Monday, January 5, 2015

~Berwajah Baru Semangat Pun Baru~

Teks : Fyda Adim
Foto : Print Screen

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam pagi isnin pembuka bicara. Dua hari tidak berkesempatan untuk menitipkan sesuatu di blog ini. Tugasan sebagai isteri dan juga ibu di rumah sangat-sangat membataskan. Kononnya sebelah malam bila anak-anak sudah lena diulit mimpi mahulah aku berjaga. Sudahnya aku tewas dek kerana mata yang lebih meminta untuk dipejamkan. Makanya terlenalah aku hingga ke pagi. 

Siang je semangat berkobar-kobar. Bila malam sudah keletihan. Mata pun mengantuk. Tak sempat nak membelek blog ni. Hangat-hangat tahi ayam aje. Azam dah lari sikit ni.

Okeylah, sempena tahun baru, blog aku kini sudah berwajah baru. Sudah kebosanan menggunakan latar belakang yang sama. Blog pun semakin berat. Jadi jumaat lepas sempatlah aku menukar latar belakang dan juga menyisihkan apa yang tidak sepatutnya ada di blog. Jadi aku telah pun buang yang menyemakkan mataku sendiri. Kalau sendiri pun rasa semak, orang lain yang membaca lagilah semak kan?

Blog dengan latar belakang yang lama.

Blog yang sudah dikemaskini dengan latar belakang baru. Masih mengekalkan warna ke'pink'an walaupun tak berapa nak merah jambu. Dan juga warna putih. Moga dengan berwajah baru blog ini semangat untuk menulis juga baru. Semoga aku sentiasa rajin untuk menulis dan menyiapkan tugasan aku. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,



No comments: