Thursday, July 9, 2015

Catatan 18 Ramadhan : Nasi Goreng Untuk Berbuka Puasa

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Salam 22 Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu kan. Makin sebak pula rasa hati berada di penghujung Ramadhan Al-Mubarak. Semoga diberi peluang untuk merasa lagi Ramadhan akan datang.

Baiklah, kisah ahad lepas aku tidak masuk dapur pun. Masuk pun untuk buat cornflakes madu. Jadinya menu berbuka asben yang siapkan. Paling ringkas untuk dia masak adalah nasi goreng. Nasi goreng dia sedap. Nak-nak kalau dia masak nasi goreng letak kicap. Mabeles! Hehehe...


Dia kalau masak nasi goreng memang rajin asing-asingkan nasi goreng putih untuk anak-anak dan nasi goreng pedas untuk kami laki bini. Memang rajin. Kalau aku masak sekali harung dan paksa anak-anak makan. Jangan banyak bunyi. Kejam kan bunyinya. Hehehe...Selain nasi goreng dia goreng ayam dan burung puyuh. Itu pun dah mengenyangkan.

Itu sahaja serba sedikit titipan untuk ahad lepas. Tahun ni tak membeli ke bazaar sangat. Sekali dua aje yang pergi kemudian tak pergi dah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Wednesday, July 8, 2015

Catatan 17 Ramadhan : Asam Pedas Lagi Untuk Tetamu

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Salam 21 Ramadhan. Lebih kurang lapan hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga kita gunakan hari-hari yang tinggal ini sebaik mungkin. Semoga kita mendapat rahmat daripadaNya.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri sabtu lepas aku dan suami menjemput keluarga mertua datang berbuka di rumah. Mak mertua aku, ipar duai dan anak-anaknya. Adik beradik suami lima orang. Jadi kalau sebelah dia pun dah cukup ramai berbanding dengan aku yang dua kerat tu je kan.

Jadi menu sabtu tu suami minta aku masak asam pedas. Sekali lagi. Kebetulan ada bahan-bahan yang tempoh hari jadi perlulah digunakan. Jangan membazir kata encik suami.


Berbuka di ruang tamu depan. Tak muat kalau nak duduk ramai-ramai dekat dining hall.


Meriah kan bila berbuka ramai-ramai begini.


Deretan lauk-pauk yang aku masak. Ada asam pedas, sayur, sup ayam, sambal belacan dan lain-lain ada yang dia orang bawak.


Close up sikit lauk-pauknya.


Melepaskan gian yang sudah lama tidak membaking. Tekak teringin nak makan oreo cheesecake. Maka terhasil lah sebiji kek.


Sambal belacan pembuka selera. Itu sahaja kisah ringkas aku dan keluarga pada 17 Ramadhan lepas. Semoga diberi peluang lagi untuk menikmati Ramadhan akan datang. Sebak bila memikirkan hal itu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Monday, July 6, 2015

Biskut Raya 1 : Cornflakes Madu

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Salam isnin. Barulah berkesempatan mahu menitipkan sesuatu di blog ini. Dari pagi sampailah sekarang dok fokus dengan kerja  Kerjalah sangat kan. Kerjalah ingat memain ke walaupun mood sudah merundum sebab nak raya. Hehehe..Lagu raya pun dah berkumandangkan.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Semalam aku sempat buat sejenis biskut raya. Baru sejenis ye. Kononnya dari jumaat nak mula buat tapi ada saja kerjaan lain yang menyusul. Kalau mula dari jumaat mesti dah dapat dua tiga jenis. Apa nak dikata.

Jadi semalam dapatlah buat cornflakes madu. Dapatlah tiga botol. Kena buat lagi nanti. Semalam aku buat cornflakes madu ni pun dengan bantuan anak-anak yang sibuk mahu membantu. Mari aku kongsikan resepinya yang ringkas. 


RESIPI CORNFLAKES MADU : 

250g cornflakes 
200g butter 
4 sudu besar madu 
4 oz castor sugar

CARA-CARANYA : 

1. Ramaskan cornflakes. 
2. Campurkan butter, madu dan castor sugar dalam satu bekas. Kemudian cairkan di atas dapur. 
3. Selepas dicairkan, curahkan ke dalam cornflakes yang telah diramas. 
4. Gaul sebati. Kemudian masukkan dalam paper cup. 
5. Selepas itu bolehlah dibakar. 
6. Sekian itu sahaja...
Salam pena,


RESIPI CORNFLAKES MADU : 250g cornflakes 200g butter 4 sudu besar madu 4 oz castor sugar CARA-CARANYA : 1. Ramaskan cornflakes. 2. Campurkan butter, madu dan castor sugar dalam satu bekas. Kemudian cairkan di atas dapur. 3. Selepas dicairkan, curahkan ke dalam cornflakes yang telah diramas. 4. Gaul sebati. Kemudian masukkan dalam paper cup. 5. Selepas itu bolehlah dibakar. 6. Sekian itu sahaja...

