Monday, May 23, 2016

Menghadiri Taklimat Di ISM

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Minggu ini adalah minggu akhir sesi persekolahan. Sejujurnya aku memang menunggu anak-anak cuti sekolah. Kuranglah sedikit kekalutan di pagi hari. Bukan mengeluh. Tak tahu nak terangkan perasaan itu. Takut disalah anggap pula. 

Baiklah, jumaat lepas aku kena ke Kuala Lumpur. Ada taklimat berkenaan pekeliling baru di ISM. ISM tu nama penuhnya Institut Sosial Malaysia. Bernasib baiklah taklimat tu diadakan pada hari jumaat. Asben cuti, jadi dia boleh uruskan anak-anak memandangkan jam 7.00 pagi kena ada di ofis. Bertolak jam 7.30 pagi. Aku sampai tepat jam 7.00 di ofis. Naik ofis kejap sebab tengok belum ada yang sampai. Aku turun bila van dah ada di bawah.

Singgah makan di RNR Seremban. Kalau tak silaplah.

Kami sampai masa ni dewan masih lagi kosong. Ini semua daripada JKMN Melaka. 

Sesi taklimat rasionalisasi skim perkhidmatan. Bulan julai ni sudah tiada lagi gred 17. Bertukarlah aku ke gred 19.

Tak pernah-pernah cc ajak selfie. Kami sebaya tapi dia dah jadi cc.

Bergambar lagi buat kenangan.

Selesai sudah. Masa ni sedang menunggu driver. Dia pergi minum sementara menunggu kita orang habis. Yelah, dua jam lebih menunggu. Kita orang terus balik Melaka. Gitulah program aku jumaat lepas. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, May 18, 2016

Mango Clothing for Modern Women From ZALORA

Salam.

Selamat pagi semua. Semoga semuanya baik-baik saja. Mulakan hari anda dengan senyuman agar kita nampak ceria sentiasa. Baiklah, tidak mahu mukadimah terlalu panjang, entri ini berkenaan fesyen.

Fesyen tidak lari daripada kehidupan seorang perempuan. Jika anda seorang penggemar yang berfesyen dengan pakaian yang terkini, up to date apa kata cuba dengan koleksi Mango Clothing untuk wanita moden masa kini daripada ZALORA. Mari aku kongsikan serba-sedikit mengenai Mango Clothing di dalam entri ini.



Mango Clothing mungkin bukan satu jenama yang asing dikalangan penggemar fesyen di persada antarabangsa, malah jenama ini juga mempunyai pengikut yang cukup ramai di negara-negara Asia termasuk Malaysia. Mengekalkan konsep minimal bagi setiap helaian koleksi, Mango sentiasa mencuri perhatian ramai pelanggan dengan rekaan pakaian wanita yang cukup simple yet elegant!


Dari koleksi pakaian kasual wanita hinggalah koleksi pakaian formal wanita ke pejabat, Mango Clothing membariskan koleksi pakaian wanita yang menepati citarasa wanita modern bekerjaya yang sentiasa ingin kelihatan bergaya dan pada masa yang sama kekal selesa sepanjang pemakaian. 


Temui koleksi basic tees yang cukup selesa keluaran jenama popular ini dengan tawaran harga yang cukup berpatutan. Koleksi basic tees Mango ini boleh anda gayakan untuk apa jua acara. Casual outings mahupun ke tempat kerja!


Potongan setiap helaian yang dijahit dengan cukup kemas menjadikan koleksi pakaian Mango ini cukup kemas apabila dipakai dan memberikan anda keyakinan yang luar biasa. Apa yang menarik juga adalah penggunaan fabrik yang cukup berkualiti dan memberikan anda pemakaian yang optimum sepanjang hari. 

Mahu kelihatan elegant dan pada masa yang sama kekal selesa sepanjang hari, pastikan anda memilih koleksi pakaian Mango Online sebagai pakaian harian anda ke pejabat hari ini juga!

Salam pena,



Bila Outing Bertiga

Salam.

Selamat pagi. Hati melonjak riang bila hari ini adalah hari rabu. Motif nak melonjak riang? Saja. Tak ada sebab. Tak betul ke? Biasalah untuk aku yang tinggal berjauhan menghitung hari adalah menjadi makanan aku. Siapa yang pernah duduk berjauhan dengan encik suami pasti tahu perasaannya.

Sudah tak payah nak beremosi sangat. Ahad lepas kami keluar bertiga. Jarang sekali aku nak keluar bawa anak-anak bila suami tiada. Sesekali dan boleh dikiralah. Kalau tak ada kepentingannya untuk aku keluar memang aku mereput kat rumah aje.

Memandangkan hari ahad tu kena keluar sebab nak beli hadiah untuk hari guru, makanya aku menggagahkan diri juga bawa anak-anak. Siapkan beg baju dia orang untuk lima hari dan aku siapkan sekali baju sekolah agama Adriana. Nak hantar pergi rumah mak. Kemudian dari rumah mak kami ke Aeon lama je. Dekat sini dengan rumah.

Makan dulu sebab aku tak masak. Terus terjah foodcourt.

Cik kak ni nak makan mee sup. Selera bukan main selalu makan tak habis.

Kongsi dengan adik sebab banyak.

Apabila si kakak menjadi jurukamera, maka mama dan adik jadi modelnya di meja makan.

Gambar kami bertiga pula. Amik gambar banyak-banyak kemudian whatsapp pada papa yang nun jauh di sana. Gitulah pun kerjaan kita orang. Bila berjauhan gambar menjadi pengganti. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Tuesday, May 17, 2016

Dari MAEPS Serdang Ke Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Entri kedua untuk hari ini. Kesinambungan dari entri pagi tadi. Dari Maeps Serdang kami singgah di Putrajaya. Singgah bukan nak berjalan pun tapi bercadang untuk mencari tempat makan yang best-best. Sebelum tu tengok jam awal lagi dalam jam 5 petang. Asben ajak singgah Alamanda. Peel laki aku kalau berjalan selagi belum malam dia memang tak nak balik.

Walhal kaki aku dah sakit nak berjalan-jalan bagai. Tapi sebab dia yang bawak maka aku turutkan jugak. Lama dah tak pergi Alamanda. Tahun lepas kut pergi masa tu ikut laki aku berkursus dan stay dekat area IOI. Dah lupa nama hotelnya.

Masa sampai Putrajaya si anak teruna mahu berdukung. Mama ko dah macam badang kan nak mendukung ko dik oi.  Dah penat pusing dalam Alamanda kita orang keluar aje. Mula-mula cadang nak makan dalam Alamanda je tapi semua macam tak menepati aje.

Akhirnya kami ke Presint 8.

Paling suka gambar kita orang yang ini. Family potret untuk tahun ini.

Anak dara aku tolong tangkapkan gambar. Anak dah besar ni bolehlah bergambar berdua. Ada pula terselit tepi tu.

Akhirnya kita orang makan dekat Serabei. Jenuh sang laki google tempat makan yang best kat Putrajaya.

Nasi kerabu untuk dia.

Ini pula untuk aku. Anak-anak makan nasi goreng apa ntah. Sedap dan boleh tahan tapi macam nasi kerabu tu sikit. Laki aku kata tak kenyang. Pulak!

Salam pena,



Berpesta Buku Di MAEPS Serdang

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Tahun 2016 telah pun melabuhkan tirainya pada 9 Mei 2016 yang lalu. Aku barulah berkesempatan mahu menulis tentang pesta buku. Tahun ini aku dapat juga ke PBAKL. Tahun ini adalah tahun ketiga aku menjejaki kaki ke PBAKL. Cuma tahun ini lokasinya telah pun diubah.

Dari PWTC ke Maeps, Serdang. Dua tahun berturut-turut aku dapat merasa ke PWTC. Letak kereta di Seremban kemudian naik komuter untuk ke PWTC. Bersungguh-sungguh naik tren sebab anak aku yang si Ammar tu memang suka gile naik keretapi. Layankan aje sementara anak-anak kecil ni. Nanti pasti suasana ini akan dirindui bila anak-anak semakin membesar.

Kali ini bila lokasinya berubah ke Maeps, Serdang, maka berkereta sajalah kita orang menuju ke destinasi. Pada awalannya memang ada bau-bau yang aku tak dapat pergi ke PBAKL tahun ini. Sedih gile. Bila ahad tu asben ajak hati melonjak riang. Memang sabtu tu stress aje bila tengok orang update kat FB pasal pesta buku ni. Dasyhat sungguh penangan pesta buku kat aku ni.

Bertolak dari Melaka. Lebih kurang jam 9.00 pagi.

Sampai dalam tengahari. Bersemangat bila nampak banner ni.

Tengok muka masing-masing ada senyum.

Ini masa nak masuk. Punya banyak kereta. Nasiblah parking tak berapa jauh sangat. Tapi jenuh juga nak menapak.

Booth pertama yang kita orang singgah.

Lepaskan hajat si anak dara ni dulu. Dia dah rambang mata masa ni. Kalau boleh mahu dia borong satu booth ni. Hehehe...

Kemudian ke booth PTS. Tuan Fendy beli buku untuk dia pula.

Masa ni dok luar kejap. Laki aku ajak selfie. Bukan senang dia nak ajak bergambar. Entah apa angin dia hari tu.

Kemudian ke dewan A. Booth yang aku cari sudah kelihatan.

Beli novel SheisBell. Dapat tandatangannya sekali.

Masa ini dekat booth Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada sesi bercerita.

Suasana begitu padat dengan orang ramai.

Duduk kejap rehatkan kaki. Kaki aku dah melecet sebenarnya. Elok anak-anak tengok buku, mak tengok hp. Masa ni whatsapp seseorang sebab cari booth buku dia tak jumpa. Stress betul. Whatsapp seseorang yang lain pula nak jumpa.

Akhirnya dapat juga jumpa Kak Nur Dila. 

Lepas berjumapa Kak ND kita orang lepak kat kafe.

Kemudian tunggu tram untuk ke parking. Dah tak larat nak berjalan.

Aku dan anak-anak di dalam tram. Kaki masing-masing dah melecet.

Inilah hasil kami empat beranak mencandat di pesta buku tempoh hari.

Buku-buku untuk asben.

Ini koleksi untuk aku.

Koleksi untuk si anak dara.

Untuk ammar hanya buku mewarna. Dia sekarang minat mewarna. Jadi belikan dia buku mewarna aje. Itu sahaja kisah perjalanan aku ke pesta buku. Dari Maeps Serdang kami singgah di Putrajaya. Entrinya akan menyusul nanti. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Sunday, May 15, 2016

Meraikan Birthday Busu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi ahad. Semoga baik-baik semuanya. Hujung minggu seperti biasa. Bila hari cuti macam-macam pekerjaan yag sedia menunggu. Khamis lepas bersamaan 12 Mei 2016 adalah ulangtahun kelahiran busu iaitu adik asben yang bongsu. Ulangtahun kelahiran yang ke tujuh belas.

Jadi jumaat kita orang balik rumah mak dan belikan dia sesuatu. Tak payah nak sesuatu sangat Nak belikan makanan je pun. Last minit plan. Kesuntukan masa tak dapat nak buat proper. Janji ada demi meraikan si bongsu itu. Seperti biasa dilema nak beli makanan apa.

Sudahnya melangkah ke McD.

Sambutan ringkas untuk si bongsu. Non ado kek.

Anak-anak buah busu lagi excited nampaknya. Busu yang duduk belakang adriana. Itu sahaja program kita orang masa malam jumaat tempoh hari. Semalam tak pergi mana-mana. ada orang buat wiring dekat rumah. Aku keluar hantar dan jemput adriana kelas taekwando. Sebelah malam kita orang pergi kenduri.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,