Sunday, October 18, 2015

Meraikan Secara Ringkas

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang. Selamat berhujung minggu yang sudah sampai ke penghujungnya. Esok masing-masing sudah mula bekerja. Hari ini keletihan sebab pagi tadi aku menghadiri sebuah majlis. Akan aku ceritakan nanti di lain perihal majlis yang aku hadir pagi tadi. Sampai rumah lebih kurang jam 12.30 tengahari bukan main letih. Itu tak serta apa-apa program pun cuma datang meramaikan.

Berbalik kepada tajuk di atas, jumaat malam kami empat beranak makan di luar. Aku pula badan tak berapa nak sihat. Rasa macam nak demam pun ada juga. Jadinya asben bawa kami makan di luar aje. Lepas maghrib kami kami terus keluar. Fikir punya fikir tak tahu nak makan mana kebetulan asben dapat kupon mcd jadi di situ ajelah makan malam kami.

Makan malam merangkap meraikan ulangtahun kelahiran suami pada esoknya tetapi dia juga yang belanja kita orang. Hahahaha..

Seperti biasa, budak-budak ni lepas makan je memang target nak ke playground ni.

Lagipun tak ada orang pun. Hanya dua beradik ni.

Dalam setengah jam juga lepaskan dia orang bermain kemudian asben panggil dia orang. Kita orang tuang minyak kereta dulu barulah balik rumah. Begitulah ceritanya pada malam itu. Sambutan ringkas antara kami empat beranak. Janji gembira! Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Allah Selamatkan Kamu...

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Jam sudah pun menunjukkan ke angka satu pagi. Malam ini dapat mencari sedikit ruang untuk blog ini. Siang tadi seharian sibuk dengan tugas-tugas yang belum selesai ditambah pula dengan kesakitan yang baru saja menyinggah. Kena bertahan untuk minggu depan.

Semalam tanggal 17 Oktober 2015 adalah ulangtahun kelahiran suami saya yang ke 35 tahun. Alhamdulillah. Bertambah lagi usianya hari ini. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi dipinjamkan lelaki ini kepada saya serta anak-anak. Semoga hari-hari yang mendatang akan dipermudahkan segala urusan buat dirinya.

Gmbar kami berdua tahun lepas semasa bercuti di Port Dickson.

Gambar kami empat beranak sewaktu mahu ke bowling. Gambar lama juga. Semoga dia sentiasa dibawah lindunganNya. Semoga dengan peningkatan usia ini akan mematangkan dirinya, menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa diberkati oleh Allah. Sekian saja entri ringkas untuk malam yang sudah menjelang ke pagi ahad. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Friday, October 16, 2015

Kesibukan Berganda

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam jumaat hari penuh barakah. Salam pembuka bicara untuk pagi yang damai dan tenang. Pagi ini seperti biasa adalah hari untuk aku bersantai tanpa perlu berlari-lari anak di dalam rumah menguruskan anak-anak ke sekolah. Tak perlu terkejar-kejar menghantar si kakak ke sekolah kemudian menghantar si adik pula.

Baru uruskan dua orang, kesibukannya mengalahkan orang yang uruskan sepuluh orang. Bila suami pulang terasa ringan sedikit beban kerja. Bercuti daripada melakukan rutin harian menghantar anak-anak ke sekolah.

Berkorban. Kadang-kala kita perlu berkorban tetapi jangan sampai diri sendiri menjadi korban. Hehehe...Minggu ini adalah minggu akhir sebelum majlis perkahwinan adik ipar aku berlangsung minggu depan. Banyak benda yang perlu dikejar dan dikerjakan.

Selain itu, aku sibuk juga mengulangkaji dengan Adriana memandangkan minggu depan adalah peperiksaan akhir tahunnya. Setiap hari aku menjadi tarzan. Aku rasa kalau tarzan dengar pun boleh jadi stress. Dapat aje jadual peperiksaan maknya gelabah dulu. Risau memanjang sampai dalam kepala sudah 'over loaded'.

Kemudian aku sibuk pula dengan urusan aku sendiri. Menyiapkan sesuatu untuk diisikan sebagai jadual dalam masa senggangku. Ada ke masa senggang? Selagi ada ruang, akan aku sibukkan diri ini supaya lebih berfaedah dan mendatangkan hasil.

Sesi mengulangkaji bersama Adriana malam tadi. Masak sambil mengajar. Maknya banyak sambil. Masak sambil bergambar pun iye gak.

Adik pun sama sibuk. Dia sibuk belajar menulis satu dua tiga. Tak apa sekurang-kurangnya mereka ada juga hati untuk belajar. Tak boleh dipaksa tapi jangan sampai tak belajar. Dulu pun masa kita di zaman kanak-kanak ada juga mengelat tak belajar tapi asyik nak tengok televisyen. Itulah masa aku bersama anak-anak. Aku suka beri latihan matematik pada Adriana. Semoga keputusan Adriana ada penambahbaikannya daripada keputusannya yang dulu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Thursday, October 15, 2015

Persiapan Kenduri Kahwin Adik Ipar

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Malam ini anak-anak masuk tidur agak awal. Itu pun sebab aku paksa dia orang tidur awal. Macam-macam kerja yang menunggu. Bila anak-anak sudah melenakan diri barulah dapat aku menitipkan satu dua entri di sini. Seperti biasa nak tidurkan mereka aku kena baring sekali dengan dia orang. Kalau tidak lambatlah dia orang tidur. Begitulah kekdahnya. Macam-macam 'style' anak-anak ni kan. Nanti bila masing-masing sudah besar, akan dirindui waktu-waktu sebegini.

Sebak pula.

Baiklah, berbalik kepada tajuk di atas seperti yang sedia maklum adik ipar aku akan bernikah jumaat ini, hari sabtu majlis resepsi sebelah perempuan dan ahadnya pula majlis resepsi sebelah lelaki. Adik ipar aku lelaki dan majlis kita orang hari ahadnya. Jadi tiga hari berturut-turut kami sekeluarga sibuk dengan majlis beliau. Walaupun untuk makanan diuruskan bahagian katering tetapi aku dan biras ada bercadang mahu adakan meja candy dan dessert buffet. Selain itu kita orang planning untuk photo booth juga. Maklumlah masa kakak-kakak ipar berkahwim dulu mana ada benda-benda ini semua.

Macam-macam kertas yang dibeli.

Ceria tengok kertas-kertas warna ni. Mencari idea. Sibuk menggunakan khidmat encik google.

Sebahagian kertas warna itu digunakan untuk membuat bunga kipas.

Ini adalah bunga tangan untuk dua orang 'flower girl' yang akan mengiringi pengantin nanti.

Aku siapkan juga yang ini. Jenuh mencari idea dan mereka. Susah juga bila tidak berapa pakar. Terkial-kial menggodek microsoft publisher.

Yang ini aku juga yang buat. Dah print baru perasan kenapa aku tulis 'BAR' tak tulis buffet atau booth. Tak apalah. Abaikan saja.

Ini pula tagging makanan di meja candy dan dessert buffet.

Buku tetamu untuk pengantin.

Tagging makanan yang sudah siap.

Ini pula kononnya aku nak cucuk atas cupcakes. Meriah sikit kan. Tunggu jelah apa rupa candy booth kita orang nanti. Bersemangat nak deko ni. Akan aku up di sini nanti. Begitulah kisah persiapannya. Hampir siap semuanya. Mudah-mudahan dipermudahkan sehingga majlis selesai. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Selamat melangkah ke tahun baru hijrah 1437. Semalam tidak sempat langsung nak mengadap komputer. Minggu ini agak sibuk dan bertambah sibuk menjelang minggu depan. Mana sibuk anak mahu menduduki peperiksaan hujung tahun, mana sibuk dengan persiapan perkahwinan adik ipar. Semuanya mahu disiapkan secepat mungkin. Walaupun persiapan sudah dibuatkan beberapa bulan yang lalu tetapi masih ada perkara lagi yang belum dapat disiapkan sepenuhnya. Biasalah selagi tak habiskan, macam-macalah yang perlu dibuat.

Tentang kedatangan Awal Muharram. Semoga kita semua dapat melangkah ke tahun baru dengan azam yang baru dan dapat merealisasikan azam-azam yang masih belum tercapai. Janganlah azam itu terkubur begitu sahaja.

Semoga kita dapat mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Mudah-mudahan hendaknya kita dapat memperbaiki diri kita sentiasa. Sentiasalah ingat bahawasanya umur semakin meningkat, jadi biarlah perangai kita seiring dengan umur kita. Sentiasa tunjuk perangai yang baik-baik supaya anak-anak juga dapat menjadi seorang anak yang baik.

Kisah semalam, andaikata ada yang menyesakkan dada harus perlahan-lahan melupakan. Belajar untuk melupakan walaupun sesekali bila teringat akan datang sakit hati. Tidak perlu dikenang dan berdendam walaupun perasaan marah, geram, benci dan sebagainya datang menganggu emosi diri. Buat kata putus, mahu cari sinar yang baru. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Moga bila dipujuk selalu hati itu yang terluka, akan diberikan ketenangan pada diri. Memaafkan bukan bererti melupakan, parutnya tetap ada walaupun lukanya sudah sembuh. Sekian dan wassalam.

Salam pena,







Monday, October 12, 2015

Cerita Kami Di Hari Jumaat

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam buat semua pembuka bicara untuk pagi ini. Selamat bekerja semua. Kembali dengan rutin seperti biasa. Hari ini kakak nana cuti peristiwa sebab semalam sekolahnya mengadakan karnival jualan. Adik ammar aje yang ke sekolah. Soalan tak puas hati aje kenapa kakak tak ke sekolah. Letih mak nak menjawab. Sebelum mak ko bertukar menjadi hulk baiklah berhenti dengan soalan yang bertalu-talu itu. Hehehehe...

Baiklah, cerita jumaat lepas. Banyak program sepanjang hari itu memandangkan warga Melaka bercuti sempena ulangtahun kelahiran TYT. Jadi aku memang sudah menyusun beberapa agenda untuk kami empat beranak.

Pagi itu aku ajak asben sarapan di luar. Tekak teringin benar nak makan capati dan sambal sardin di kedai bertentangan Hotel Kings. Kedai tu memang ramai orang.

Gambar selingan. Ini mee racun asben beli masa nak balik Melaka. Beli di Batu Pahat masa balik Melaka hari khamis. Aku pula berpuasa hari itu. Alhamdulillah.

Selesai sarapan, kami ke Family Store mahu beli barang. Aku nak cari sesuatu untuk dibuat sebagai goodies kanak-kanak. Maka inilah hasil tangkapannya.

Dalam pada yang sama sambil edar kad untuk kawan-kawan. Kami ada diperuntukkan beberapa keping kad.

Kemudian kami ke rumah kawan aku untuk mengambil dulang-dulang hantaran. Selesai untuk sesi pagi dan kita orang balik rumah dulu sebab asben mahu sembahyang jumaat.

Sebelah petang, usai asar kami keluar menuju ke Bunga Raya sebab aku nak ke kedai barang hantaran di sana. Kemudian alang-alang singgah minum cendol.

Selesai di Bunga Raya kami ke Aeon Bandaraya. Mahu mencari gaun untuk dua orang budak yang akan menjadi flower girl.

 Budak ni dah teruja sebab nak belikan baju untuk dia.

Rambang mata. Mula-mula hati macam berkenan pada yang ini sebab aku nak cari baju yang murah aje.

Akhirnya aku beli yang ini. Ini saja yang menarik dan harganya pun masih boleh diterima dek akal. Sebab sebelum ni aku ada pergi cari kat tempat lain tapi harganya mahu mencecah RM100. Itu yang mahu mencari di tempat lain. Begitulah hari kami yang padat selagi tidak selesai majlis. Selain majlis ni, aku pun sibuk dengan hal-hal lain. Nanti aku ceritakan. InsyaAllah...

Salam pena,