Showing posts with label Buku Antologi Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Buku Antologi Cerpen. Show all posts

Friday, May 10, 2019

Pelancaran Projek Antologi BKH Kembar 10 Di PBAKL 2019

Assalamualaikum.

Tanggal 31 Mac 2019 adalah tarikh keramat buat diri aku. Aku ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis pelancaran buku Kembar 10 Kisah Hidup. Aku antara orang yang ada menghasilkan karya dalam Projek Antologi  Kembar 10. Projek tersebut dikendalikan oleh novelis terkenal Puan Sri Diah. Untuk makluman, projek antologi ini adalah hasil pengkarya daripada para peserta Bengkel Kisah Hidup. Bengkel Kisah Hidup Grup Melaka kami perlu menulis kisah kembara. Aku menulis kisah travelog aku ke Thailand.

Majlis bermula jam 10.00 pagi. Kami bertolak dari Melaka jam 7.30 pagi. Seperti tahun-tahun sebelum kami akan parking kereta di TBS dan menaiki tren ke PWTC. Pelancaran buku ini kami kena pakai baju tema biru denim. Alahai. Mana nak cari. Aku memang tak ada warna begitu. Sudahnya aku pinjamlah baju Kak Zana. Jadi baju aku pada hari itu ditaja oleh Zana Wardrobe. Hahaha.

OOTD aku pada hari itu.

Kami dari TBS mahu ke PWTC.

Menunggu tren.

OOTD PBAKL.

Sementara menunggu tren bergambar saja.

Sepasang kaki nan bercinta.

Anak buah suami ikut ke PBAKL. Jadi tiga oranglah anak aku hari itu.

Kami di dalam tren.

Alhamdulillah. Kami selamat tiba di PWTC. Kawan aku kejap-kejap whatsapp tanya aku dah sampai mana.

Aku dan Ezza, penulis dalam Antologi Kisah Kembara.

Bergambar dengan maknya sekali.

Aku dan mak Ezza. Cantikkan maknya.

Inilah grup dari Melaka.

Kami ada sesi tukar-tukar hadiah.

Ini adalah ketua bagi Melaka dan cikgu sekolah anak-anak aku. Pertemuan yang tidak disangka. Melalui buku kami menjadi kawan. Tapi segan sebab beliau cikgu. Aku hanya kakak kerani.

Ini yang aku impikan. Mahu naik ke pentas PBAKL ini setiap kali aku datang ke PBAKL. Setiap tahun menyaksikan pelancaran buku orang lain.

Entah siapa yang snap gambar candid.

Ini aku pula beri hadiah pada kawan segrup aku.

Gambar kami dari depan. Baru cantik. Inilah kami pada hari itu.

Sebelum pulang kami bergambar lagi.

Aku dan As penulis untuk buku lain.

Inilah barang-barang yang kena angkut.

Sementara menunggu aku selesai anak-anak ada aktiviti.

Nota anak aku ada terselit kat situ. Carilah.

Selesai majlis, aku pergilah mencari buku yang mahu dibeli. Masuk reruai Karya Seni. Ada artis.

Abam.

Ippo Hafiz.



Kesian mereka. Kepenatan menunggu urusan aku selesai. Apa-apa pun terima kasih suami sebab menyokong minat aku.

Aku dan anak-anak dara.

Anak buah yang satu ini tingginya sudah mengalahkan makngah. Sandal yang dia pakai tu sandal aku. Alya ini baru darjah empat. Nana yang darjah lima pun kecil daripada dia. Yelah, mak ayah dia tinggi dan besar rangkanya. Mestilah anak ikut baka mak ayah. Kalau aku dan suami yang kemetot ni takkan tiba-tiba anak aku nak besar pulak kan.

Ammar dan lukisannya.

Adriana dan lukisannya juga.

Sebelum pulang, isi perut dulu. Makan kat Old Town.

Selfie itu wajib. 

Aku dan anak-anak. Apaknya masa ini pergi beli makanan dia.

Sudah tiba masa untuk pulang. Kenangan manis buat aku pada tahun ini. Macam mana manis pun kenangan lalu, ia tidak akan kembali. Kenangan itu hanya akan menjadi catatan memori pada kita. Ciptalah kenangan baharu untuk merasai kemanisan hidup.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Friday, December 8, 2017

Kelip-kelip Kusangka Api Dan Suara Kekasih Cinta

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Bismillah.

Hai semua.

Salam jumaat. Salam pembuka bicara. Pagi ini saya ingin kongsikan dua buah buku antologi cerpen yang saya sertai. Kiranya ini adalah buku kedua dan ketiga antologi yang terselit karya kecil saya. Buku antologi yang menyusul selepas Antologi Cerpen Tribunal Cinta. Alhamdulillah. Kiranya tahun ini saya lebih produktif menulis selepas tempoh berhibernasi.

Buat masa ini, saya hanya mampu menulis cerpen dan mungkin akan berjinak-jinak dan melangkah untuk menulis novel pula. Allahu. Macam tak tercapai dek akal. Mampukah atau tidak? Itu yang sering dipersoalkan pada diri sendiri.

Jadi untuk tahun ini, lima buah cerpen yang telah tersiar. Baru lima buah sahaja. Untuk penulis baharu seperti saya, ini pun sudah cukup membuatkan hati berbunga riang. Mari saya kongsikan buku-buku tersebut.

Antologi Cerpen Kelip-kelip Kusangka Api. Terbitan Jemari Seni. Ada 40 buah cerita daripada 40 orang penulis. Kiranya ini salah satu impian saya yang sudah tercapai bila cerpen saya terpilih untuk dibukukan dalam naskhah ini. Memang impian nak menyertai keluarga Jemari Seni. Saya memang suka beli koleksi novel-novel daripada Jemari Seni. Lebih-lebih lagi saya sekarang sudah minat dengan salah seorang novelisnya iaitu Noor Suraya. Bukan mengipas ya. Sebab Kak Su ini adalah penyelenggara untuk Kelip-kelip Kusangka Api .

Ini pula kira buku penutup untuk tahun ini. Suara Kekasih Cinta. Gabungan cerpen dan puisi. Terbitan Pena Padu. Kali kedua saya menyertai Pena Padu.

Untuk belian koleksi-koleksi buku ini, saya akan iringkan dengan cenderahati sebagai tanda penghargaan untuk pembaca. Semoga apa yang dinukilkan dalam antologi ini memberi sesuatu kepuasan. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.

Sesiapa yang berminat hendak membeli naskhah ini, bolehlah whatsapp saya di talian 017-6741270 (Fyda Adim).

Kelip-kelip Kusangka Api (RM38)
Suara Kekasih Cinta (RM25)

Stok cenderahati sangat terhad. Selagi stok masih ada. Jom dapatkan segera buku-buku ini. Boleh dijadikan koleksi untuk diri sendiri atau dijadikan sebagai hadiah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, November 30, 2017

Hari Kanak-Kanak Tadika Keh Seng

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Hai semua.

Momentum menulis datang dan pergi. Sekejap semangat itu penuh di dada. Sekejap semangat itu mengendur. Kebelakangan ini, situasi sekeliling yang kurang positif memberi kesan pada diri. Kata kawan, pucuk pangkal hati kita. Saya sedang menyesuaikan dengan suasana baru buat diri sendiri. Baiklah, berbalik pada tajuk di atas.

Dua minggu sebelum cuti sekolah, sekolah anak-anak adakan sambutan Hari Kanak-kanak. Ammar pula eritahu saya dia ada menyertai pertunjukkan. Mulanya, dia kata "Ammar masuk menari, ma tapi kan cikgu suruh Ammar berjalan je."

Jenuh juga maknya nak menghadamkan apa yang disampaikannya. Rupanya dia masuk pertunjukkan fesyen. Adoilah. Saya tanya cikgu kelasnya. Memandangkan ini tahun terakhir Ammar di sekolah cina, saya teruja untuk melihat dia beraksi di atas pentas.

Jadi hari itu, saya minta kebenaran untuk keluar sekejap dan ke sekolah Ammar. Saya sampai mereka belum ke dewan. Masih di dalam kelas.

Saya tinjau dari luar. Dia sedang makan masa tu. Makan mcdonald.

Masa ini dah bersiap keluar untuk ke dewan. Suruhlah bergambar beramai-ramai dulu.

Sekejap dah besar anak lelaki saya.

Kawan kelas Ammar. Entah apa namanya. Saya dah lupa. Budak ini cukup murah dengan senyuman setiap kali berselisih dengan saya semasa saya hantar Ammar ke sekolah. Datang moodnya elok dia akan tegur, "Hai aunty."

Ini beg goodies yang anak-anak dapat.

Dapat vitamin pula tu. Eloklah sangat untuk stok bulan ini.

Begitulah ceritanya kisah Ammar menamatkan zaman tadikanya. Tahun depan dia sudah melangkah ke sekolah rendah. Betapa cepatnya masa berjalan. Bila anak-anak semakin membesar, kita juga semakin tua sebenarnya. Semoga saya diberikan kesihatan yang baik untuk membesarkan anak-anak saya.

Antologi Cerpen Suara Kekasih Cinta sudah tiba. Karya kecil saya berjudul Separuh Mati Kubercinta ada di dalam naskhah ini. Berminat mahu mendapatkannya boleh hubungi saya. RM25 tidak termasuk posa beserta cenderahati daripada saya khas buat pembeli.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim