Wednesday, January 13, 2016

Hey, Kau! Di Portal Ilham Karangkraf

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sudah hari rabu. Sejak sekolah dibuka, sejak bermenjak aku kembali dengan memegang title supermak yang walaupun kadang tak super mana pun kerjanya menghitung hari. Mahu cepat ke hari jumaat aje. Hah, gitulah.

Baiklah, berbalik kepada tajuk di atas sebelum aku merapu lebih jauh. Hey, Kau! ilham aku ada di portal Ilham Karangkraf. Boleh klik SINI untuk baca bab 1.

Kisah romantik komedi. Ini baru permulaan daripada penulis seperti aku. Cuba mengapungkan diri. Hahaha. Dengan semangat yang ada dan dorongan kuat daripada seseorang aku cubalah. Semoga di beri peluang untuk terus menulis. Setakat ini semangatnya masih berkobar-kobar. Membara. Kata seseorang, jangan berhenti nanti semangat itu hilang.

Okaylah, itu sahaja entri untuk pagi ini. Selamat membaca ilham aku yang tidak seberapa dan nantikan bab-bab seterusnya di ilham karangkraf. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

as samsudin said...

Betul2... kena terus menulis baru semangat tak padam...
As pun teringin gak tapi selalu tulis sampai bab 3 ja.. pastu diam...:(