Monday, April 8, 2013

~Sakit Menimpa Diri~


Sakit tu penghapus dosa.  Aku tidak sihat sejak jumaat.  Tapi diri ni masih gagah untuk ke kerja walaupun pagi tu aku sudah rasa semacam je.  Sebelah tengahari dah rasa tak larat. Tekak sudah tidak mampu untuk makan. Apa saja makanan yang aku pandang aku rasa mual. Aku tapau nasi tapi aku hanya jamah sesuap dua saja.

Nasiblah jumaat rehatnya panjang dan kerja aku hanya tidur sepanjang waktu rehat dan akhirnya aku mintak izin untuk pulang bila rasa badan seram sejuk.  Malam tu aku demam panas. Memang flat habis.  Dua hari aktiviti aku hanya berbaring bertemankan bantal. Anak-anak terpaksa berdikari.  Heee.  Kesian anak-anak mama.

Hari ni aku emergency leave sebab mahu badan betul-betul cergas. Masih lemah lagi. Harap-harap dapatlah sembuh secepat mungkin sebab tak larat nak sebegini sahaja. Tak jadi kerja dan aku tak jadi orang. :D Doakan saya ye kawan-kawan...







                                                                                                                   

Friday, April 5, 2013

~Johara Pagi Era~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua!!!Pagi jumaat yang penuh keberkatan.  Jumaat pertama untuk bulan yang baru iaitu bulan April.  Pagi ni keluar rumah memang awal sebab asben keje pagi.  Sekarang memang keluar rumah awal.  Pukul 6.30 pagi sudah keluar rumah.  Paling lewat pun lagi 10 minit nak pukul 7 pagi.  Keluar rumah sebelum sang mentari muncul menyinari hari.

Setiap pagi ketika memandu aku akan dengar radio.  Itu memang satu kemestian.  Kalau tak aku boring bila memandu tanpa radio.  Tak bersemangat langsung.  Hikhikhik.  Stesen radio kegemaran sudah semestinya Radio Era.  Dengar celoteh mereka bertiga memang menggelikan hati.  Lebih-lebih lagi Johan.  Dengar dia gelak pun dah rasa kelakar.  Mau ketawa guling-guling rasanya.  Nak-nak kalau dengar masa sketsa tu.  Lagilah tak menahan geli hati.

Masa drive boleh pulak ketawa sorang-sorang.  Jangan dikatakan gila sudahlah.  Korang pulak suka dengar stesen radio mana?Mana-mana pun tak kisah janji seronok dan kita tak stress ketika memandu.  Betul tak?Ke aku yang salah?Okeylah, sekian dulu entry pagi ini.  Bersambung lagi...







                                                                                                                     


Thursday, April 4, 2013

~Cerita Makan Aje~

Oleh sebab sudah terperuk lama dalam draft, aku taipkan juga untuk dijadikan entry.  So, tengahari ni mari kita layan gambar makanan sahaja.  Boleh juga dijadikan panduan untuk korang nak makan apa lunch ni.  Manalah tahu kot-kot ada yang tengah bingung nak makan apa?

Oh iye, agak-agaknya kawan saya Mira Mokhtar yang kat ofis tu dah makan ke belum?Dia sorang je kat opis sebab aku ada program kat luar sampai tengahari ni.  Nie entry makanan yang sudah bercampuk aduk.  Jom layan..

Ini adalah bungkusan okey.  Nasi lemak.  Masa ni makan kat ikan bakar.

Tengok ammar sudah konker air.  Kejap-kejap mintak air.

Kerang rebus my feveret.

Ikan pari bakar masak sambal dan juga ketam feveret aku gak.  Semuanya feveret kau kan?

Udang masak butter.

Sotong goreng tepung.

Kenal tak ni?Ini namanya nasi putih bersama sambal belacan dan juga ulam-ulam ye.  Masa ni makan dengan mira mokhtar kat Mydin.

Dimakan bersama asam pedas ikan pari.  Sedap hingga menjilat jari.  Tipu!!Aku makan guna sudu masa tu.  So jilat sudulah.  Heeee.  Tak kelakar kan?

