Tuesday, October 25, 2016

Meraikan Ulangtahun Kelahiran

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi semua. Tengah rajin mengarang jadi blog ini akan muncul dengan entri-entri yang baru dan lama. Kena ubah angin menulis dulu untuk amik mood lain.

Baiklah kembali kepada tajuk di atas sebelum aku merepek ke lain. Minggu lepas tanggal 17 Oktober 2016 adalah hari ulangtahun lelaki kesayangan hamba iaitu suami akulah kan. 

Dah 36 tahun pun umurnya. Kebetulan hari lahirnya jatuh pada hari isnin jadi aku buat permintaan untuk dia bercuti hari ahad. 

Sabtu tu kita orang plan nak keluar awal pagi. Merangkap sarapan di luar dan terus jenjalan.

Sarapan tempat biasa dengan menu yang sama.

Kemudian aku hantar kain kat tailor. Dah lama kain ni terperuk dalam almari.

Pergi MP dan kebetulan Bata buat jualan gudang. Belilah kasut sekolah anak-anak. Aku dapat juga sepasang. Kah.

Singgah sini. Laki aku dok teringin nak minum kopi.

Dua sekali dibelinya.

Cantik betul 'kolam' ni.

Muka masing-masing ada senyum. Masa ni keluar Kaison beli wallpaper.

Masa ni kat Dataran Pahlawan.

Singgah tempat dialisis atok sebelum kami ke Aeon pula.

Beginilah keadaannya bila ayah aku sedang dialisis.

Makan-makan sempena besday kononnyalah. Walhal yang empunya badan yang belanja.

Tiga orang kesayangan aku.

Last but not least, gambar berdua dengan laki den. Semoga abang sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

AMIIZAA@Mieja said...

salams fida

happy birthday :)