Wednesday, March 14, 2012

~Jenjalan Ke Kuala Lumpur~

Semalam aku dan asben cuti semata-mata nak gi jenjalan ke KL.  Sudah lama tak gi jenjalan kan bawak budak-budak nie.  Lagipun kan tengah cuti sekolah, bawaklah adriana gi jenjalan.  Aku cakap dengan nana kita nak pegi KL, nak naik train.  Wah seronok dia.  Jangan kata anak-anak yang excited, maknya pun excited jugak.  Hikhikhik...

Semalam kita orang bertolak dari Melaka lebih kurang pukul 9.00 pagi.  Itu pun dah terlambat.  Haruslah ada drag masa.  Sampai KL lebih kurang pukul 11 lebih macam tue.  Aku siap bawak bekalan sandwich telur.  Nak buat lain-lain dah tak sempat sebab terbangun lambat.  Nak siapkan budak-budak lagi. nak siapkan diri sendiri lagi memang amik masa.  

Oklah jom tengok gambar kita orang yang tidak seberapa ini sepanjang hari kami di KL.  Gambar banyak sangat sampai pening pala, berpinar mata nak pilih, nak edit bagai.  Tak letak rugi pulak sebab dah ada.  Kalau nak harap cuci memang tak akan punya.  So, buat tatapan letaklah di blog kan.  Boleh anak-anak tengok nanti.  Jomlah tengok gambar, biar gambar yang berkata-kata.  :-)

Ammar yang nak tido.  Mama kejut pagi mengantuklah dia.  Gambar masa nie di highway lagi.

Kakak yang excited.  Suruh tidur tak nak katanya.  Banyak persoalannya.  'Jauh lagi ke KL tue?' 'KL tue kat mana?'  Asal berhenti kat R&R 'Kita dah sampai KL ke?'

Aku dah kebosanan.  Nak tidur memang tak dapat.  Jadinya, layan Ombak RIndu.  Masa nie ammar dah tido.

Sampainya kami di Tol Sg Besi.

Mama dan Kakak.  Adriana sedang makan sandwich mama.  Adik ammar mana???

Ini dia.. Sedang lena dibuai mimpi.

Aku dah mulalah nak bergambar.  Dengan asben pulak bergambar. 

Destinasi pertama kami adalah Menara Kuala Lumpur.  Asben ajak ke sini.  Aku memang tak pernah masuk so on jealah kan.  Masuk Menara KL nie jea sudah RM60 free masuk ke KL Tower Animal Zone.

Kami dalam lif menunju ke atas.  Berdengung telinga..

Banyaknya..

Sedang menikmati permandangan KL.

Kakak dan adik.  Kakak sedang leka dengan benda yang dipegang tue.

Kami 3 beranak.

Inilah permandangan KL yang asben snap.

Gelagat adriana.

Ammar yang keletihan baru lepas bangun tidur.  Tengok bibir ammar bengkak kan sebab dia terjatuh tempoh hari.  Salah aku jugak.  Tak perasan.  Ammar tersangut alas kaki.  Tersembam mukanya sampai berdarah mulutnya.

Kami lagi.  Papa hanya jadi photoG aje.

Papa dan ammar pulak.  Kesian papa takkan tak ada gambarnya kan.  Itu pun aku paksa suh amik gambar.  Ngada-ngadaler tue tak nak bergambar.

Lepas tue kami ke KL Tower Animal Zone.  Kami pilih yang ini.  Selain tue ada lagi KL Tower Pony RIde dan KL Tower Theater.

Bergambar di dalam Animal Zone.  Aku geli dengan ular.  So tak lamaler aku di dalam nie.  tak masuk pun tak apa.

Bergambar di entrance.  Adriana kat belakang aku tue.  Dia tak dak mood nak bergambar.

Dari KL Tower kami ke destinasi kedua pula iaitu ke KLCC.  Bukan nak shopping pun tapi nak makan aje dan nak parking kete kat KLCC sebab lepas makan kami nak naik LRT.  Kami makan MCD jea.

Ammar menanti dengan penuh kesabaran untuk makan.  Budak nie suka makan!!!!

Kakak yang memilih makan nie.  Itu tak nak ini tak nak.  Masa nie adriana excited nak naik train.  Kejap-kejap tanya.  'Mama kata nak naik train.'  Penat bersoal jawab dengan adriana.

Selesai makan kami menuju ke stesen LRT.  Nak naik lrt dari KLCC nak ke Hang Tuah.  Tapi kena turun kat Masjed Jamek dulu rupanya baru amik train lain untuk ke Hang Tuah.  Sampai tanya oranglah.  Tak tahu biarlah bertanya.  Mula-mula ingat nak ke Times Square tapi separuh jalan patah balik.  Asben kata jauh nak jalan kaki.  Sabajelah.

Tunggu lrt dulu.  Semalam jalan-jalan naik LRT bawak adriana dari KLCC-Masjed Jamek-Hang Tuah-Masjed Jamek-KLCC.

Bergambar di stesen LRT.  Kenangan untuk adriana.  nanti dah besar dia tahu dia dah pernah naik LRT. :-)

Adriana yang seronok dapat naik train.

Tunggu lrt dulu.  Tangan aku sampai lenguh dukung ammar.  Asben take turn pulak dukung ammar.

Masa nie naik train nak balik ke KLCC.  Kena pi ke Masjed Jamek dulu.

Mama kepenatan.  Rehat dulu.  Peace yo!!!Walaupun penat, lenguh tangan dukung anak terunaku itu aku tetap senyum yea.  Happy!!!

Sampai ke KLCC.  Dalam lif menuju ke parking. 

Nasib jumpa troli.  Masukkan budak 2 orang nie dalam troli.  Senang sikit aku tolak mereka.  Kami nak pergi ke destinasi seterusnya.  Ke manakah itu????

Kami ke sini.  IKEA.  Aku paksa asben bawak aku ke sini.  Orang tak pernah sampai kan.  Nakler aku jejak kaki ke sini.  Selalu dengar orang dok bercerita aje.  Kesian aku kan.  Uhukhukuhuk

Kami di IKEA.  Sangat-sangat teruja.  Macam-macam nak diambilnya.  Tapi masih boleh dikawal yea.  Hehehe..

Aku dan asben.  Gambar nie aku suruh nana snapkan.

Lagi gambar yang nana snap.  Gambar papa, mama dan adik ammar katanya.  Masa nie dah nak pukul 7 malam.  Kat luar hujan lebat.  Cepat-cepat pilih barang, bayar dan kelaur dari sini.  Sudah nak balik ke Melaka tapi asben ajak singgah makan.  Di mana???

Kami singgah makan di Kajang.  Apa lagi makan sate kajangler.

Inilah makanan yang kami order.

Aku teringin nak makan mee sup.  Orderlah semangkuk share dengan nana dan ammar.

Selesai makan kami pun bergegas pulang ke Melaka.  Singgah di petronas kejap sebab nana nak susu pulak.  Tugas papa bancuh susu.

Sampai di rumah dengan selamanya lebih kurang pukul 11.45 malam.  Budak-budak nie dari dalam kereta dah tido.  Aku angkat pun dia orang tak terjaga.  Betul-betul letih budak-budak nie.

Inilah cenderahati yang aku beli jugak di KL Tower.  Apakah??

Tadaaa..Family photo.  Harganya RM30.  Sayang pulak tak beli sebab gambar nie gambar berempat.  Itu sahaja kisah kami berempat semalam jenjalan ke Kuala Lumpur.  Sangat seronok walaupun hanya seharian aje.  Penat jangan cakaplah.  Tangan aku nie lenguh ok.  Seminggu nie nak hilang lenguh tangan.

Lepas nie nak pi jenjalan ke mana lagi??Nak pi holiday pulaklah tapi kena sediakan budget yang secukupnya untuk percutian yang seterusnya.  Inilah kisah cuti sekolah buat nana.  Sekian.






                                                                                                                        

No comments: