Thursday, May 11, 2017

Bila Hari Cuti

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Hari ini kembali bekerja dan kembali ke tempat duduk di pejabat. Semalam cuti sempana Hari Wesak amatlah seronok. Terasa sangat tenang, kepala tidak serabut dengan bermacam-macam perkara dan cerita. Entah kenapa hati ini terasa tidak seronok tatkala mendengar cerita itu. Ah, biarlah. Malas nak dilayan. Kalau dilayan boleh jadi gila.

Berbalik kepada tajuk. Malam hari cuti, suami pun dah selamat tiba di rumah. Dia sampai awal. Sebelum maghrib sudah nampak batang hidungnya. Disuruh siap-siap. Lepas maghrib mahu keluar. Jadi aku dan anak-anak terus sahaja bersiap.

Bukan ke mana pun. Mahu ke Home Pro yang baru dibuka kat Tesco Melaka Sentral. Ada barang yang mahu dilihat dan mahu dibeli. Jenis laki aku suka survey harga dulu. Aku pun ikut ajelah. Daripada memerap kat rumah baiklah jalan-jalan cuci mata. Lagipun kita orang keluar nak makan malam sekali.

Cari barang nak cat rumah sebenarnya.

 Macam-macam ada kat Home Pro ni.

 Surveykan iron board.

Selesai di Home Pro nak pergi makan roti nan di Pak Putra. Sekali tersekat dalam jammed. Jenuh jugak nak menunggu sebab ada perarakan.

Dalam jam 11 jugak sampai kedai makan. Ini antara menu yang kita orang pesan selain roti nan dan ayam tandoori. Sedap tau. Tawa prawn dan mutton rangijosh. Cam tulah.

Bawak mak sekali malam tu.

 Pagi hari cuti. Memasak sambil menonton drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati.

Menu tengahari. Sarapn pagi mee goreng, Petang masak cucur bawang.

Lalu depan bilik Ammar, nampak dia buat homework dan ditemani si Oren. Dia tak tahu pun aku amik gambar dia. Alahai si oren peneman setia. Itu sahaja coretan pagi ini. Nanti sambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: