Pages

Friday, May 12, 2017

Salam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Salam Nisfu Syaaban.

Bermakna lagi lima belas hari saja lagi kita akan bertemu dengan Ramadan. Semoga kita diberikan peluang untuk bertemu Ramadan Al-Mubarak. Diberikan kesihatan tubuh badan untuk kita mengerjakan amalan dan ibadah kita. Semoga diberikan kelancaran dalam urusan kita.

Minggu ini, diri terasa agak santai dan tidak kelam-kabut. Sebabnya?

Suami ada di rumah. Cuti-cuti Malaysia. Dia yang cuti, aku kerja. Demi menunaikan permintaan sang isteri yang minta dia bercuti. Pulak tu aku diberi pilihan.

"Awak nak saya cuti khamis atau ahad?"

"Khamissss..." Jawabku, panjang beberapa harakat.

"Sebab?"

"Awak boleh hantar anak-anak pi sekolah."

Hah, gitu sekali alasan yang aku beri. Bolehlah dua hari aku bersantai. Dari rumah terus ke tempat kerja yang hanya memakan masa lebih kurang 15 ke 20 minit kalau keadaan trafik lancar.

Kalau aku hantar anak-anak ke sekolah, keluar rumah 6.40 pagi. Sampai pejabat tepat jam 8 atau adakalanya tersasar daripada waktu itu. Itu belum tambah dengan kesesakkan trafik yang menambahkan stres.

Bukan merungut. Aku tak nak orang salah faham. 

Berkorban demi orang yang kita cinta dan sayang. Tapi jangan lupa kecintaan kita yang paling utama. Hanya DIA yang paling teratas. Perjalanan hidup ini diumpamakan seperti dalam dewan peperiksaan. Semoga apa yang kita buat akan peroleh kebaikan di sana kelak.

Bukan aku tak ada merungut. Manusia biasalah. Adakalanya terlupa diri. Alpa. Cepat-cepat ingatkan diri. Allahu. Kadang perasaan takut menyelubungi diri bila sudah termerungut.

Semalam, aku dapatlah berpuasa. Kemudian suami menawarkan diri untuk memasak juadah berbuka. Hati gembira bukan kepalang. Bukan nak puji atau obses dengan suami sendiri. Sesekali bila diberi rehat memang momen itu sangat dihargai. Aku tak tolong langsung. Ke depan ke belakang. Ke belakang sebab tengok keadaan dapur aku. Haha..

Kelmarin, cuti wesak day. Entah saka mana yang masuk dalam badan. Terajin. Aku kemas dapur. Yang mana tak diguna memang aku campak dalam tong sampah. Lap kabinet. Cuci sinki. Lap dapur. Susunatur. Macam-macam lagi.

Air tangan suami. Nasi goreng, maggi kari, sotong celup tepung dan ayam goreng. Meriahkan. Misi menaikkan berat badan sang isteri.

Balik semalam, Dak Oyen cukup bersantai. Dak Ammar letakkan lego depan dia. Entah apa yang ditenung.

Kebetulan baju kurung aku sedondon dengan Nayli. Dak Adriana yang tukang amik gambar ni. Menyentap aje dia. Jangan cakap dia dah besar si Adriana tak sentap.

Hari mengaji, Nayli memang akan ikut aku balik sebab dia mengaji kat area rumah aku. Makan dulu sebelum pergi mengaji.

Pulang hantar anak-anak mengaji, aku duduk bersantai di buaian. Dak Garfield mana aku duduk situ dia menyibuk. Tapi dia takkan berani dekat dengan aku. Nanti aku jerit. Kahhh...

Lepas isyak, aku jemput budak-budak ni balik mengaji. Haruslah mama berswafoto. Sebab mama pakai tudung baru. Haha. Bermotif sangat. Makcik dan anak-anak.

Begitulah cerita semalam. Dari pagi hingga ke malam sibuk dengan urusan dunia. Allahu. Urusan akhirat jangan kita lupakan. Semoga kita terus istiqomah dalam perkara yang kita lakukan dan  semoga apa yang kita lakukan akan peroleh keberkatan di dunia mahu pun di akhirat kelak. 

Salam jumaat dan salam nisfu syaaban.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: