Friday, June 22, 2012

~Makan-Makan Di Rumah MIL~

Dah masuk hari jumaat yang baru, barulah aku nak cerita kisah jumaat minggu lepas.  Jumaat lepas bertarikh 15 Jun ada buat makan-makan sikit di rumah MIL aku sempena besdaynya.  Anak menantunya celebrate kecik-kecik aje untuk besdaynya.  Buat pun secara mengejut dan tak dirancang oleh kami semua.  Bila dah last minit kenalah beli makanan di kedai.  Bukan yang dimasak sendiri.

Aku pun tak sempat nak bake kek sebab jumaatkan kerja.  Memang tak sempat.  Beli ajelah.  Konsep kali nie kita orang buat pot luck.  Ada 3 family iaitu family along, family aku dan juga family uda.  So makanan dibawa oleh 3 family ini.  Asben aku beli satay untuk makan malam hari itu.

Inilah antara juadah kami malam itu.  Ada satay, laksa, ayam goreng dll.

Inilah kami semua yang ada.  Tengoklah biras aku dok termenung.  Yang laki aku nie pun fokus ke tv.

Haiqal dan adiknya Balkis.

My biras and my lil boy.  Ammar pandang ke lain.

Menjamu selera sambil menonton.

Makan, makan dan makan.

Haiqal yang kuat makan.  Ammar boleh kawan dengan ko nanti qal.

Ini dia dua anak dara.  Adriana dan Alya.

Itulah ceritanya mengenai jumaat minggu lepas.  Kena cerita hari ini jugak.  Kalau tak jadi entry lapuk.  :D




                                                                                                                     

3 comments:

Unknown said...

bestnye dpt wat makan2.....

mummY daniSha said...

seronokkan fida dapat kumpul adik beradik....tp adik beradik sy semua jauh2 huuu

Kakzakie Purvit said...

Sepakat Fida masing-masing bawa apa yg patut jadinya mudah dan senang. Makan ramai-ramai memang seleralah...