Friday, April 5, 2019

Salam Perpisahan Daripada Mereka

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Dari semalam agak aktif blog aku ini dengan beberapa entri. Yelah, kalau tidak ditulis sekarang entah bila aku nak coretkan kisah manis ini di blog ini. Dikhuatiri akan terbiar begitu sahaja tanpa dikenang. Cerita manis biarlah menjadi kenangan buat diri ini.  

12 tahun di JKM selalunya aku meraikan perpisahan orang. Kali ini tibalah giliran aku pula diraikan. Aku sebenarnya tak nak buat majlis-majlis ini. Biar aku yang raikan orang tak payah orang raikan aku pun tak apa.

Tiga hari sebelum majlis, seorang kawan pejabat hantar mesej melalui aplikasi whatsapp.

"Kak, kita orang nak buat majlis akak jumaat ini tau. Lokasi nanti kita maklumkan."

Aku balas, " Alah, tak payahlah buat nanti kena berucap."

"Hek eleh...Sedihlah tu."

"Nanti aku nangis. Nak cutilah."

"Jangan nak  ngada-ngada kak eh. Berani ko cuti. Aku bom rumah ko. Berani ko tak datang kak. Memang semua boikot ko."

Sampai macam itu sekali ugutannya. Tak apalah, kita kena hargai apa yang orang lakukan untuk kita. Sampailah harinya. Pagi itu semua diam sahaja. Aku pun diam sajalah. Tiba jam 11.00 pagi kawan yang berdua keluar. Dia suruh aku ikut orang lain. Terpinga-pinga juga aku dibuatnya. Takkan aku nak tanya orang pula.

Pendekkan cerita, aku tumpang kereta Puan IT. Berempat semuanya satu kereta. Kami menuju ke Windmill Station di Bukit Beruang. Rupanya ramai sudah ada di sana.

Siap ada belon-belon. Kemudian gambar-gambar lama aku dan dia orang ditampal di reben belon. Terharu sangat atas persiapan ini.

Kaum-kaum hawa di Bahagian Khidmat Pengurusan.

Kami lagi.

Dengan Faizah dari unit kewangan.

Swafoto beramai-ramai.

Dengan Aisyah dari unit kewangan juga.

Kami lagi.

 Bila makanan sudah terhidang di atas meja.

Gambar ini banyak sebab dari henfon kawan.

Waktu ini Tuan Pengarah sudah tiba.

Bila ramai-ramai memang kenyang bergambar.


Nurul ketua gambar. Dia yang akan pegang kamera. Biarkan dia.

Inilah orang yang whatsapp aku berkenaan majlis.

Tuan Pengarah sedang berucap.

Ucapan daripada Tuan Pengarah buat aku sebak.

Pemberian hadiah.

Zoom sikit bagi nampak.

Kami daripada Bahagian Khidmat Pengurusan. Mereka akan sentiasa dalam ingatan.

Sedang makan tiba-tiba dia orang pasang lagu Happy Birthday dan lagu Teman Sejati nyanyian Brothers. Inilah kek yang sampai depan aku.

Wajah yang terpamer itu sebenarnya terkesima.

Sangat-sangat terharu.

Tiuplah aku dan Nurul memandangkan birthday kami April-Jun dan yang paling dekat duduknya dengan kek. Kesian yang lain tak tiup lilin.

Myra Mokhtar yang tangkap gambar ini.

Masa ini sudah keluar dan sesi bergambar di luar pula.

Aku kalau bergambar dengan perempuan-perempuan cantik memang aku tenggelam.

Pemberian daripada mereka. Hadiahnya aku belum buka lagi. Sayang.

Kad ucapan daripada mereka.

Siap ada gambar aku dengan novel. Mereka seakan tahu minat aku. Terima kasih semua atas susah payah menjayakan majlis buat aku. Susah-susah pungut duit demi menjayakan majlis ini. Terharu sangat-sangat. Semoga segala kebaikan mereka dibalas dengan kebaikan juga. Mohon ampun atas semuanya andai ada silap sepanjang kita sebumbung. Sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diriku.

Salam pena,
Fyda Adim




2 comments:

ejulz said...

Semoga dipermudahkan di tempat baru..

Ora Adzlin said...

Meriah betul sambutan.. :)
All the best !!