Saturday, February 11, 2012

~Mereka Pagi Semalam~

 Salam..

Hari nie hari untuk beristirehat bersama anak-anak.  Memandangkan asben aku keje kan.  Macam nielah rutin kami setiap minggu.  Laptop kat rumah tak boleh nak on sebab charger laptop aku rosak.
So, aku terpaksalah auto publish entry ini.  Update di ofis sebenarnya.  Marilah kita berbalik kepada tajuk di atas.  Sebenarnya ini gambar adrianammar pagi semalam.  Sebelum pergi kerja.  Ammar bangun awal.  Kakak sudah bersiap mahu ke sekolah.  Mari kita layan gambar anak-anak aku.

Ammar merangkak menuju ke pintu.  Sebenarnya ammar sudah boleh berjalan tapi belum berapa kuat lagi.  Bila datang malas merangkaklah dia.

Sudah berdiri di pintu yea.  Mama macam biasa mesti nak amik gambar.

Kakak pun nak jugak.  Dia kata nana pun nak gambar.  Yelah aku asyik melayan adik dia bergambar.  Tak pelawa dia.  Hehehe..

Inilah pose daripada mereka!!!Mama sayang kamu..  Adriana kalau time nak bergambar mesti nak terlentok kepala tue.  Ikut sape tak tahulah. :-) Sekian.






No comments: