Wednesday, January 7, 2015

~Jom Follow Instagram Saya~

Teks : Fyda Adim
Foto :Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sekejap sahaja sudah hari ketujuh kita berada di dalam tahun baru. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Sentiasa diberikan kebahagiaan. Minggu ini adalah minggu akhir untuk bersantai-santai sebelum sekolah dibuka. Jadi masih lagi dalam keadaan terkawal.

Okey, berbalik kepada tajuk aku sekarang memang addict dengan Instagram. Aku lebih suka menggunakan aplikasi ini berbanding dengan FB. Cuma bila aku linkkan IG ni ke Fb nampaklah aku seakan-akan aktif dengan FB. Malas nak tengok FB sangat yang macam-macam cerita.

Tapi kan, aku pernah terbaca Instagram ni tempat untuk show off. Terpulanglah pada pendapat masing-masing. Niat kita yang penting. Kalau kita bersangka buruk, memanglah buruk jadinya. Jadi memang aku aktif di Instagram sekarang.

Aku lebih gembira di Instagram. Jadi pada sesiapa yang ada IG marilah follow aku. Cuma cari FYDA2683 dan follow. Tiada paksaan ye, sekadar memberitahu.Itu sahaja entri pagi ini. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



1 comment:

NzA said...

Ibu NZA pn ada jugak insta tapi xgitu aktif..Adalah sekali update 1x seminggu...he3x.. kalau nk tgk insta ibuNZA kt norzakiahnza