Wednesday, August 28, 2013

~Jodoh Itu Milik Kita~

Siapa tengok drama bersiri ini?Sila angkat tangan!!Aku mengikuti jugak cerita ini sebab ada Tizz Zaqyah.  Drama ini baru sahaja ditayangkan di Astro HD bagi menggantikan drama bersiri Dahlia yang sudah pun berakhir.

So far tengok drama ini sudah tertarik.  Baru tengok sampai episod tiga je pun.  Episod lain aku just rekod dan belum sempat tengok.  Tunggulah hujung minggu nanti.  Drama ni adaptasi daripada novel juga.

Pelakon utama Farid Kamil, Tizz Zaqyah, Syafiq dan Nabila Huda.  Apa-apa pun sama-samalah kita tonton perjalanan drama ini hingga ke penghujung.  Aku memang peminat tegar drama melayu.  Nak-nak kalau pelakon dia best-best.  Lagi jadi tegar.  Hehe...




Sinopsis JIMK


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

Inilah rupa novel JIMK.  Dah masuk dalam list nak beli novel ni.  Kena beli ni.  Hobi baru aku katakan.

Sekian..

Sumber gambar : google









                                                                                                         

No comments: