Tuesday, November 17, 2009

KL Lagi!!!

Entry nie da lama simpan..yelah sibuk uruskan mak ngan ayah aku nak pi Haji..tak sempat nak update blog aku nie..gambar nie aku amik masa pi Tabung Haji kat Kuala Lumpur untuk buat visa mak ngan ayah aku.kena buat sendiri sebab masa da suntuk..masa kita org pi ari akhir visa dibuat...senang jugak cari jalan sebab menggunakan satu alat yang membantu kami..
Date : 05/11/2009
Day : Thursday

Dalam perjalanan ke KL..adriana dan nenek

setelah selesai semua hal di TH KL..

Inilah bangunannya..1st time sampai sini..terujalah kejap

Adriana


mama+adriana

Sebelum balik,mak kata nak singgah umah nenek sedara yang kebetulan memang kita org nak pi ari sabtu..sb ada keje kawin..tp sebab mak ngan ayah nak pi Haji, mak ajak kita org singgah jap..umah dia dekat Sentul..

inilah hantaran pak cik aku

hantaran untuk pihat perempuan

bersantai2..

ahli keluarga yang ada...

adriana dengan mak cik aku..1st time adriana jumpa..tapi bukan main mesra..sampai tak nak balik...adriana memang cepat berkawan...

note : minggu yang penuh dengan aktiviti..sambung entry masa kenduri umah aku pulak..

Monday, November 9, 2009

Sesuatu Yang Tidak Dirancang

Sudah 4 hari aku tak online..Ari nie aku baru naik keje..Memang sesuatu yang tidak dijangka..Kita Hanya Merancang Tapi Segalanya Telah Ditentukan Yang Maha Esa..Sepatutnya adik aku akan bertunang ari Ahad nie (15/11/09) tapi terpaksa dicepatkan Ahad lepas (8/11/09)..Sebabnya ari Rabu lepas (4/11/09) pkl 7.00 malam.masa tue aku dekat Tesco nak beli barang dengan asben aku..tetiba mak aku call..mak aku kata Tabung Haji call..mak ngan ayah aku dapat pi Haji..mak aku tanya aku nak pi ke dak..sebab da saat2 akhir..mak aku macam serba-salahlah kot nak pi atau tak...mak aku kata barang2 adik semua da beli..telefon sedara-mara mintak pendapat semua kata pegi..mintak tangguh jea dulu pertunangan tue..tapi dah pihak perempuan mintak awal..buat jgklah semalam...Mulanya memang mak ngan ayah aku tak dapat pegi tahun nie...ada buat rayuan pun tak dapat..tapi dah rezeki mak ngan ayah aku..
Jadi, setelah mintak pendapat semua org kata pegi..mak mintak pendapat aku..aku kata mak kena buat keputusan..Mak aku mesti risaukan Adriana..aku kata takkan mak nak tolak..ari tue tunggu2..sekarang da dapat panggilan baik pegi..sementara mak ngan ayah aku sihat baik pegi....Jadi dari hari Khamis aku amik EL..aku pi ofis jap isi borang cuti untuk khamis dan jumaat..dari ari Khamis sampai ahad (semalam) memang tak ada rehat..hari khamis aku dgn asben anta mak ngan ayah aku pi TH KL sebab nak buat visa..sebelum tue pi TH Melaka..then, pi imegresen sebab nak pasport ayah aku..mak aku da ada pasport..hari jumaat pulak adik aku bawak mak ngan ayah aku pi checkup...
Ari Jumaat aku terpaksalah anta Adriana dekat mak mertua aku..sebab aku nak buat keje..nak buat hantaran adik aku lagi..kesian pulak Adriana tak ada org layan..Ari Sabtu adalah buat kenduri sikit..nasib aku ada sepupu2 yang boleh diharap..nak harapkan aku sorang memanglah tak dapat..kenduri buat pas zohor..masak sendiri...mak oi..memang penat..
Ari Ahad pulak...kita org gi menghantar rombongan bertunang untuk adik aku...tapi nasib dekat jea..org Melaka jugak...kejaplah sampainya...itu jealah citenya..nanti aku upload gambar2 yang aku sempat amik...
Macam mana ek?Aku nak amik Cuti Tanpa Gaji ke atau nak anta Adriana dekat mak mertua aku?Apa pendapat korang?

Wednesday, November 4, 2009

Karenah Di Ofis


Da lama aku nak wat entry pasal nie..Bila aku pernah terbaca dekat entry Alyyani a.k.a Mama Nia..Aku setuju dengan entry dia..biasalah bos..kalau dapat bos yg berat sebelah lagi susah..itulah hakikat kalau jadi org bawahan..yang berjawatan akan amik kesemapatan kat org bawahan...tapi aku bosan jgk dengan karenah2 nie..tp apa boleh buat..redha jealah..


tapi bila difikir2kan balik memang geram..dulu ofis aku mmg boleh dikira staffnya..mmg staf tak ramai..tp sekarang lg ramai org lg byk karenah..org kata banyak songel...kat ofis aku selagi org tue pandai bercakap org tue dpt pertahankan diri dia selagi tue dia disanjung..org tuelah yang takkan banyak keje tp dia isytiharkan diri dia banyak keje...pdhal tak buat apa keje pun..tapi bising kata banyak keje..kadang siap dapat pembantu lg..tp keje still bertangguh2 lagi..itu pun kadang ada keje dia tak abis org lain yang kena buat...mana tak geram..tangan aku menggigil masa tulis entry nie..aku tgh geram membara nie..


bos pulak kalau da nampak sorang boleh buat keje org tuelah jealah yang dia suruh..macam org lain tak wujud kat ofis tue..mcm org tue jealah yg kena amik tahu..org lain tak perlu amik tahu..yang paling digeramkan bila keje yg kita buat tak de dalam senarai tugas kita...tp ada dalam senarai tugas org lain..tp org tue tak buat suruh org lain buat..Adil ke?abis org tue bt apa?
inilah gelagat dan ragam di ofis yang boleh dikategorikan

  • yang betul-betul sibuk tapi bos tak penah perasan yang dia nie sibuk

  • yang kata sibuk tapi padahal tak sibuk mana pun..(kadang kuar ofis awal masuk lambat boleh pulak)

  • yang betul-betul sibuk tapi kecoh nak org tahu dia sibuk (macam alya kata nak bos tahu)

  • yang kata sibuk tapi boleh menyibuk hal org lain sambil tue kata dia pun sibuk

  • yang pentingkan diri..keje ko,keje ko..keje aku,keje aku..

  • yang sibukkan keje orang lain(keje sendiri tak buat)

macam-macam karenah..tapi bukan semualah..ada jugak officemate yang boleh berkongsi tentang kerja dengan kita..selagi nak cari rezeki kita kenalah tahan..untuk positif kita kena fikir yang kita datang keje untuk menyara keluarga...


Note : Entry nie hanya untuk meluah perasaan dan melepaskan geram..aku pun taklah perfect sangat dan bukan pekerja yang baik pun..tapi kadang terfikir ada offcemate aku yang teraniaya dalam membuat keje..(itu org yang tak pandai membantahlah)

Friday, October 30, 2009

~Aku Dalam Dilema~

Aku tak tahu nak berkongsi dengan sape..Just nak share dengan u all.Aku dalam dilema nak beli rumah...Ntahlah buat masa nie macam2 yang aku fikirkan..patut ke aku beli rumah sendiri ke nak duduk rumah mak..sayangnya nak tinggalkan rumah aku tue..aku sekarang nie duduk dengan mak memandangkan aku adalah anak perempuan tunggal dan hanya 2 orang adik-beradik.Jadi mak aku tak bagi aku sewa rumah..Makanya aku dudukler rumah mak aku..Tapi asben aku naklah beli dan duduk rumah sendiri..Haruskah aku beli?Kalau aku beli pun mesti aku tak duduk sepenuhnya kat umah aku tue.Membazir ke?Ada officemate aku kata buat apa nak beli?"Ko kan dua beradik jea."Duduklah umah mak.Tapi asben aku mesti nak beli rumah sendiri.

Ohhhh!!!!Pening aku fikirkan..Sampai bila yea aku nak duduk rumah mak..Nanti kalau adik aku kawin mesti dia duduk rumah mak aku gak...Bile tengok kwn2 beli rumah seronok jea tengok.Aku fikir jugak boleh ke nak tampung byr duit rumah?aku mmg suka fikir yang bukan2..Lagi satu aku kesian pulak nak tinggalkan mak aku..macam jauh nau aku nak duduk..Yelah tak sampai hati pulak..kalau kita org tak de memang sunyi rumah tue..Nak2 kalau Adriana tak de..Kalau aku balik rumah mak mertua aku hujung minggu pun mak aku da cakap sunyi..Inilah lagi kalau aku tak duduk situ...

Kalau tak beli sekrang bila lagi nak beli kan?rumah pun sekarang semakin mahal harganya..Kat Melaka nie semua harga da RM100,000 ke atas..mana ada yang murah..yang murah pun jauh..kalau boleh aku nak dekat2 umah mak aku..kadang bila aku fikir2 balik baik aku dok umah mak aku jea...Hehehe...
Aku kebingungan!!!!TOLONG!!!




Dua Belas Aurat Wanita

~~DUA BELAS AURAT WANITA~~


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...... .jadi hantu loceng...... ....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Wednesday, October 28, 2009

Contest: Baby In Gown Contest


Syarat Penyertaan

1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..
( Sempena My Besday )

2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda..

3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..

5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun
ja..



Nama : Nur Adriana Qistina binti Mohd Affendy


Tarikh lahir : 20/01/2008


*Ini gambar diambil masa raya tempoh hari..Masa nie Adriana hendak pergi open house.Sebelum tue kena posing dulu utnuk amik gambar.