Ini namanya kuat makan.  Lepas makan nasi, makan ais krim pulak.  Ini mira mokhtar punya.

Dan yang ni adalah apam dot dot dot iaitu polkadot!Aku order sehari sebelum ke Cameron.  Konon nak bawak bekal.  Separuhnya aku makan dengan mira mokhtar kat opis.  Masa ni aku makan berdua sebab Kak Nisah cuti balik Penang.  Itu yang bedal berdua je.

Okeylah itu sahaja cerita.  Korang dah dapat idea nak makan apa lunch nanti tak?Saya pencinta makanan.^___^





                                                                                                                       

~Holiday To Cameron Highlands - Part 3~

Assalamualaikum semua..

Morning uolls!!!Okey, this is the last entry.  Last entry mengenai percutian aku dan family di Cameron.  Memang 3 hari je pun kat sana.  So, sila jangan boring membaca.  Teruskan membaca ye.  Ah!!!Bilalah agaknya akan sampai lagi ke sana.  Mungkin akan makan tahun.  Sebab last aku ke Cameron tahun 2007.  Aku memang suka dengan Cameron Highlands.  Sangat-sangat suka tapi yang nak naik ke sana.  Fuh!!!Tepuk dahi sendiri.  Tak menahan jalannya yang bagai ular kena palu.

Berbalik kepada tajuk, marilah aku terus sahaja mencoretkan perjalanan kami di Cameron pada hari terakhir.  Pagi tu siap-siap berkemas dengan barang-barang yang boleh tahan banyaknya.  Beli barang tak ingat.  Macam bawak kereta besar sebesar Exora pulak.  Padahal kereta comelku aje yang dibawa.  Si comel aku bukan main lasak untuk 3 hari tu.  Kecik-kecik pun alhamdulillah selamat sampai dan pulang.

Settle berkemas, kita orang pulak bersiap.  Anak-anak telah aku siapkan awal.  Last sekali baru aku yang bersiap.  Kita orang keluar dari apartment dalam pukul 10 lebih sebab bercadang nak berjalan-jalan lagi.

Jomlah tengok gambar sahaja.  Aku cerita berdasarkan gambar yang aku sempat amik.

Entah apa yang mak aku buat pada adriana tu.  Ammar sudah duduk relax.  Letih dok tawaf.

Sambil tu kita menonton tv dulu.

Aku suruh mak dan ayah pula bergambar berdua.

Lepas berdua, cucu-cucu pula nak enterframe.

Dah turun ke bawah.  Sementara menunggu barang-barang loading dalam kereta.  Tengok betapa comelnya keretaku.

Ready to go!!Kita orang sampai ke sini.  Strawberry farm, ada namanya tapi aku dah lupa.

Tengoklah anak-anakku ini.

Dah aku pulak disuruh bergambar oleh encik suami.  Layankan aje.

Suka tengok bila mereka bergambar berdua.

Mama dan nana!!

Mama dan anak-anak.  Tengok nana.  Pantang suruh posing.

 
Kami berdua lagi.

Papa dan ammar sementara menunggu mama yang tak habis-habis membeli.

Berapa kali aku keluar masuk kedai ni untuk beli barang.  Mula-mula beli keychain.  Pas tu masuk balik aku beli jus strawberry.  Then masuk balik beli jem strawberry.  Akhir sekali masuk balik bila ternampak sabun strawberry murah.  Punya tamak beli sampai 10 buku.

Handsome boy mama!!

Okey sudah dalam perjalanan balik.  Mulakan perjalan yang berliku-liku itu.  Kita orang balik lalu ikut Tapah.  Tapi berhenti dekat area air terjun sebab nak beli madu ada member ofis kirim.  Dekat situ juga aku muntah.  Pening punya pasal.

Selamat tinggal cameron!!Sudah mau keluar tol.

Balik Melaka!!!

Ini kat mana ntah.  Tapi aku suka viewnya dengan bangunan pencakar langit itu.  Bersusun.  Terus aku snap gambar.  Jadi co-pilot mana boleh tidur.  Jadi inilah kerjaannya.

Mula-mula nak candid.  Tak tahu mak aku perasan aku nak snap gambar.  Heee..Peace mak!!

Oleh kerana masih awal dalam pukul 6 petang sudah sampai area Kajang.  So kita orang bercadang singgah sini dulu.  Makan sate!!

Inilah total sate yang diorder.  Siap tapau untuk adik dan sil aku.

Muka aku pun dah tak semengah.  Penat wei!!

Penat-penat pun banyak gak sate aku bedal.

Kuah kacangnya sedap.  Selesai makan kita orang pun bertolak pulang.  Tepat jan 8.40 malam kita orang sampai tol Ayer Keroh.

Sampai rumah betul-betul pukul 9 malam.  Tengok sepenuh-penuh bonet kereta dengan barang-barang.  Alhamdulillah selamat sampai rumah.  Rindu rumah!!!Lepas loading barang dalam rumah, mak ayah aku balik juga malam tu ke rumah.  Adik aku datang jemput.

Itulah kisah percutian aku dan keluarga untuk tahun ini.  Untuk awal tahun ni.  Tak tahulah hujung tahun ada lagi percutian yang tidak disangka-sangka.  Apa-apa pun terserah pada kewangan dulu.  Sekian sudah!!!Bersambung lagi dengan cerita lain pula.  Daaaa..





                                                                                                                      

Wednesday, April 3, 2013

~Dia, Pilihan Hatiku - Qaseh Qistina~

Assalamualaikum...

Rehat ni tak keluar ke mana.  Perut sendat terlampau.  Semalam kelaparan tak ada makanan.  Hari ni bawak bekalan ada rezeki lain orang beri.  Itu yang terlebih-lebih kenyang.  Okey, masih mahu berceritakan perihal pertandingan e-buku yang aku masuk.

Sesiapa yang masih belum membacanya bolehlah download di SINI.  Sesiapa yang sudah baca diucapkan ribuan terima kasih.  Bolehlah berikan komen yang membina untuk aku.  Aku baru berjinak-jinak ke arah ini.  Tak tahulah hingga ke peringkat mana.

Ini adalah keputusan top 10 untuk minggu kedua.  Download boleh dibuat sehingga minggu keempat bulan April iaitu tarikh akhir 25 April ini.

Aku masih berada di no 4.  Keputusan tidak berganjak sejak minggu pertama.  Semoga boleh dikekalkan hingga ke penghujung.

Yang menariknya kisah tentang pertandingan e-buku ini ada dikeluarkan di akhbar berita harian minggu lepas.  Aku ketinggalan untuk mendapatkan akhbar ini.  Ebook aku adalah salah satu daripada 25 manuskrip yang menjadi tajuk di slot Sastera akhbar Berita Harian.  Muka ada senyum..^___^

Langkah-langkah untuk download ebook ada di SINI.  Bolehlah dijadikan sebagai rujukan.  Terima kasih semua pada yang menyokong.





                                                                                                                   

Tuesday, April 2, 2013

~Episod Akhir RBDAB~

Assalamualaikum...

Entry petang untuk menghilangkan mengantuk.  Dah menguap beberapa kali ni.  Dan sebab utama aku gigih menulis entry ini adalah sebab mira mokhtar pun menulis mengenai entry yang sama.  Dengki kan??Heee.Nak cerita pasal drama bersiri yang selalu ke udara jam 7 malam di tv3.  Aku memang mengikuti drama ini dari episod awal sebab F.A.  Aku memang suka tengok lakonan fahrin.

Inilah barisan pelakon untuk RBDAB.  Part paling sedih time Ain tu meninggal lepas bersalin.  Berjurai-jurai air mata.  Over kan aku ni.

Apa kesudahan cerita ini apabila episod semalam terbongkar Firdaus itu sebenarnya anak kandung pada Hj. Ilham.  Sama-sama kita nantikan malam ini.  Aku memang tak sempat sampai rumah tapi dah siap-siap rekod.  Aku layan lambat sikitler.  Janji tengok esok boleh kongsi dengan mira dan sil.