Monday, September 12, 2011

~1 Syawal Kami~

Salam...

Orang lain dah banyak upload gambar raya.  Aku baru terkedek-kedek nak cerita pasal 1 Syawal.  Tahun nie raya tak semeriah mana.  Entahlah tak ada mood jea memanjang.  Asben pun kena keje.  Raya pertama dah kerja tapi standby.  Jadi tak dapatlah nak beraya ke mana-mana.  Persiapan semua biasa.  Tahun nie pagi raya kami di rumah baru. 

Lepas siap-siap di rumah mak malam tue aku berkemas balik ke rumah aku pulak.  Aku dah siapkan kuih raya mak aku semua dalam bekas kuih.  Sebelum balik rumah kami pulang ke kampung asben untuk jumpa atok dan nek.  Then baru balik rumah.

Pagi raya macam biasa.  Aku menyiapkan asikar-askar aku dulu.  papa ke masjid untuk sembahyang raya.  Aku orang yang last siap.  Aku dah mandi dulu awal pagi.  tapi idakler pakai baju cantik-cantik.  Lepas tue nak siapkan askar-askar.  Lepas dah settle ke dapur pulak sebab nak panaskan lauk-pauk yang dibawak balik dari rumah mak.  Aku siap bawak mangkuk tingkat balik rumah mak.  Yelah  masak semua kat rumah mak. 

Lepas dah siap semua,  kemas-kemas nak balik rumah mak dulu..  Adik aku call kata dia orang otw ke rumah mak long aku iaitu satu-satunya kakak kepada mak aku.  Adik-beradik 2 orang jea.  Aku pun adik-beradik 2 orang gaks...Kena besarkan keluarga nie.  Kahhhh...

Kita orang pun ke rumah maklong.  Sampai sana sepupu aku dan anak-anaknya ke rumah asbennya.  Nasiblah semua kawin dalam2 Melaka gak.  Memang rutin kami tiap tahun lepas pagi raya akan mencari mak long dulu.  Kesian dia sorang-sorangkan.  Petang nanti mak long pulak akan menyusul ke rumah mak.  Anak mak long aku pulak sorang jea iaitu kakak sepupu aku.  Tapi anak kakak sepupu aku ramai.  5 orang askarnya yea tapi semua dah besar-besar.

Oklah jom kita layan gambar.  Ada 11 keping gambar..

Ammar dengan nenekandanya...
Adriana dengan bibiknya...Panggilan adriana untuk adik ipar aku
Mereka bertiga
Adriana memang rapat dengan adik ipar aku..2 2 sangat suka berposing dan bergambar
My pujaan hatiku
Mereka lagi
1st pic kami berempat
Bersantai-santai selepas kekenyangan
Adik aku dan adriana
Sebelum pulang, mari kita bergambar..Dari kiri mak long, aku, adriana, adik ipar,ammar dan mak.
Kami mahu pulang.  Destinasi seterusnya aku ke rumah mil.  Mak aku balik rumah. 

Note>>Akan ada sambungan 1 syawal lagi sebab gambar tak abis upload...

5 comments:

Mrs. Simplicity said...

sedondon dungguh mak dgn anak dara ni :)

@lfidah @dim said...

alya>>thn nie mama dgn nana jea yg sedondon...

LYAfrina said...

fida n adiriana comella.. sedondon pkai baju:-)

ammar dh besar.... cpt jer...

asya pon pgil kat ank sedara lya y sorang tu bibik..hehhe..coz dia dua org mmg rapat..sjk kecik lya la bhasakn bibik kt asya.. tu y asya trs ikt pgil bibik smpai skarang

Lin said...

Ok lah tu...meriah aper...janji dapat beraya ngan insan tersayang kan...

@lfidah @dim said...

lya,comelkah aku??kahhh..adriana comeller..maknya idak comel lg...adriana pun mmg rapat dgn adik ipar aka bibiknya itu..

lyn,betul tue.janji kita dpt beraya bersama org tersyg..:-)