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
RESIPI CORNFLAKES MADU : 250g cornflakes 200g butter 4 sudu besar madu 4 oz castor sugar CARA-CARANYA : 1. Ramaskan cornflakes. 2. Campurkan butter, madu dan castor sugar dalam satu bekas. Kemudian cairkan di atas dapur. 3. Selepas dicairkan, curahkan ke dalam cornflakes yang telah diramas. 4. Gaul sebati. Kemudian masukkan dalam paper cup. 5. Selepas itu bolehlah dibakar. 6. Sekian itu sahaja...

Copy and WIN : http://ow.ly/KNI


Sunday, July 5, 2015

Catatan 16 Ramadhan : Menu Ringkas Untuk Iftar

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari. Sudah fikir mahu masak apa untuk berbuka nanti? Aku masih terfikir-fikir jugak. Sudah kebuntuan idea. Itulah aku suka blogwalking mencari menu untuk berbuka. Jumaat kelmarin kami berbuka secara ringkas je. Sebabnya lepas berbuka nak keluar pergi cari baju raya anak-anak. Itu yang sekadar alas perut aje.

Kami makan roti, ada bubur lambuk orang bagi dan lasagna.

Asben yang masak ni. Dalamnya ada telur dan cheese. Sedap. Makan ni pun dah kenyang. Jadinya lepas maghrib terus aje keluar beli baju. Tak singgah makan. Balik dari membeli baru singgah kedai mamak pekena roti canai.

Lasagna ni khas untuk asben. Dia memang suka makan. Dulu kalau pegi makan kat Pizza Hut dia selalu order. Tapi sejak dah tahu buat sendiri memang aku buat je. Bolehlah kan daripada nak makan kat luar. Kena berjimat! Itu sahaja entri ringkas tengahari ini. Sekian dan wassalam.

Lasagna Untuk Mak Buyung

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam 18 Ramadhan. Hari ni bercadang nak buat kuih raya. Tak boleh nak tangguh lagi. Kononnya nak mula buat hari jumaat tapi dah keluar cari baju raya anak-anak baliknya dah keletihan. Maka disimpankan balik butter yang dikeluarkan sebelum keluar ke dalam peti ais.

Berbalik pada tajuk, khamis lepas aku memenuhi hajat adik ipar aku yang sedang sarat mengandung. Sudah lapan bulan. Dia request nak makan lasagna sebelum dia bersalin. Nak aku yang buat. Kenangkan dia mengandung maka ku gigihkan jugak diri ini untuk buatkan lasagna untuknya.

Kulit lasagna ni aku beli masa berbuka puasa di Pizza Hut Aeon Bandaraya. Selalu kat situ je ada jual.

Satu loyang besar lasagna khas untuk mak buyung.

Ini lasagna yang sudah dipotong untuk dingap. Selesai misi memenuhi hajat orang. Lega hati aku. Sekarang nak fokus buat kuih raya pulak. Huhuhu... Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Saturday, July 4, 2015

Catatan 15 Ramadhan : Sotong Masak Hitam Lauk Berbuka

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Baru selesai gunting cili kering sambil menonton drama Ayuni Safira episod akhir. Malam tadi tak sempat nak tengok sebab keluar. Jadi hari ini barulah dapat tengok. Pelakon Aqasha mestilah aku ikut jalan ceritanya. Ditambah pula dengan heroinnya Siti Saleha.

Okey, berbalik kepada tajuk entri. Cerita khamis lepas bersamaan 15 Ramadhan. Aku masakkan lasagna lagi untuk adik ipar pula. Kemudian ada asam pedas lebih lauk semalamnya aku panaskan balik. Asben mintak masakkan lauk sotong masak hitam tu. Aku memang tak minat lauk gitu. Tapi sejak kawin ni dah laki suka kenalah suka jugak. Huhuhu...

Jadi itulah lauk tambahan kami berdua. Kebetulan anak-anak tak ada ikut adik aku berbuka di luar. Dia orang tak nak balik dulu. Berdua-duaanlah kami laki bini berbuka.

Inilah lauk kami untuk berbuka dan juga bersahur. Aku tak masak sayur sebab ada ulam kacang botol. Makan gitu aje. Itu pun sudah cukup menyelerakan. Itu sahaja perkongsian aku untuk tengahari ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim