Wednesday, November 16, 2011

~Adriana dan Hamper~

Masa masing-masing naik pentas amik hadiah cabutan bertuah, adriana sempat bisik mama nak satu hadiah.  Kesian dia.  Aku jawablah 'tadi mama suruh lari tak nak.  orang kalah mana ada hadiah.'  Diam jea dia.  Maklumlah ari tue adriana macam kena kejutan budaya.  Tak pernah join.  Kalau dah sekolah mesti dia dah biasa.

Tapi untuk peserta kanak-kanak memang semua dapat hadiah.  Masa adriana tahu dia dapat hadiah punyalah suka tak terkira.

Ini masa adriana amik hampernya.  Timbalan pengarah sampaikan.  Mama suruh naik sorang-sorang.
Sebelum nak bukak hamper papa suruh bergambar dulu.  Macam udah faham laki aku tue.
Ini gambar selingan.  Nak jugak ammar menyelit.

Cerita untuk pagi ini.  Sekadar selingan sebelum memulakan tugasan masing-masing.  Nanti cerita lagi.  Selamat Bekerja!!!!

Tuesday, November 15, 2011

~Hari Keluarga dan Teambuilding JKMN Melaka~

Akhirnya aku terima kekuatan untuk menulis dan berceritakan tentang Hari Keluarga JKMN Melaka yang berlangsung pada 12 November 2011 lalu.  Seronoklah sangat hari tue.  Jaranglah aku nie nak melibatkan diri nie.  Nak kata hari keluarga aku just pegi dengan adriana jea.  Tak lengkaplah keluarga aku.  :-(

Ramai jugak yang tak bawak asben atau wife.  Kalau lengkap sekeluarga mesti lagi happening.  Tapi hari tue pun ada kira ok gak.  Pagi-pagi lagi aku dah kejutkan adriana.  Siap-siapkan dia pun dah makan masa.  Kawan aku, zila datang amik kat rumah.  Dia pun just bawak anak dia sabrina jea.  Oklah tue adriana ada kawan baik dan kawan gaduh.  Ammar tinggal dengan asben aku dulu.  Asben aku yang siapkan ammar sebab dia pun nak ke keje.  Sebelum tue asben anta ammar ke rumah mil aku.

So, kita orang sampai di Ismah Beach Resort dalam pukul 8.45 pagi.  Jauh jugak perjalanan kami.  Aku memang fail kalau tanya jalan kat area pengkalan balak tue.  Ikut jealah orang yang bawak tue kalau sesat pun aku tak tahu.  hehehe.

Oklah, jom kita tengok gambar-gambar sepanjang satu hari di Ismah Beach Resort.  Berpinar mata nak pilih dan edit gambar.  Tak silap ada 60 lebih keping gambar.  Aku pilih yang ok jealah.

Ini tempat pendaftaran.  Masih menunggu ketibaan yang lain.  Kumpulkan hadiah untuk exchange love.


Yang nie pulak makan roti sebab dah kelaparan.

Sibuk betul yang bertudung merah tue.  Kak Zu tue pengacara majlis pada hari tue.  Ada jugak gambar dia masa tengah jadi mc.  Kak Zu tue baru mula berjinak-jinak dengan dunia blogger.

Gambar kiri ketika Kak Zu sedang memberi ucapan.  Gambar kanan tue timbalan pengarah memberi ucapan.

Adriana dan Sabrina.  Aku suka tengok gambar nie.  Dia orang kawan dari kecik.  Ceritaya mereka pernah aku tulis di sini dan sini.

Gambar-gambar ini masa kita orang tengah sarapan pagi.

Kemudian kami semua ke tepi pantai untuk memulakan aktiviti.

Bergambar dulu sebelum memulakan aktiviti.

Mula-mula sekali acara sukan untuk kanak-kanak.  Aku suruh adriana join.  1st time untuk adriana.  Itu sebab hari tue dia jadi blur.  Acara pertama kena lari amik berapa banyak gula-gula dekat dulang.  Orang suruh lari adriana boleh blur dan dia tak lari.  Geram pulak mama.  Yelah, dia tak pernah join.  Agaknya masa aku cakap nak pi sukan dia ingat nak tengok orang bersukan.  Pernah bawak dia tengok SUKMA dekat stadium.  Masa lalu dia kata tempat sukan.  Mungkin dia confuse.  Rupanya dia yang kena bersukan.
Inilah rupa mukanya yang blur gitu.  Tak pelah nana.  Janji nana happy.  Suruh lari dia boleh berjalan.  Dia kata nana tak mo lari takut jatuh.  Mak oi, kalau kat rumah dok berlari tak takut pulak.  Sabar jealah.


Inilah antaranya.  Ada acara bawak bola ping pong dalam sudu.  Amik air dengan span kemudian isi dalam botol.  Gambar no 4 tue aktiviti tiup belon.  Dua orang budak nie tak tipu pun.  Dia tengok jea.


Yang nie pulak lagi kelakar.  Kena cari bola ping pong yang disembunyikan di hujung sana.  Satu kumpulan kena cari satu bola.  Budak 2 orang nie carilah bola ping pong.  Memang tak ada bola.  Rupanya satu group tue pegi amik 2 bola.  Cari sampai bila pun memang tak dapat.


Lepas tue acara untuk mak-mak dan ayah-ayah pulak.  Aku group no 3.  Inilah group aku pada hari tue.  Satu group ada 10 orang.  Group aku cuma 4 orang perempuan jea.  Yang 6 lagi adalah lelaki yang macho dan gagah perkasa.  Kahhhhh.


Inilah sepanjang acara berlangsung.  Aktiviti yang diadakan kepit belon, bawak bola ping pong dengan chopstick, passing belon yang berisi air dan lain-lain aku tak tahu apa nama dia. :-)
Aku cuma tak masuk acara tarik tali dengan bawak belon .  Sudah tidak larat.

Ini antara yang bersantai.  Ada yang pregnant dan ada yang bawak baby.  Gambar ke 4 tue ramainya anak-anak dia.  Kesian Kak Zu.  Hahaha.  Hari tue ditugaskan untuk menjadi baby sister sebab mak-mak bebudak nie masuk game.  Jasamu sangat dikenang.  Tak pelah kak zu belajar menjaga anak.  Nanti ada anak sendiri sudah expert. :-)

Ini masa acara lumba lari tapi kena lari beramai-ramai dan tidak boleh putus antara satu sama lain.  Kena pegang kawan dalam kumpulan tue.  Aku duduk kat belah belakang.  Itu yang tak nampak.

Aku dan zila.  Masa nie tengah tunggu nak pass belon yang berisi air.  Aku pecahkan satu belon.  Huhuhu..
Aku dan zila.  Masa nie aku sudah surrender.  Dah berehat.  Penat yang amat setelah sekian lama tidak turun padang.
Kak Nisah dan anak-anaknya, Nuraini dan Muhammad Hafiz.


Selepas tue, kami semua disuruh untuk makan tengahari.  Menu sedap jugak.  Yang aku suka ada kerang bakar.  I like!!!
Tengoklah dua orang nie.  Excitednya dapat makan.  Kak zu tue kenapa pulak tue.  Ya ampun yea aku yang snap pic nie.  Hehehe
Lepas makan bawaklah bdak-budak nie pegi mandi kolam.  Selagi tak bawak selagi tuelah dia orang dok tanya.  Naik penatlah menjawab.

Ini dia muka orang yang suka mandi kolam.  Sabrina dah hilang ntah ke mana.  Dia lagi excited bila aku nak bawak dia ke kolam.  Ibu dia sibuk sebab urusetia hadiah.  Auntie bawak awak yea.  Keluar masuk kolam dia.  Oh nanti boleh suruh ibu hantar awak masuk kelas berenang.

Tengah mandi-mandi kolam ada penyampaian hadiah pulak.  Kena berhenti dulu.  Basah-basahlah bawak budak-budak nie.  Aku memang tak berendam sebab malas nak tukar seluar.  Sebelum itu, untuk kita orang dah tukar-tukar hadiah untuk exchange love.

Ini masa adriana dapat hadiah untuk penyertaan kanak-kanak.  No 6 kot.  Janjiler tue.  Sebelum tue dia dok tanya nak hadiah.  Aku katalah tadi mama suruh lari tak nak.  Mana nak dapat hadiah.  Sedih jea dia.

Ini sabrina pulak yang ambil hadiah yang disampaikan oleh timbalan pengarah.

Zila dan sabrina.  Basah-basah dia orang nie naik pentas.

Akhir sekali gambar kami beramai-ramai sebelum pulang.  Ini sebahagian daripada 60 orang.  Kalau semua terlibat lagi best.  Gempak habis.

Last but not least, gambar daripada kami warga JKMN Melaka.  Panjang umur semoga berjumpa lagi pada hari keluarga pada masa akan datang.  InsyaAllah...

Monday, November 14, 2011

~Hujan Di Petang Hari~

Sebelum pulang, menunggu punch card berbunyi sempat lagi untuk update di sini.  Tadi gelap gulita di luar sana.  Macam sudah malam gayanya.  Padahal jam baru 4.45 petang.  Nasib hari ini balik tumpang kawan.  Kalau naik bas mahu basah lokos. 

Sekarang hujan telah turun di luar sana membasahi bumi.  Rahmat daripadaNya.  Sangat lebat bersama angin yang sangat kuat.  Tadi punyalah panas sekarang sudah sejuk.  Tapi kalau orang yang bekerja di kebajikan risau kalau hujan lebat tak berhenti.  Mana tidaknya takut banjir.  Mahu sorang-sorang kena bertugas.  Apa-apa pun jiwa kebajikan perlu ada termasuklah aku.  Kilat pun sudah kelihatan sabung-menyabung.  Guruh sudah berdentum.

Apa-apa pun mari kita berkemas-kemas untuk pulang.  Sambil-sambil tue mari kita layan lagu di bawah ini.

Lirik Lagu Hujan – Sudirman

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut


Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini


Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi


Oklah.  Aku mahu pulang.  Sekian.

~Exchange Love Part 2~

Kesinambungan cerita dari sini.  Macam cerita cinta pulak.  Ini part 2 okey.  Just nak cerita dengan siapa aku bertukar hadiah.  Selesai makan tengahari ada pertandingan karaoke.  Aku dah tentulah tak amik part.  Ada hujan turun pulak.  Selepas tue acara exchange love diadakan.  Nama kita dipanggil dan kita kena cabut nama siapa dalam balang.

Bila turn aku, nama Encik Kamaruzaman yang naik.   Kahhhh.  En zaman, dapat hadiah saya yea.  Macam pulak en zaman baca blog aku nie.  Buat kenangan yea.

Inilah time kami menukar hadiah.  En zaman dapat hadiah daripada aku.

Inilah pulak hadiah untuk aku.  Aku dapat daripada Faizah bahagian kewangan.  Tapi gambar tidak ada sebab masa tue wakil daripada faizah yang bagi sebab dia tak datang.  Orang dah dekat nak kawin tak boleh keluar rumah. :-)
Daripada sisi hadiah..
Inilah hadiah yang aku dapat.  Hari tue ada dapat hadiah saguhati.  Pasu seramik tapi dah pecah.  Siapa pecahkan???Siapa lagi kalau bukan si adriana.  Dia terjatuhkan masa pegangkan kotak tue.  Serba salah jugak adriana masa tue.  Berapa kali suruh aku bukak kotak tue nak tengok pecah ke tak?  Malam tue aku bukak masa adriana dah tido.  Saje letak atas meja.  Esok pagi dia tengok kotak tue.  Kata kat aku 'mama, dah pecahlah'.  Tak pelah bukan rezeki untuk aku.  Sekian.

Nota>>Cerita masa hari kejadian akan menyusul.  Belum ada mood nak cerita panjang-panjang.  Jiwa kacau bila dengar cerita daripada seorang kawan.

Sunday, November 13, 2011

~Exchange Love~

Selamat pagi.  Hari ahad hari untuk kita beristirehat di rumah.  Kaki kejung akibat main game di Family Day semalam.  Sebelum aku ceritakan kisah Family Day semalam, aku nak story kisah exchange love.  Ini adalah salah satu aktiviti untuk program family day semalam.  Setiap kakitangan kena sediakan satu hadiah bernilai minimum RM10 untuk ditukar-tukarkan kepada officemate yang lain.

Aku pun tidak ada idea untuk hadiah exchange love nie.  Semua last minit.  Aku teringat kat rumah ada set cawan yang aku suka.  Set wanted rose.  Aku fikir boleh tak kisahlah nanti siapa yang dapat.  Kalau lelaki mungkin dia boleh guna sendiri, boleh bagi wife, atau tak kisahlah sesiapa pun.

Jom tengok apa yang aku bagi.  Sempat snap picture sebelum aku membalutnya.

Ini dia setnya.

Dalamannya.

 Inilah gelas yang aku bagi.  Tapi tak ada jug.

Aku punya hadiah untuk exchange love.  Siapalah yang menjadi exchange love aku tue agaknya.  Nanti aku post kan di sini.  Last minit pun kerja pembalut pun guna kertas minyak.  Itulah akibatnya kalau semua buat last minit.  Harap siapa yang dapat tue berpuas hati dan yang penting ikhlas daripada aku. :-)

Nota Kaki>>Cerita family day bakal menyusul.  Ada 60 keping gambar.  Berpinar mata nak pilih.

~Melepak Di Kedai Mamak~

Jumaat lepas, asben amik anak-anak lambat.  Adrianammar masih kat rumah mak aku sebab malamnya asben aku nak pi kenduri kawin kat kuarters kastam area rumah mak.  Jadi asben aku dari ofis terus balik rumah dulu.  Kebetulan jiran kita orang pun buat kenduri kawin anak perempuannya.  So, pegi yang sini dulu. 

Sudah settle kat rumah kita orang balik rumah mak.  Aku tak ikut sebab asben pegi dengan officematenya.  Bila selesai kita orang bersiap-siap nak balik rumah sebab sabtunya aku dan adriana ada program.  Nak kena bangun awal pagi. 

Otw nak balik aku cakap kat asben yang aku nie lapar.  Yelah tak makan apa-apa.  Kononnya tak nak makanler mahu berdiet!!Tapi memikirkan lapar aku yang tahap melampaui batas aku decide ajak asben pi makan.  Makan kat kedai mamak jea.  Lepak-lepak di Ayoob Bistro dekat Mydin.  Tak menahan order makanan berat pulak tue.  AAK?Dah lapar bedal jealah.

 Ammar yang keboringan.

 Muka bosan jea dik.

 Apalah yang ditenungnya.

 Tengok apa tue dik??

 Ammar dan papa tengok sukan di tv.  Nanti besar boleh ikut papa lepak kedai mamaks.

 Papa layan fb ler tue.  Maklumler ada wifi kat sini.

 Kakak nana teman mama makan.

 Itu dia.  Sudah licin.  Makan nasi lemak ok.  Inilah gaya orang kelaparan.

Dah, jom balik.  Mama dah kenyang.  Tengoklah aku yang semakin bulat tue.  Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.  :-)

Note Kaki>>Sampai rumah aku tidak terus tidur.  Settlekan dulu kerja.  Balut hadiah untuk aktiviti exchange love untuk program Hari Keluarga esoknya.