Saturday, January 19, 2013

~Tahniah Buat Jozan~

Assalamualaikum...

Selamat pagi sabtu.  Hari nie pagi-pagi dah mengadap depan pc sementara anak-anak masih beradu.  Time anak-anak tidurlah baru boleh mengadap blog nie.  Masih belum buat breakfast lagi.  Jap lagi barulah nak fikir.  Asben pun keje pagi hari nie.

Seperti yang sedia maklum, malam tadi adalah final untuk Maharaja Lawak Mega 2012.  Semua peserta sangat-sangat best.  Aku macam biasa mestilah sokong Jozan.  Heee.  Dan yang paling best Johan muncul malam tadi setelah 2 minggu erk tidak berada di pentas Maharaja Lawak Mega.

credit pic to fb zizan supporters

Tahniah buat Jozan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2012 dan tahniah juga buat Jambu, Shiro, Boboi dan Saywho.  Semuanya memang best tapi part yang muzikal suka tengok Boboi.  Lawak betul.  Oklah, itu sahaja entry untuk pagi nie.  Sedang memikir nak masak apa untuk hari nie.  Any idea????

Till then..
xoxo!
Love, AA
Publish!








                                                                                                                 

Friday, January 18, 2013

~Cinta Qaseh & Ruby~

Assalamualaikum...

Selesai sudah menjamu selera untuk lunch.  Aku makan nasi ayam untuk lunch serta menu sampingan adalah jagung.  Bila dah kenyang memang menjadi kebiasaan mata mula memberat.  Dah mula menguap nie.  Adoilah.

Oklah, entry kali nie nak cerita mengenai drama bersiri di tv.  Macam biasalah aku layan drama melayu jea.  Lepas drama bersiri Adam dan Hawa tamat, kali nie aku layan 2 drama nie.  Ini pun dah terlambat mengikuti jalan ceritanya kedua-dua drama ini.  Jadinya, aku marathon tengok kat internet.  Bolehlah untuk mengisi masa lapang dan mencari hiburan di rumah setelah seharian bekerja.  Sambil lipat baju boleh menontonnya atau bolehlah layan bila mata tak mahu lelap.  Just enjoy it!!

Mari kita baca sinopsis untuk kedua-dua drama bersiri ini.

Sinopsis Drama Cinta Qaseh:

Drama Cinta Qaseh ini mengisahkan tentang Qaseh (Wawa Zainal) yang menjalin cinta dengan Shahrizal tetapi percintaannya dipisahkan oleh takdir. Keluarga Qaseh telah menjodohkannya dengan Adi Putra. Setelah berkahwin, Qaseh tidak mampu mencintai Adi Putra seperti mana dia mencintai Shahrizal.Hingga suatu hari,Shahrizal kembali dalam hidup Qaseh. Apabila Adi Putra tahu bahawa Qaseh menyintai Shahrizal, adakah dia akan menceraikan Qaseh?Siapa pilihan hati Qaseh?

 
Sinopsis Drama Ruby

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.  Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.  Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? 

Untuk drama Cinta Qaseh pelakonnya oklah.  Just tak berapa nak minat pada Shahjasle tue.  Betul ke aku eja nama dia?  Nasiblah ada Adi Putra berlakon. Drama Ruby pula dah biasa tengok Siti Saleha berlakon.  Ok jea dia tapi rasanya first time tengok Sharnaaz berlakon.  Geli hati pula tengok wataknya dalam drama Ruby nie.  Memang terhibur!!  Itu jealah.  Korang tengok tak?Tengoklah..Pada aku ok jea tak tahulah pada korang.  Lain orang lain pendapatnya. :D

Note>>Sinopsis dari google.






                                                                                              

~Belajar Dari Kekecewaan~

Assalamualaikum..

Selamat pagi buat semua.  Bertemu lagi di hari jumaat yang penuh keberkatan.  Semoga kita mendapat rahmat dan sentiasa diberkati daripadaNya.  In sha allah.

Kadangkala hidup ini tidak selalu indah.  Ada masa kita gembira, ada masa kita berduka.  Kadangkala kita berjaya dan ada masa kita gagal dan mengalami dengan kekecewaan.

Kekecewaan semalam biarlah berlalu pergi.  Jangan lagi singgah di dalam diri ini.  Dari kekecewaan kita belajar erti sebuah kehidupan.  Semoga akan ada sinar yang boleh mengubat kekecewaan semalam untuk diri ini.  In sha allah..Mudah-mudahan..





                                                                                                                      

Wednesday, January 16, 2013

~Adriana With School Uniform~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..Hari ini sudah hari rabu.  Oh pantas sekali masa berlalu.  Memandangkan aku el dan berada di rumahku syurgaku, aku masih dalam mood untuk menulis di blog ini.  Selagi boleh update maka terhasil satu entry.  Silalah baca, kalau tak suka boleh close.  Mira mokhtar, sila pangkah.  Hahaha...Tak baik tau menyakitkan hatiku.  Petang nie nak kongsikan gambar adriana bersama baju uniformnya.  Cantik pulak warna uniform tadika adriana nie.  Cute jea bila pakai.  Heeee...

Oklah jom tengok gambar anak dara aku yang tidak lama lagi akan melangkah ke usia 5 tahun.  Lagi beberapa hari jea lagi.  Tahun nie tak terfikir nak buat celebration mungkin akan sambut anak beranak jea.

Tadaaa...It's me, adriana qistina.  Kadang mama panggil nana.  Tahun nie saya berskirt ke sekolah.  Tahun lepas bertudung litup gitu.  Tak apa, kecik lagi.  Boleh pakai skirt, dah besar pakai skirt siap mama kerjakan.  Heee..Ganas betul mama adriana nie.

Ini gambar minggu lepas sebenarnya.  Hari pertama adriana memakai uniform nie 'Mama, seksi nana.'  Seksi katanya pakai skirt.  Hehehe..

Posing tak tahan.  Nak pegi sekolah mama paksa bergambar dulu.  Masa nie dah ada kat rumah mak aku.  Ikut sapalah suka berposing serupa ini.  Adoilah..Nana oh nana..







                                                                                                                   

~Kawan Atau Lawan?~

Assalamualaikum...

Saat aku sedang melayan perasaan sorang-sorang tadi ketika superheros aku sedang beradu maka inilah entry yang terhasil.  Nak lelap mata nie tak mahu lelap pula.  Tadi aku dah tonton opsss Adam dan Hawa.  Kelakar abis.  Ketawalah sorang-sorang tadi depan televisyen.  Habis layan tue, aku mengadap pc semula.  Sememangnya inilah tempat meluah ketika perasaan dan jiwa sedang kacau.

Berbalik pada tajuk di atas, terfikir tentang orang sekeliling kita terutamanya sekeliling aku.  Kawan?Di mana letaknya nilai seorang kawan dalam sebuah persahabatan?Kawan atau sahabat?Adakah sama untuk dikategorikan?Sebenarnya itu semua tidak penting kerana yang paling penting terletak pada hati masing-masing.

Di dalam hidup kita ini, sebagai seorang manusia kita memang memerlukan kawan untuk meluahkan perasaan, berkongsi masalah, bersosial dan juga bermacam-macam perkara yang boleh dibuat bersama-sama kawan.

Jikalau kita punya seorang kawan yang punya hati budi yang baik, tidak mustahil dia boleh menjadi sahabat kita dan kalau kita anggap seseorang itu sahabat kita tapi dia tidak punya hati budi yang baik tidak mustahil dia boleh menjadi lawan kita.  Betul tak?Dari situ kita boleh menilai erti sebenar sahabat.

Sekarang nie bukan senang nak jumpa seorang kawan yang sejati.  Seorang kawan yang boleh susah senang bersama, seorang kawan yang sangat memahami dan seorang kawan yang baik dalam apa jua situasi.  Bila tersalah pilih kawan itulah bahayanya.  Kadang kita sudah mengganggap dia sebagai kawan kita tapi sebenarnya dia adalah sebaliknya.  Ada juga kawan yang pada mulanya dia baik dengan kita.  Mungkin pada matanya tidak berkenan tentang kawan yang lain dan boleh memburukkan kawan itu.  Memang hentam habis-habis mengatakan tentang kawan itu dan akhirnya dia pula yang baik dengan orang yang dikata-katakan itu.  Mungkin dia sudah terlupa dengan kata-katanya suatu ketika dulu.  Apa yang harus kita kategorikan kawan sebegitu?Adakah seorang kawan yang bermuka-muka atau seorang kawan yang berpura-pura?

 
Agaknya lagi bahaya kalau kita mendapat kawan seperti itu.  Tidak ikhlas dalam persahabatan dan rasanya tidak rugi tidak punya kawan seperti itu.   Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati dalam memilih kawan.  Jika kita mendapat sahabat yang baik, maka baiklah kita dan begitulah sebaliknya.  Jika kita ingin bercakap pun harus berhati-hati takut ada situasi sampai menyampai.  Terkadang manusia selalu salah tafsir bila situasi sampai menyampai ini berlaku.  Semoga kita mendapat keredhaan daripadaNya, semoga kita dapat menjauhkan perkara-perkara yang tidak elok dan akhir sekali semoga kita boleh menjadi seorang kawan sahabat kepada sesiapa sahaja dan bukannya sebagai seorang lawan.  Jika kita mengimpikan seorang sahabat yang baik, maka jadilah sahabat yang baik pada sahabat kita.  Dan akhir sekali semoga kita mendapat kawan yang sejati di dunia mahupun di akhirat.  Amin. Hargailah sahabat kita!!
 
Sumber gambar dari google.
 
 




                                                                                                                        

~Emergency Leave~

Assalamualaikum...

Sila ambil mood.  Saat entry ini ditulis, aku berada di rumahku syurgaku.  Tak kerja ke hari ini?Aku tak kerja..ambil emergency leave (EL).

Syoookkkk duduk di rumah sambil bergolek-golek dengan tenang di atas katil beralaskan tilam yang empuk.  Hilang stress.  Sebab aku EL?

Aku sakit perut.  Pagi tadi memang flat tak boleh nak bangun.  Hari ini sepatutnya kena keluar awal pagi untuk hantar kids ke sekolah dan rumah mak.  Tapi sebab badan tak larat itu yang aku cadang el sahaja.  So, hari ini bersantai di rumah sahaja.

Hari ini aku di rumah ditemankan oleh superheroes ini.  Saat ini kedua-duanya sedang beradu.  Yang hero tua beradu sebab balik kerja malam, hero muda sebab sudah kepenatan berjalan satu rumah.  Ada kerjaan yang hero muda buat tadi bila aku terlena kejap.  Urut dada kejap tadi. 

Kakak nana pergi sekolah.  Tadi mama gigih jugak bangun untuk hantar dia ke sekolah.  Itu pun dah lambat 7.40 pagi baru keluar rumah.  Nana kata bila dia tengok kat luar dah terang 'Selalu kita keluar malam-malam, ini kenapa keluar siang?'  Iyelah, selalu keluar gelap lagi pukul 6.30 pagi dah keluar.  Nampak mama berseluar jeans dia bertanya lagi 'kenapa mama pakai seluar jeans?'  Aku jawab 'Mama cuti sakit perut.'  Pantas dia jawab 'Nana pun nak cutilah.'  Mama bulatkan mata.  Heeee..

So sekarang aku seorang diri melayan perasaan.  Tadi dah sidai baju satu bakul, nak masak mood tak sampai-sampai dari tadi.  Kang hero bangun nak ajak makan luar jea.  Nak buat apa pun tak ada mood tapi update blog aku punya banyak mood.  Huahuahua..Oklah..sampai sini dulu entry ini.  Nak sambung melayan perasaan..Daaaaa