Sunday, December 7, 2014

~Beli Buku Sekolah Adriana~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat malam semua. Baru boleh menatap komputer ini. Itu pun ada sahaja gangguan. Anak-anak sudah pulang, rumah kembali riuh. Lima hari tanpa mereka memang terasa sunyi yang amat. Kemudian suami pula ke Langkawi menghadiri kursus, lagilah sunyi. Memang tak boleh blah.

Isnin lepas adalah hari untuk membeli buku sekolah Adriana. Maknya memang paling teruja. Yelah, anak pertama kali nak masuk sekolah. Perasaan nak hantar tadika dan sekolah sangat berbeza. Macam-macam perasaan yang menyelubungi diri.

Berdebar-debar. Hahaha.

Gigih aunty ni mengira. Buku latihan dan buku tulis sahaja hampir mencecah RM100.00. Itu baru seorang ye.

Suasana di tempat membeli buku-buku sekolah.

Dah lama tak merasai suasana begini. Dah berapa tahun tinggalkan sekolah. Masa sekolah memang rajin ikut emak beli buku.

Sempatlah amik gambar dalam sekolah.

Inilah buku-buku sekolah adriana yang dibeli pada hari itu. Tunggu hari orientasi pula 27 disember ini. Semoga semua berjalan lancar hingga hari buka sekolah nanti. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                        

Saturday, December 6, 2014

~Sambungan Cerita Di Port Dickson~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang. Baru berkesempatan mahu menjengah blog dan menitipkan sesuatu di sini. Hari ini kesibukan setelah beberapa hari menjadi bujang. Bujang sangat kan. Anak-anak kat rumah mak mertua, asben pula ke Langkawi menghadiri kursus. Tinggal aku sendirian dan duduk di rumah mak.

Bersambung entri tempohari yang mengisahkan aku tiga beranak ke Port Dickson. Hari rabunya, jam 8.00 pagi asben sudah ke kafe hotel dulu untuk bersarapan. Dia ada kelas pagi itu. Aku turun dengan anak-anak lewat sikit, dalam 8.30.

Memang horror makan bertiga dengan anak-anak. Sorang nak cococrunch, sorang lagi nak makan yang lain pula. Aku risau pinggan-pinggan atas meja takut berterbangan sahaja.

Ini ammar. Pada mulanya mahu cococrunch dengan susu, kemudian ditolaknya pula.

Adriana memang suka. Dia kalau makan yang gitu memang laju. Cuba hulur nasi, kepala kalau tak digelengkan memang tak sah.

Selepas sarapan, naik bilik tukar baju untuk mandi pula. Masa ni tak ramai orang.

Suruh dua beradik ni bergambar pula.

Ini sebelah malam, masa ni asben aku ada dinner. So aku tiga beranak cuma melepak dalam bilik.

Makanan tengahari.

Ini pagi khamis. Hari akhir di PD.

Suruh bergambar berdua tengoklah si ammar.

Ini masa bila ye. Aku pun dah lupa.

Sebelum meninggalkan hotel, bergambar berdua dengan asben. Ini nana yang tolong snapkan. Dah boleh harap anak daraku yang sorang tu. Maaflah, gambar agak berterabur tak ikut harinya. Aku pun sudah tak ingat. Ada gambar yang guna hp asben, ada yang guna hp aku. Begitulah ceritanya. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                       

Thursday, December 4, 2014

~Percutian Yang Tidak Dirancang~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Bertemu kembali di dunia blogging ini. Kekangan masa menyebabkan diri terumbang-ambing dalam dunia penulisan. Ah, bunyi macam penulis sangat. Okeylah, kembali kepada tajuk di atas dan sambungan cerita daripada entri INI. KIsah cuak aku memandu ke PD dan alhamdulillah aku akhirnya berjaya sampai ke destinasi dengan selamatnya. 

Seakan tidak mempercayai akan kehebatan diri sendiri. Hahaha. Berkata-kata sendiri, sampai juga akhirnya!! Jerit dalam hati aje. Bak kata bff aku, si Mira Mokhtar siapa kata orang penakut tak boleh pergi jauh.

Okey, sebaik sahaja sampai di Hotel Avillion Admiral Cove, asben suruh bersiap-siap tukar baju. Nak ke kolam renang. Aku tak tukar pun, yang tukar baju hanya anak-anak. Tak sabar nak mandi kolam. Aku cuma ditugaskan untuk memikul beg dan menjaga beg di suatu sudut di tepi kolam sambil melihat permandangan indah. Memang cantik.

Mari tengok gambar anak-anak aku yang begitu teruja sekali mandi kolam. 

 
Kakak dan adik yang sudah teruja mahu berenang.


Marilah kita berendam. Peace yo!

Yang peliknya, lil boy hari tu memang tak takut air. Wah seronok tengok dia mandi. 


Kita orang turun awal masa ni kolam masih belum dipenuhi orang.


Tengok gaya santai anak terunaku.


Waktu ini sudah ada perenang lain. Hehehe..


Beria si kakak. Keluar masuk kolam. Maknya hanya memantau. Sesekali ada juga suara gemersik ni memekik meyapa halwa telinga orang di sekeliling tu. "Nana, tengok adik tu." "Nana, jangn pergi sana." " Ammar berenang sebelah sini aje." Itulah yang diulang-ulang.


Malamnya, ke tempat makan. Aku yang eklaparan haruslah mencari nasi. Nak jalan ke PD sampai hilang selera makan. 


Adriana makan mushroom sup.


Ammar memang kena makan nasi.


Selesai makan, jalan-jalan sekitar hotel.


Waktu ini sudah mahu naik ke lobi. Kemudian asben ajak pusing PD. Itu sahaja cerita untuk hari pertama di PD. Nanti bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                          


Tuesday, December 2, 2014

~Berjaya Memandu Ke Port Dickson~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Entri ini adalah sambungan daripada entri malam tadi yang aku tulis. Entri INI. Entri berkaitan pengalaman aku memandu sendiri ke PD bersama anak-anak selasa minggu lepas. Waktu tu pelbagai rasa yang datang menghantui diri. Teruja, risau, takut, bimbang dan macam-macam lagi. Perasaan yang bercampur aduk. Kebimbangan yang begitu tinggi melangit sampai mengundang kesakitan pada perut. Memulas-mulas. Hah gitu sekali aku ye. Darah gemuruh. Ingatkan dah tua-tua begini hilang sudah penyakit tu.

Cadangan untuk ke PD tidak aku usulkan pada emak. Nanti emak pula yang berjangkit penyakit aku. Nanti kerisauan emak lagi berlebih-lebih daripada aku. Pagi tu aku pergi kerja seperti biasa. Sebaik sahaja nampak kelibat Kak Nisah, aku usulkan niat mahu ke PD. Jawapannya daripada positif. Senang katanya. Beritahu pada Mira, positif juga. Kalau kita mendapat kata-kata semangat mesti hilang sedikit perasaan takut tu.

Jadi, aku minta Kak Nisah lukiskan peta. Walhal kat rumah ada je garmin. Ah, waktu itu sel-sel otak tidak dapat berhubung dengan sempurna. Aku fikir hanya melukis peta sahaja. Malas nak guna GPS. Bukan reti guna pun. Selalu guna pun bila dengan asben. 

Inilah hasil lukisan peta oleh kawanku Kak Nisah. Sebaik sahaja kertas ini bertukar tangan, kejap-kejap aku belek. Memang buat kerja pun tak senang. Cadang nak bertolak selepas aku balik dari kerja tetapi bila fikir balik sekarang musim hujan, aku minta kebenaran pulang awal. Asben pula, kejap-kejap whatsapp tanya jam berapa nak sampai? Stress pula. Balik rumah kemas-kemas beg dan terus jemput anak-anak di rumah emak. 

Selesai semuanya, aku bertolak dari rumah emak jam 3.30 petang. Tawakal sahaja waktu itu. Hanya berpandukan sekeping kertas. Anak-anak sudah aku pesan supaya duduk diam. Ammar pula aku umpankan ipad. Adriana pula aku minta dia tengokkan jalan. Nasiblah anak-anak mendengar kata waktu itu. Aku memandu dalam keadaan yang tidak stress. Hahaha...

Alhamdulillah, aku sampai ke destinasi iaitu Hotel Avillion Admiral Cove lebih kurang jam 5.00 petang. Hebat tak? Pencapaian yang terhebat buat diri sendiri. Sepanjang memandu inilah perjalanan yang paling jauh pernah aku sampai. Peta yang Kak Nisah lukis sangat-sangat friendly. Memang tak sesat pun. Bagus sungguh pelukis peta ni.

Sebaik sahaja terlihat wajah asben, terus hilang segala rasa sakit. Begitulah kisahnya. Nanti bersambung lagi dengan entri percutian yang tidak dirancang selama dua hari. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                       

~Kisah Isnin Lepas~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Entri di tengah malam. Tadi sudah terlelap dan sekarang bila terjaga mata ni tidak mahu lena pula. Jadi apa lagi menulis blog untuk diterbitkan satu entri di kala waktu begini. Kisah isnin lepas yang sudah agak basi. Memandangkan gambar-gambar sudah dimuatnaik maka aku gigih juga menulis entri ini.

Isnin lepas, encik suami menghadiri kursus di Port Dickson. Aku seperti biasa saat ditinggalkan suami begini akan pulang bermalam di rumah mak bersama anak-anak. Alasan utama sebab malas nak berangkut pagi-pagi buta untuk hantar anak-anak. Baik tidur di rumah mak aja.

Petang isnin lepas, hujan turun membasahi bumi Melaka. Selebat-lebatnya.

Dek kerana kekalutan, tetiba hari tu jadi bodoh. Cuak gila bila keadaan cermin keretaku begini rupa. Sampai telefon asben aku. Buka wiper tak juga jalan. Masih kelam, rupanya berwap. Bengong betul. Ketawakan diri sendiri.

Dalam pada kalut dan cuak, sempat snap gambar orang sebelah.

Sampai rumah mak, terus masuk ke dapur dan goreng keropok lekor. Sejuk-sejuk memang perut sentiasa kelaparan.

Si kecik ni baru lepas menangis. Mula-mula aku nak amik gambar dia seorang, sekali ammar datang terjah. Mahu dia tak mengamuk.

Layankan juga si anak terunaku ini. Nak juga bergambar.

Bergambarlah mereka bertiga. Tengoklah aksi si ammar. Ada sahaja pose menarik daripadanya. Budak nak sekolah tahun depan, pandai sudah bila suruh bergambar. Malam itu hanya melepak-lepak di rumah emak. Sepatutnya aku duduk di rumah emak hingga khamis tetapi malam itu sebaik aku menerima panggilan daripada asben, terus tidak boleh tidur. Berbelah bagi. 

Asben suruh aku dan anak-anak ke PD esoknya memandangkan dia dapat bilik seorang. Adui, saat dipelawa memanglah seronok tapi hati ni berbelah bagi. Macam mana aku mahu ke sana bertiga? Memandu sejauh itu bersama anak-anak. Nanti aku ceritakan pengalaman aku memandu ke Port Dickson. Sekian dan terima kasih.

Aku penulisnya,






                                                                                                                       

Monday, December 1, 2014

~Kedatangan Disember~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Pagi yang agak dingin kerana hujan turun jam lima pagi tadi jika aku tidak silap. Dengar bunyi hujan sahaja tetapi mata tidak tertengok pada jam. Hari ini kita telah pun memasuki bulan baru dan bulan terakhir dalam tahun ini. Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita.

Apa ada dengan bulan ini? Sudah pastinya bulan ini adalah bulan bermakna bagiku dan suami. Bulan ulangtahun perkahwinan. Hanya berbaki 21 hari lagi untuk ke tarikh ulangtahun tersebut. Kemudian ulangtahun kelahiran bondaku.

Kemudian 27 disember ini adriana akan menghadiri hari orientasi untuk darjah satu. Maknya sangat teruja. Nanti aku ceritakan persiapan persekolahan adriana dan aktiviti adriana untuk cuti sekolah ini. Apa-apa pun semoga tahun 2014 ini diberikan sinar kebahagiaan pada diriku setelah aku terjatuh suatu ketika dahulu. Moga tahun yang lepas terlalu berlalu pergi tanpa memberikan kesan pada diriku lagi. Tidak mahu aku kenangkan lagi.

Semoga penutup tahun ini berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja. Doa yang baik-baik, pasti yang datang baik-baik juga. InsyaAllah...

P/S : Buat blogger Kak Ayu Ismail, akak tinggal kat mana? Akak cari kelas renang untuk anak kan? Kelas renang tu ada banyak tempat mana tahu salah satunya dekat dengan rumah akak. Nanti emel saya alfidah83@gmail.com

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,