Monday, August 12, 2013

~Gelagat Pagi Raya~

Assalamualaikum...

Mari mulakan cerita pagi raya.  Asben aku kerja pagi raya tu.  So dari rumah kita orang kueluar pukul 8 pagi dan terus ke rumah mak.  Nasiblah tak jauh mana rumah mak aku.  Sampai rumah mak aku terjah makanan dulu.  Kemudian laki den pegi solat raya.  Balik dari solat dia sudah bersiap-siap mahu ke kerja.

Okey, tahun ni agak slow sikit.  Nak bergambar atau apa sekalipun.  Sehari sebelum raya raya iaitu hari memantai tu, aku demam.  Ermm, nak buat apa pun tak larat.  Melepek jawabnya.  Gigih telan ubat supaya sihat.  Esok nak raya ni!Sudahnya aku berbuka juga sebab tak larat.  Jadinya gambar malam raya non ado sebab aku tak ada mood nak amik gambar.  Malam lepas berbuka mak bagi buah cherry suruh makan. 

Nasiblah pagi tu bangun alhamdulillah dah kurang sikit sakit pala walaupun terasa weng weng sedikit akibat telan ubat kut.  Bergegas siapkan pakaian suami dan anak-anak.  Aku orang terakhir yang siap.  Memang biasalah tu.

Ini serba sedikit gambar pagi raya yang agak kelam kabut sedikit.  Menunggu ayah aku balik dari sembahyang lambat sangat memang tak sempat bergambar family sebab asben aku pula dah nak pergi kerja pula.  Memang upset di situ.  Kita hanya merancang bukan?Jom layan gambar..

Mama dan nana...

Mama dan adriana lagi.  Ini sebenarnya testing kamera je.

Mereka bertiga..

Nayli dan gitar ammar.  Akulah penghibur jalanan...

Gaya umi dan nayli.

Family kecil adik aku.

And this is my sweet doter yang kuat merajuk, sensitif dan emosional.  Ikut perangai siapa tu?Semua ada pada mamanya kut.  Kuat merajuk nombor satu, tapi dah tua-tua dan jadi mak-mak ni tak merajuk da. Boleh caya ke?

Okey, bersambung lagi.  Nanti aku sharekan gambar potrait kami sekeluarga.







                                                                                                         

No comments: