah sibuk.  Yang pasti ulang alik rumah mak.  Tulat dah raya lagilah tak ada masa nak jengah blog.

So, persiapan raya tahun ini biasa-biasa sahaja.  Sebolehnya mahu bersederhana.  Tahun ni juga tiada baju sedondon bagai.  Asben pun tak nak buat baju melayu.  Pakai sahaja stok baju tahun, tahun lepas yang mana dia berkenan.  Silap hari bulan baju nikah kita orang asben pakai.  Kalau aku nak sedondon dengan asben aku kena pakai baju nikah jugak.  Masih muat lagi rasanya.

So, stok baju melayu yang mungkin asben pakai pagi raya adalah warna ungu.  Tapi pagi raya tu asben keje.  Untuk aku pula kebetulan hari tu ada beli kain untuk buat baju kerja.  Memandangkan baru siap jahit, aku jadikannya as baju raya.  Aci tak?Memang tak cari baju pun.

Tak lupa persiapan untuk anak-anak memang sudah disiapkan.  Jangan mak apaknya tak mahu beli baju baru, anak-anak tak ada pula.  Masih ada untuk nana dan ammar aku tu.  Sepasang baju kurung untuk nana dan sepasang baju melayu untuk ammar.  Sebab nak jugak warna ungu-ungu macam papa carikan jugak ammar baju melayu warna ungu.  Baju casual untuk mereka berdua sudah pun beli.

Ini untuk ammar.  Jean dan t-shirt.

Ini pula untuk adriana.  Gaun, jean dan t-shirt.  Itu sahajalah kut persiapan kami anak-beranak.  Tak sabar nak pakai baju baru.  Nana kejap-kejap tanya bila nak pakai jean baru tu?Sabarlah nak...

Sekian entri kedua hari ini.  Berjumpa lagi di lain entri.






                                                                                                         

No comments: