Wednesday, June 8, 2016

Titipan Sepanjang Dua Hari Berpuasa

Salam.

Selamat malam. Malam ni datang mood nak update blog. Fresh from the oven. Bukan entri scheduled. Ini pun tulis guna telefon bimbit. Berapa jenuh aku nak menaip guna hp kan.

Sesekali bolehlah.

Alhamdulillah, selesai jugak dua hari berpuasa. Masih dalam keadaan terkawal dalam dua hari ini. Aku boleh jangka minggu ni masih boleh dikawal sebab cuti sekolah lagi. Minggu depan tak tahulah macam mana keadaannya.

Sekadar perkongsian. Ini menu berbuka Ramadhan yang pertama. Asben ada lagi semangat masaknya lain macam.

Ini menu berbuka Ramadhan yang kedua. Aku lari pergi rumah emak. Berbuka dengan anak-anak nanti bersendu tiga beranak. Hehehe. Berbuka rumah mak riuhlah sikit kan. Gitulah perjalanan dua hari berpuasa ini. Masih berbaki 28 hari. Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah kita. Amin...

Sekian dan wassalam.

p/s : Entri sebelum ini bersaya, pas tu ber 'aku' balik. Sengal ke tak sengal?Hehe...



Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan Kali Ini

Salam.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca blog saya. Hari ini kita sudah masuk hari kedua dalam bulan Ramadhan. Saya sudah mula bekerja memandangkan semalam adalah cuti umum bagi Melaka sempena Awal Ramadhan.

Nikmat sekali semalam. Boleh rilek-rilek. Masak pun siap awal. Ada masa bergolek-golek sekejap sesudah siapkan segala keperluan. Semalam dapatlah berbuka empat beranak. Hari ini tinggal lah saya aje berbuka dengan anak-anak.

Ramadhan kali ini agak lain. Sebab saya dan suami tinggal berjauhan dan ada pun hujung minggu sahaja. Kalau diikutkan empat hari saya perlu berdikari sendiri. Tapi empat hari itu bagaikan terasa lamanya.

Tahun sudah saya masuk kerja pada bulan puasa 7.30 pagi. Sebab nak balik awal pukul 4.30 petang. Boleh masak, tak perlulah ke bazaar. Tahun ini saya cuba juga untuk masuk awal. Nasiblah cuti sekolah awal-awal Ramadhan ini. Untuk minggu pertama aku tak perlulah huru-harakan diri.

Borang pemilihan waktu peringkat (WP) bagi bulan Ramadhan telah pun diedarkan pada minggu lepas. Kakitangan awam dibenarkan pulang seawal jam 4.00 petang tapi waktu rehatnya disingkatkan selama setengah jam sahaja.

Saya pilih WP4. Masuk kerja pukul 7.30 pagi dan semangat mahu balik awal jam 4.00 petang. Teruja sangat untuk balik awal. Semangat nak memasak pun ada jugak. Tapi sebab saya dan Adriana aje yang ada dan berpuasa, saya cuma masak seringkas yang boleh. Sebenarnya dalam hati risau jugak takut saya tak boleh nak tepati masa. Yelah, bila anak-anak sudah sekolah mesti jalan pun jammed sana sini. Nak uruskan anak-anak lagi. Inilah cabaran untuk Ramadhan kali ini. Semoga dipermudahkan segala urusan saya sepanjang bulan Ramadhan ini. Amin. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Monday, June 6, 2016

Ramadhan Tiba

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Hari ini, Melaka cuti sempena menyambut awal ramadhan. Begitu juga dengan negeri Johor. Cuti sempena awal ramadhan. Jadi dapatlah aku berbuka puasa dengan suami nanti. Itulah yang ditunggu-tunggu. Kalau suami tak cuti mahu aku meraung. Hahaha...

Ramadhan kali ini, agak berbeza. Pertama kali menyambut ramadhan secara berjauhan. Cuma hujung minggu saja nanti yang boleh berpuasa bersama. Apa boleh buat. Masing-masing atas tuntutan kerja. Kenalah hadapi juga walaupun hati agak memberat.

Apa-apa pun sebelum terlambat, aku di sini ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Gandakan ibadah untuk merebut ganjaran di bulan yang mulia ini dan juga untuk bulan-bulan seterusnya. Semoga amalam kita diterima olehNya. Amin...Ikhlas daripada Alfidah, Affendy, Adriana dan Ammar. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Friday, June 3, 2016

Officially 33!

Salam.

Selamat petang. Hari ini adalah jumaat terakhir sebelum kita memasuki bulan kemuliaan iaitu Ramadan Al-Mubarak. Jumaat depan kita dah menjalani ibadah puasa. Pintaku agar dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan sempurna. Berbalik kepada tajuk entri.

2 Jun 2016.

Semalam adalah ulangtahun kelahiranku. Officially aku sudah genap 33 tahun. Tak ada sambutan istimewa, Cukuplah sekadar di dalam ingatan orang tersayang diiringi bersama doa dan ucapan. Semalam menderu-menderu whastapp masuk. Ada yang ucap dekat group sekolah, group family, hantar whatsapp personal, yang ucap dekat facebook dan yang tulis blog pun ada. Hahaha...

Kalau yang tulis ucapan dekat blog tu siapalah lagi kalau bukan si Myra Mokhtar. Mari baca entri yang dia tulis khas untuk aku. Baca SINI.

Terharu! Terima kasih buat semua yang titipkan ucapan buat diri ini.

Semoga dengan penambahan usia ini akan menjadikan aku seorang insan yang lebih baik, belajar memaafkan orang serta belajar bersangka baik sentiasa. Salam jumaat!

Salam pena,



Wednesday, June 1, 2016

Hari Cuti Yang Menyeronokkan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Selamat tengahari semua. Entri kedua untuk hari ini menyusul. Entri ni aku taip malam tadi. Dua gus sekali entri aku taip. Selebihnya sudah tak mampu nak menulis sebab ada tugasan lain yang menunggu. Dapat tulis dua entri dalam blog pun dah kira baik.

Baik ke? Puji diri sendiri. Semalam aku cuti. Tujuan utama aku cuti sebab nak teman mak ke klinik. Mak ajak sebab mak aku tak berapa nak dengar. Jadi aku temanlah mak masuk bilik doktor sekali. Kalau aku ada senang sikit untuk berkomunikasi.

Nasib cuti sekolah, jadi tak adalah nak terkejar-kejar. Jalan pun tak berapa nak sesak. Aku bangun pukul 6.30 pagi. Siapkan diri kemudian siapkan anak-anak pula. Adriana kena bersiap sebab pukul 9.00 pagi dia ada kelas tuisyen.


Aku keluar rumah lagi sepuluh minit pukul 8.00 pagi. Hantar Adriana pergi rumah mak sebab ada pakcik sebelah rumah mak yang hantar dia ke kelas.


Kemudian aku terus ke Poliklinik Peringgit. Mak dah tunggu kat klinik. Awal pagi lagi mak dah keluar ikut adik. Adik aku hantar mak ke klinik jadi bole amik nombor awal. Darah mak naik sikit. Sebab tak cantik keputusan mak kali ini, sebulan lagi mak kena datang klinik.


Dari klinik ke pasar besar. Sarapan kat sana.


Kemudian beli barang untuk masak laksa nyonya jumaat ini. Cari udang, cari kerang.


Balik rumah mak, aku jadi babysitter jap. Ini masa tidurkan anak buah aku dekat pangku aku. Penat menggoyangkan kaki sebab nak bagi dia tidur.


Dalam jam 3.00 petang, anak-anak buah aku yang kebetulan cuti jugak semalam datang rumah mak. Kita orang janji nak keluar. 


Minta tolong anak buah aku pamkan tayar.


Pergi pejabat pos dekat Aeon Bandaraya sebab nak tukar lesen memandu.


Lesen yang lama. Dah tukar pun pada yang baru. Betapa tembamnya pipi masa tu.


Selesai urusan di pejabat pos, kita orang ke food court. Aku dah kelaparan, makanya makanlah nasi.


Kami berenam. Tiga orang handle tiga orang kanak-kanak. Macam-macam gaya. Bila ada yang bergaduh, kejap baik. Kemudian menangis pula. Pening kepala mak nak.


Dari Aeon kita orang pergi kedai adik aku. Lepas situ sambil minum big cup.


Bila berkumpul ramai-ramai, memang tak lekang dengan bergambar.


Sebelum pulang kami bergambar lagi. Kita orang lepas dari pukul 5.30 petang sampai 7.00 malam. Berborak dan bergelak ketawa tak henti-henti. Seronok betul semalam. Hilang stress kejapan. Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga kegembiraan ini akan berkekalan dan keakraban ini berterusan antara kami. Sayang korang semua!

Salam pena,



Jun Membuka Tirai

Salam.

Selamat pagi semua. Semalam aku cuti rehat. Hari ini kembali ke pangkal jalan. Nikmatnya cuti semalam. Rasa tenang saja. Tak perlu memikirkan hal remeh-temeh. Entri pertama untuk bulan Jun yang baru saja membuka tirainya.

Aku suka Jun! Jun adalah bulan kelahiran aku. Bukan hari ini tapi esok. Meningkatnya lagi usia aku. Bertambah tualah. Semoga bulan jun ini memberi cerita yang menarik pada aku. Tak ada apa pun yang aku harapkan. Cuma kebahagiaan di dunia mahu di akhirat kelak. Semoga segala urusan aku dipermudahkan dan cita-cita aku akan tercapai.

Eh, birthday esok. Kenapa buat ucapan untuk diri sendiri hari ini pula. Hehehe. Over sangat. Tak ada celebrate apa-apa pun untuk birthday sebab tak suka untuk diri sendiri. Kalau sambut birthday orang lain aku suka nak handle. Birthday sendiri ni memang taklah.

Lainlah kalau ada sesiapa yang buat kejutan untuk aku. Hahaha...

Okaylah, cukup dulu entri untuk pagi ini. Akan menyusul entri lain kejap-kejap lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,