Pages

Tuesday, October 10, 2017

Percutian Singkat Di Bumi Mersing

Assalamualaikum.

Entri ini sambungan daripada entri pagi semalam. Dari Batu Pahat pula, saya sekeluarga bertolak ke Mersing. Perjalanan memakan masa lebih kurang tiga jam. Kami sampai di bumi Mersing dalam jam tiga petang. Begitulah. Pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Mersing. Keterujaan itu sudah pasti ada. Maklumlah pertama kali kan.

Sampai sahaja di resort, kami check in dahulu. Keluarga lain sudah sampai. Oh ya, lupa nak beritahu. Kami ada family day anjuran Kuarters Kastam. Kami yang akhir sampai sebab menunggu ketibaan saya dan anak-anak di Batu Pahat dahulu. Keluarga lain sudah bertolak awal pagi. Masuk bilik kemudian siap-siap untuk aktiviti sukan petang itu.

Mahu bawa turun barang-barang.

Mama bergambarlah dulu dengan Dak Adik.

Sudah berkumpul untuk bersukan. Adalah pertandingan untuk orang dewasa dan anak-anak.

Pembahagian kumpulan. Hat yang cekak pinggang itu adalah imam saya.

Entah apa yang dibincangkan masa ini sebab saya begitu ralit mengambil gambar. Begitulah saya di mana-mana. Blogger katakan. Hehe.

Hat dewasa bertanding dulu. Tarik bola guna gelunglah, bawa bola ping pong dalam sudu dan buat istana pasir. Gitulah.

Ini kumpulan saya. Bersungguh deme membuat istana pasir yang asyik nak roboh.

Tak mau meninggi pun. Kami punya asyik melorot saja pasirnya.

Inilah resort kami tinggal untuk semalaman.

Habis bersukan, dia orang sambung main bola tampar. Awal-awal saya sudah melesapkan diri daripada tempat ini.

Pantau anak-anak berenang kat kolam.

Dak Adik biasa berenang kolam begini.

Dak Kakak kolam besar. Kakak pandai berenang. Dak Adik itu nama saja lelaki tetapi hati dia kecik.

Sebelah malam, ada makan. Inilah menu saya. Malam itu agak kurang selera sebab perut dah masuk angin dulu. Menahan sakit aje masa itu. Adalah acara cabutan bertuah. Kemudian karaoke untuk satu keluarga satu lagu. Wakil keluarga kami, Dak Kakak. Apaknya memang tak minat berkarok. Saya lepas makan saja sudah lesap jugak ke bilik sebab dok sakit perut.

Inilah hadiah-hadiah yang kami perolehi malam itu. Hadiah berbalut itu adalah table fan. Entah mana nak letaknya kat rumah tu. Sudah berserabut dah rumah saya dengan barang perhiasan. Begitulah serba-sedikit kisah percutian singkat di bumi Mersing. Nanti saya sambung dengan entri jelajah pulau pada keesokkan harinya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: