Thursday, March 10, 2016

Kesibukan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Bismillah...

Selamat petang. Sementara nak menunggu waktu pulang, Aku tulislah satu entri. Memandangkan mood pun sudah jauh menghilang. Kesibukan diri mengatasi segalanya. Nak tulis waktu malam sekarang ini pun memang agak sukar. Banyak kerjaan lain yang menunggu walaupun dalam hati berposak mahu menulis.

Apa boleh buat?

Kena dahulukan kerja yang lebih penting. Minggu ini memang sibuk sebab nak siapkan hantaran anak buah yang akan bertunang pada Ahad ini di Gombak. Jadi aku sibuk mencari ilham nak membuat hantarannya.

Selesai majlis bertunang, menyusul pula kenduri di rumah aku dan juga sambutan hari lahir Ammar dan Nayli. Itu yang sibuk dengan goodies bagai dan macam-macam hal. Itu belum masuk lagi dengan kerja-kerja rumah yang sedia menunggu. Alahai...

Semalam, gerhana matahari. Aku sempat snap gambar ini sewaktu di pejabat. Bersiaran dari tingkat dua depan pejabat. Ini aje yang sempat diambil. Semoga kita semua sentisa di bawah lindunganNya. Sekian, wassalam.

Salam pena,



Monday, March 7, 2016

Misi Untuk Hari Isnin

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Jam menunjukkan jam 12.30 pagi. Mata masih lagi belum minta seru untuk tidur. Jadi marilah menulis sikit sebelum masuk beradu. Sebenarnya ada benda lain yang aku kena habiskan tulis. Tapi itulah bila dah tertangguh tu, nak mulakan balik memang berzamanlah. Mereput aku rasa.

Baiklah, sebelum aku meleret yang bukan-bukan kita berbalik pada tajuk aje. Misi untuk hari ini adalah untuk anak dara aku yang sorang tu. Hari ini dia akan memulakan rutin barunya. Sudah lama juga mencari alternatif barulah datang serunya. Setelah mencari segala jalan, barulah aku dapat menghantar Adriana ke sekolah agama. Dah terlambat ni. Sepatutnya masukkan dari darjah satu. Tak apalah. Nak buat macam mana atas seba-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sabtu lepas gigih mencari segala kelengkapan sekolah agama untuk Adriana.

Kain hitam, anak tudung dan tudung untuknya.

 Kemudian aku tinjau kawasan sekolahnya.

Waktu persekolahan sekolah petang.

Ini kawasan sekolahnya. Okeylah, aku dah lega bila dapat tahu ada sekolah agama yang berdekatan sebabnya sekolah ni belah dalam. Aku memang tak pernah tahu. Nasiblah tanya-tanya orang. Setelah berminggu memikirkan hal sekolah agama, akhirnya selesai juga. Jadi tak sabar nak memulakan rutin baru Adriana hari ini. Baiklah, mahu tidur. Tunggu entri lain pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, March 2, 2016

Pasang Lampu Dan Kipas

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Entri kedua menyusul bila kerajinan datang merasuk dalam diri. Malam tadi kononnya nak tidur awal tapi bila keinginan menulis datang, makanya tulislah sedikit. Melepaskan gian. Hehehe. Entri ringkas-ringkas jadilah. Banyak entri yang draf sebenarnya.

Baiklah, ini cerita lapuk. Dah lama tak cerita perihal rumah. Lagipun tak ada perubahan apa-apa pun. Sejak renovate dua tahun lepas, begitu ajelah rupanya. Tapi sebab sudah ada gambarnya dan dari jadi draf baiklah aku tuliskan juga entri ini. Sekurang-kurangnya, aku ingat momen-momen ini bila berlakunya. Sekadar kenangan untuk diri sendiri.

Plan nak pasang downlight memang sudah tersimpan lama. Tetapi bila banyak sangat kekangannya, makanya perancangan itu terpaksalah ditunda. Ada perkara yang lebih penting perlu didahulukan. Jadi ini barulah berkesempatan menunaikan impian kami suami isteri. Itu pun pasang downlight di ruang tamu dulu.

Di sinilah ditambah lampu downlight.

Ini nak pasang kipas. Kebetulan kipas bilik tidur utama rosak, jadi terpaksalah tukar. Kipas yang ada di ruang tamu, kita orang tukar ke dalam bilik dan kipas baru kita orang ganti di luar.

Itu masa nak tebuk lubang untuk pasang downlight.

Beginilah rupanya setelah dipasang. Aku suka!Aku suka!

Ini lampu tambahan. Saje gedik nak berchandelier bagai. Belilah satu. Murah aje. Ada promo dapatlah RM100. Nak beli yang sampai tiga empat ratus memang tidaklah. Banyak benda lain nak beli. Ini pun dah cantik. Itu sahaja perkongsian daripada aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Terimaku Seadanya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Hari kedua kita berada di bulan Mac. Sejak semalam aku asyik dengar lagu Terimaku Seadanya. Berjangkit dengan kawan aku. Mula-mulanya dengar kat radio masa tengah drive. Bila dengar suara perempuan, aku dah boleh cam gerangan penyanyinya.

Bila dengar betul-betul bait liriknya, memang menusuk kalbu. Terus jatuh cinta. Cuba korang dengar pula. Yang pasti gandingan vokal mereka sangat mantap. Tidak mengecewakan. Memang terbaik gandingan Misha Omar dan Hafiz Suip. Lirik lagunya simple tapi amat bermakna dan mempunyai maksud yang mendalam bagi mereka yang sangat memahami maksud lirik lagu ini.

Mari aku belanja lirik lagu dan video Terimaku Seadanya. Lagu ini juga merupakan lagu OST Uda dan Dara lakonan Zul Arifin dan Siti Saleha yang ditayangkan di astro.

Lirik Terimaku Seadanya- Misha Omar Ft Hafiz Suip

Berlarutan rindu ini membunuhku,
Hingga aku jadi tak daya begini,
Mekar lagi bunga yang engkau berikan,

Apakah masih ada jawapannya,
Ku idamkan cinta ini,
Tapi ku tidak tahu,
Bagaimana hendak ku buktikan,

Segalanya kembali segar semula,
Hingga aku sukar melupakan semua,
Berlarutan wajahmu sering dimata,
Apakah kau masih seperti dulu,

Ku idamkan cinta ini,
Tapi ku tidak tahu,
Bagaimana hendak ku buktikan,

Ku idamkan saat ini,
Berdoa kan kembali,
Agar tuhan bukakan semula, hati ini,

Moga kita berdua kan mengerti
Segala yang telah terjadi


Ini videonya pula. Semoga terhibur dan selamat menghayati lagu ini. Bersambung di lain entri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Tuesday, March 1, 2016

Bawak Kanak-Kanak Riang

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Kita sudah melangkah bulan ketiga dalam tahun ini. Cepat sungguh masa berlalu. Makanya, ini adalah entri pertama untuk bulan ini. Malam tadi terajin nak menulis, maka aku tulislah beberapa auto post entri.

Sabtu, kami bertiga sebab suami balik awal ke BP atas urusan kerja. Makanya aku pun sudah terfikir mahu membawa anak-anak bersantai-santai. Lagipun sabtu tu aku kena hantar Adriana ke kelas taekwandonya. Dah tentu-tentu kena keluar jugak. Jadi aku angkutlah mak aku dan anak buah aku sorang tu, si Nayli.

Kebetulan mak nak cari sandal untuk dipakai ke KL nanti. Bulan Mac ni anak buah aku nak bertunang. Jadi mak nak carilah sandal baru. Katanya tak ada kasut nak pakai jalan. Yang lama sudah haus tapaknya.

Sementara mak ke Bata, aku bawaklah kanak-kanak riang ni ke playground. Mainlah puas-puas sementara tunggu nenek beli sandal. Kalau bawak dia orang sekali nanti nenek tak boleh nak fokus.

Bukan main seronok.

Kemudian, naik tren. Dengan aku sekali naik tren. Cuak gak kut berhenti tengah-tengah landasan. Alhamdulillah selamat sampai. Hehehe...

Selepas mak sudah membeli apa yang dicari, kita orang pergi makan pula. Aku makan teppanyaki. Sudah kemaruk pula. Terpengaruh dengan kawan.

My lil boy.

Nayli memang pantang suruh bergambar. Lentok habis. Kakak Nana tu kelaparan itu yang khusyuk benar. Aku pesan mee sup untuk mereka bertiga. Kemudian aku bahagikan pada tiga. Itu pun tak habis masing-masing makan. Asyik bergurau aje.

Salam pena,



Selamat Malam Dunia!

Assalamualaikum...

Jam sudah menunjukkan ke angka dua belas. Aku baru sahaja selesai melakukan kerja. Beg anak-anak sudah siap disusun di depan pintu. Esok senang kerja. Angkat terus masuk kereta. Bekalan anak-anak sudah aku masukkan dalam beg. Bekalkan roti, biskut, air milo dan juga air masak. Itu sahaja yang termampu.

Mood memasak di kala pagi sudah lama menjunam ke laut. Bukan ke laut lagi dah. Sejak mengambil alih tugas menghantar anak-anak ke sekolah, masa adalah terhad. Seawal 6.45 dah kena keluar rumah kalau tak mahu menghadap kesesakan lalu lintas. Kalau tak memang lambatlah sampai sekolah.

Bangun awal pun jam 5.30 pagi adalah masa untuk bersiap aje. Biasalah, anak dara aku tu kalau bersiap fefeling princess. Tukang memekik akulah. Mandi pun macam tu. Kalau tak suruh keluar, memang dia fefeling main air pancut dalam bilik air.

Begitulah rutinku namun aku gembira begini. Bukanlah kata gembira laki tak ada. Aku dah biasa berdikari. Dulu pun laki aku kerja sampai tiga bulan tak ada. Walaupun masa tu keadaan aku huru hara sampai sakit-sakit tau. Dan-dan laki tak ada hb low. Mengada sangat. Sekarang dah kuat sikit dari dulu. Belum kental sepenuhnya. Kadang datang simptom hati tisu. Tercarik sikit boleh seharian emosi tak stabil. Hahaha...

Hari ini entri dengan gambar kucing. Sudah keletihan sebenarnya tapi teringin nak menulis. itu yang muncul entri lewat malam. Begitulah titipan aku di kala malam ini. Mahu masuk beradu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,